-
Pemaju perlu
teruskan projek
09/01/2007 HM
CYBERJAYA: Pembeli rumah terbengkalai di Bandar Pinggiran Cyber di sini,
berharap pemaju projek perumahan itu dapat meneruskan projek berkenaan
dengan segera dan tidak memberi alasan tidak munasabah semata-mata ingin
lari daripada tanggungjawab. Mereka berpendapat pemaju tidak lagi
mempunyai alasan selepas pelbagai isu berkaitan kos infrastruktur mahal
yang membebankan pemaju berjaya diselesaikan Lembaga Perumahan dan
Hartanah Selangor (LPHS).
Pembeli mengeluh rumah tak siap
15/01/2007 BH Oleh Shukor Kasim
MELAKA: Lebih 100 daripada 270 pembeli rumah Taman Bidara
Palma, Tanjung Bidara, di Masjid Tanah kesal berikutan projek perumahan
rumah yang mereka beli sejak 2000 masih terbengkalai. Walaupun pelbagai usaha dilakukan
seperti menghantar surat, mendaki anak tangga bertemu pegawai pejabat
perumahan, selain mengadu kepada wakil rakyat, masalah mereka
terus berlarutan.
Tapak
projek sarang maksiat 15/01/2007 HM Oleh Manan Samad
PUTRAJAYA: Tapak projek enam blok apartmen di Presint 8 di
sini, yang terbengkalai sejak dua tahun lalu, dipercayai menjadi ‘sarang
maksiat’ untuk golongan remaja melempias nafsu.
Bluestone the good samaritan 15/01/2007 The Star By Angie Ng
INNOVATION is the buzzword in the property development
business and even the true value of abandoned projects can be unveiled with
the help of an experienced and creative team.
Investors reviving abandoned
hotel 18/01/2007 The Star
MALACCA: An abandoned hotel at Melaka Raya would be
revived in 18 months while two new hotels would also be built in 30
months' time here.
-
Syarikat
pemaju diserbu 27/01/2007 HM
KLANG: Seorang pesara tentera yang jelas marah dengan kerenah sebuah
syarikat pemaju perumahan di Taman Bayu Perdana, di sini, yang dianggapnya
menipu, gembira apabila mendapati pejabat itu diserbu pegawai Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), semalam. Sulaiman Maarof, 64, dari
Sungai Udang, dekat sini, memberikan tempoh sehingga semalam kepada pemaju
itu untuk menyelesaikan masalahnya sebelum dia mengambil tindakan lanjut.
Sukar
beli rumah lain
29/01/2007 Harian Metro Oleh Manan Samad
PUTRAJAYA: Seramai 404 pembeli projek rumah terbengkalai di Bandar Pinggiran
Cyber, Cyberjaya, dekat sini, makin dirundung malang apabila berada dalam
keadaan tersepit untuk memohon pinjaman bagi membeli rumah lain.
Pembeli kecewa rumah belum siap
30/01/2007 Berita Harian
PEMBELI MARINA 1, Ayer Hitam, Kedah
SAYA antara puluhan pembeli projek perumahan Taman Seri Marina Fasa 1,
Jalan Kuala Kedah, Alor Setar yang membeli rumah itu pada 1999. Projek
perumahan ini dilancarkan bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri Kubang Rotan.
Jana
Towers to be revived
05/02/2007 The Star By S. C Cheah
Purchasers of the stalled Jana Towers in Subang Jaya are finally smiling.
After months of uncertainty, purchasers are relieved that a new developer
has stepped in to revive Malaysia’s first “apartment within an apartment”
project.
Pemaju tak siap rumah
09/02/2007 Harian Metro Oleh Noor Jaafar
Kuala Lumpur:
Lebih 300 pembeli flet kos rendah Taman Seri Pelangi, Sentul, di sini
mengeluh keran pemaju perumahan itu gagal menyiapkan projek sejak 2002
menyebabkan mereka kerugian dan kini terpaksa mendiami rumah sewa
serta bayaran faedah pinjaman bank.
-
Rumah siap
akhir tahun
27/02/2007 BH Oleh Shukor Kasim
MELAKA: Seramai 275 pembeli rumah Taman Bidara Palma, Tanjung Bidara,
Masjid Tanah, dekat sini, yang rumah mereka terbengkalai sejak enam tahun
lalu perlu menanti selewat-lewatnya sehingga penghujung tahun ini untuk
menduduki rumah mereka secara sah. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
kawasan Tanjung Bidara, Datuk Ab Karim Sulaiman, berkata daripada jumlah
itu, 194 pembeli di fasa 1A sudah menduduki rumah masing-masing walaupun
tanpa sijil menduduki (CF) manakala bakinya, iaitu 81 pembeli fasa 1A
belum lagi dapat tinggal di rumah yang mereka beli berikutan hanya 80
peratus pembinaan rumah siap dan tanpa CF.
By
Devid Rajah
KUALA LUMPUR: A total of 108 abandoned housing projects
nationwide, valued at RM2.4bil, have been rescued and completed as of
December last year.
Abandoned project to be turned into city’s signature building
08/03/2007 The Star
ONCE an eyesore, the 19-storey commercial building project in Jalan Dato
Ahmad Said, Ipoh, which was abandoned for the past 10 years, has been
revived.
-
24,408 rumah
terbengkalai 21/03/2007 HM
SHAH ALAM: Sejumlah 24,408 unit rumah kediaman, komersial dan pembesaran
kampung daripada 57 projek pelbagai kategori di Selangor masih
terbengkalai sehingga Februari lalu. Semua projek terbengkalai berkenaan
adalah antara 97 projek yang gagal disiapkan di seluruh Selangor.
-
Baik pulih
dua projek 27/03/2007 HM
SYARIKAT Perumahan Negara Berhad (SPNB), syarikat milik penuh Menteri
Kewangan Diperbadankan membaikpulih dua projek perumahan terbengkalai
membabitkan lebih 1,482 pembeli rumah di Bandar Pinggiran Subang, Shah
Alam dan Taman Desaria, Petaling Jaya, Selangor. Kerja pembinaan projek
itu dimulakan pada Jun 2005 selepas SPNB menerima kebenaran daripada pihak
terbabit dan isu perundangan diselesaikan selain diarahkan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
SPNB revives 2 housing
projects 27/03/2007 NST
SYARIKAT Perumahan Negara Bhd (SPNB), a wholly-owned subsidiary of the
Minister of Finance Inc, has successfully revived two housing projects,
including Bandar Pinggiran Subang. Some 1,482 buyers of the three-room
medium-cost apartments have been suffering since the project was
abandoned in late 2001, after the previous developer faced financial
difficulties.
Cheer for 1,400 housebuyers
28/03/2007 The Star
OVER 1,400 housebuyers of two abandoned projects can look forward to
getting the keys of their units.
-
2,029 aduan
rumah tak siap 28/03/2007 HM
KUALA LUMPUR: Selangor dikesan negeri yang mempunyai bilangan projek
perumahan bermasalah paling tinggi di negara ini. Menurut laporan yang
dikeluarkan Bahagian Pengawasan dan Penguat Kuasa Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada tahun lalu saja 2,029 aduan diterima
daripada pembeli di negeri itu iaitu kira-kira 45 peratus daripada
keseluruhan aduan.
Long
wait nears end
31/03/2007 The Star
BUYERS of the abandoned Taman Widuri housing project in Nibong Tebal,
Penang, can heave a sigh of relief as the nine-year wait for their houses
will finally be over.
-
SPNB pulih 68
projek rumah 20/04/2007
BH
SYARIKAT Perumahan Negara Bhd (SPNB) sehingga kini berjaya membaik pulih
dan menyiapkan 68 projek perumahan terbengkalai membabitkan 19,895 unit
rumah di seluruh negara. Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam,
SPNB menyatakan ia kini sedang melaksanakan kerja baik pulih lima projek
perumahan terbengkalai membabitkan 2,874 unit rumah di seluruh negara.
Apartment owners get keys after 11 years
19/04/2007 NST
LABUAN: They have been waiting for 11 long years. Now, some 680
apartment owners can move into their homes in the third phase of Taman
Mutiara Sungai Bedaun, thanks to Syarikat Perumahan Nasional Bhd.
-
Penantian 3 tahun berakhir 20/04/2007 HM Oleh Kamarulzaman Pid
CYBERJAYA: Hanya sebulan saja lagi penderitaan selama hampir tiga tahun
yang dialami 404 pembeli rumah di Fasa 3D1, Bandar Pinggiran Cyber, di
sini, akan berakhir. Khabar gembira itu diterima penduduk terbabit
menerusi sepucuk surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT), bertarikh 6 April selepas kementerian itu mengadakan
mesyuarat dengan pemaju projek berkenaan serta agensi berkaitan pada 27
Mac lalu.
Housebuyers sue Govt
25/04/2007 The Malay Mail By Halim Said
SOME 130 housebuyers sued the Selangor Government, Kuala Selangor Land
Office and housing contractor, Bumi Circle Sdn Bhd yesterday for failing
to deliver their houses.
130 suing Selangor government for RM14m
25/04/2007 The Star
SHAH ALAM: A total of 130 landowners in the Desa Kerayong Indah housing
project in Kuala Selangor has filed a RM14mil suit against the Selangor
government for failing to complete the project.
-
130 pemilik
tanah tuntut RM14 juta 27/04/2007 BH
SHAH ALAM: Seramai 130 pemilik tanah lot bagi projek perumahan Desa
Kerayong Indah di Kuala Selangor memfailkan saman terhadap kerajaan negeri
Selangor kerana gagal menyiapkan projek itu dan menuntut ganti rugi
sebanyak RM14 juta. Selain kerajaan negeri Selangor, pemilik tanah itu
turut menamakan Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor sebagai defendan kedua
dan pemaju projek perumahan itu, Bumi Circle Sdn Bhd sebagai defendan
ketiga.
-
Lima tahun
rumah terbengkalai 29/04/2007 MA
JOHOR BAHRU: Hasrat 60 pembeli untuk mendiami rumah idaman di Taman Mawar,
Kulai, dekat sini, ibarat jauh panggang dari api kerana projek perumahan
itu terbengkalai sejak lima tahun lalu. Malah, mereka kini buntu
memikirkan kesudahan projek kos sederhana itu kerana berasakan nasib
mereka terabai dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak
berkaitan.
-
SPNB sedia
baik pulih Taman Pelangi 11/05/2007
BH
SEREMBAN: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kini pada peringkat
akhir untuk memulakan kerja membaik pulih projek perumahan di Taman
Pelangi, Sikamat, dekat sini yang terbengkalai sejak kira-kira 15 tahun
lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Datuk Md Yusof Harmain
Shah, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini itu
dan berharap ia menjadi kenyataan.
-
In a fix over project stalled for
10 years
15/05/2007 The Star By Geetha Krishnan
AFTER 10 long years, purchasers of factory lots for a project
that was later abandoned in Puchong are still in a dilemma.
-
Take action, house buyers urge state 25/05/2007 The Star
A GROUP of about 50 purchasers of three abandoned housing projects in
Penang staged a peaceful protest outside the State Assembly building
yesterday to highlight their plight.
-
SPNB ambil
alih 25/05/2007 HM
KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang
bertanggungjawab mengambil alih projek perumahan terbengkalai, kini
memulakan kerja baik pulih rumah pangsa kos rendah Bandar Alam Perdana,
Ijok, Selangor.
-
Pangsapuri
belum ada CF 31/05/2007
BH Oleh Hanisah Selamat
SERI KEMBANGAN: Kedudukan strategik menghadap tasik The Mines dan lokasi
hanya satu kilometer dari pusat beli-belah Mines Wonderland City antara
daya tarikan mendorong kira-kira 300 pembeli membuat tempahan unit
Pangsapuri Skyvillas Serdang Perdana, di sini. Namun ia adalah promosi
yang diwar-warkan pemaju lebih lapan tahun lalu. Kini pangsapuri yang
pernah terbengkalai dan diambil alih syarikat lain itu cuma indah khabar
daripada rupa dan belum diberikan Sijil Layak Menduduki (CF) walaupun
pemaju sudah menggesa pembeli mengambil kunci unit masing-masing.
-
Pembeli rayu
campur tangan
04/06/2007 HM Oleh Ahmad Fitri Che Musa
PUCHONG: Kira-kira 50 pembeli berkumpul di tapak perumahan rumah teres dua
tingkat, De Elina dan Amaryllis di Taman Lestari Puchong, Bandar Putra
Permai di sini, yang terbengkalai hampir dua tahun lalu bagi menggesa
pemaju dan pihak terbabit menyelesaikan masalah mereka. Wakil pembeli,
Leong Kee Poh, 42, berkata dua projek perumahan berkenaan iaitu De Elina
dan Amaryllis masing-masing sepatutnya siap pada 2005 dan awal tahun lalu.
-
K.
Euro deal likely
05/06/2007 The Star By C.S. TAN
PETALING JAYA: There is a “reasonably good chance” IJM Corp Bhd would buy
a 25% stake in Kumpulan Europlus Bhd (K. Euro), managing director Datuk
Krishnan Tan said.
-
Bina
pusat beli-belah di tapak terbengkalai
06/06/2007 HM
SEREMBAN: Kerajaan negeri meneliti untuk membina sebuah pusat beli-belah
di tapak komersial terbengkalai di Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini,
yang turut berperanan menyediakan tempat letak kereta di bandar ini.
Bangunan yang bakal dibina itu akan mengambil kira kemudahan berkenaan
dengan pembinaan tempat letak kereta bawah tanah setinggi empat tingkat.
-
Housing Setbacks: Fix our own backyard first
07/06/2007 NST By Woo Sow Pheng, Johor Baru
ACCORDING to "Real estate boom looms" (NST, June 3), the country
is now to be launched as "an international property destination" that
will attract billions in foreign investment and create new jobs.
-
Even sought-after housing projects are abandoned!
09/06/2007 NST By Woo Sow Pheng
THANK you for the Viewpoint on "Paying for their sins" (NST-Property, June
2). Our committee represents 1,090 buyers of houses at Taman Cahaya Kota
Putri, one of the many abandoned projects in the much-touted Iskandar
Development Region (IDR). All efforts to lure foreign investments will
come to naught if the Johor government cannot clean up its backyard
littered with abandoned properties - evidence of the inability of the
state and the Housing and Local Government Ministry to monitor the
deception of buyers and investors by unscrupulous developers.
-
Pulau Melaka property buyers don’t want state’s help
10/06/2007 Sunday Star By Steven Daniel
MALACCA: The state government wants to step in and help 800 buyers who
bought apartments and shoplots on the manmade island of Pulau Melaka by
reviving the abandoned projects there.
-
19,895 rumah
terbengkalai siap 10/06/2007 BM
SHAH ALAM: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sehingga kini
menyiapkan 19,895 unit rumah terbengkalai di seluruh negara, kata
pengerusinya, Datuk Azian Osman. Beliau berkata, pihaknya yang
bertanggungjawab mengambil alih projek perumahan terbengkalai juga dalam
proses membaik pulih lima projek perumahan membabitkan 2,874 unit rumah
dengan kos pembinaan RM117.3 juta.
-
Rumah
terbengkalai lebih tujuh tahun siap 14/06/2007
BH Oleh Wan Jailani Razak
SHAH ALAM: Pembeli rumah di Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, di sini
akhirnya menarik nafas lega sebaik menerima kunci rumah idaman baru-baru
ini selepas menunggu lebih tujuh tahun. Projek perumahan yang terbengkalai
sejak 2001 itu dipulihkan kerajaan menerusi Syarikat Perumahan Negara
Berhad (SPNB) yang membelanjakan lebih RM21 juta membaik pulih 600 unit
rumah pangsapuri kos sederhana lima tingkat di kawasan seluas 3.6 hektar.
-
Rhythm Avenue buyers to
get keys by year-end
21/06/2007 The Star By Lim Chia Ying
HOUSEBUYERS of the stalled Rhythm Avenue service apartments
in USJ 19 are praying hard that they will finally get keys to their units
by the end of this year.
-
Contractor gets deadline
to revive project 30/06/2007 NST
KUALA LUMPUR, Sat: The contractor for the abandoned Plaza
Rakyat in Jalan Pudu has two months to revive the project or City Hall
will appoint a new builder to complete the job.
-
19 pembeli saman
pemaju, MDKS
07/07/2007 Utusan Malaysia
KLANG 6 Julai - Seramai 19 orang pembeli rumah di Taman Wawasan, Tanjong
Karang mengemukakan saman untuk menuntut ganti rugi di Mahkamah Sesyen
di sini hari ini berikutan rumah yang dibeli sejak enam tahun lalu gagal
diduduki.
-
Broken promises and
devastating nightmares
07/07/2007 NST
Letters-to-Editor By Norhidayah Yeoh Abdullah, Kuala Lumpur
I refer to the Viewpoint from the immediate past president of the Real
Estate and Housing Developers' Association (Rehda) ("Far from being
rotten", NST-Property, June 23).
-
Condominium Buyers
Want Nightmare To End
11/07/2007 Bernama
KUALA LUMPUR, July 11 (Bernama) -- More than 30 buyers of abandoned Casa
Riana Phase 16 condominium project in Taman Puncak Jalil, Puchong, here
want the developer to complete the project quickly.
-
Long wait for apartment buyers is
over
23/07/2007 The Star
AFTER waiting nine long years, Taman Kristal Block C apartment buyers
in Penang can finally move into their new homes.
-
68 projek
dibaik pulih 18/07/2007
BH
LABUAN: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membaik pulih 68 projek
terbengkalai, termasuk 14 yang dibiayai sepenuhnya dan 54 lagi dibantu
dari segi kepakaran serta pemantauan.
-
2 projek
rumah terbengkalai 14/08/2007
BH Oleh Amin Ridzuan Ishak
AMPANG: Dalam usaha mencapai status negeri maju, kerajaan negeri Selangor
melancarkan program setinggan sifar bagi memastikan kehidupan rakyatnya
selesa setaraf dengan statusnya. Selain menyediakan kediaman selesa,
program ini juga bagi mewujudkan kawasan perbandaran yang tersusun. Namun
program yang diharap dapat membentuk negeri Selangor yang lebih baik
mendapat bantahan daripada sesetengah penduduk.
-
Buyers distraught
over unfinished apartments 02/08/2007 The Star By Priya
Menon and Vivienne Pal
Buyers of the Sri Puteri Service Apartment located in Section 20, Shah
Alam, lose precious sleep each night worrying about their unfinished
homes.
-
13 projek rumah dikategori
terbengkalai 14/08/2007 Berita Harian
SEBANYAK 13 projek perumahan awam dan swasta membabitkan 2,810 pembeli
di seluruh Pahang masih dikategorikan sebagai terbengkalai, kata
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pusat Pertumbuhan, Datuk Mohd Soffi
Abdul Razak.
-
2 projek rumah
terbengkalai
14/08/2007 BH Oleh Amin Ridzuan Ishak
Selangor mahu ambil alih siapkan kediaman untuk program penempatan
semula setinggan di Lembah Jaya, Hulu Klang Projek terbabit ialah Projek
Perumahan Kos Rendah Kuari Golden Plus, Lembah Jaya dan Projek Perumahan
Kos Rendah Sungai Sering, Hulu Klang.
-
Rumah terbiar syurga pendatang
03/09/2007 HM Oleh Erywan Norshal
SERI KEMBANGAN: Pemilik rumah Taman Lestari Permai, dekat sini, bukan
saja kecewa kerana rumah gagal disiapkan, malah lebih marah apabila
bangunan terbiar itu dijadikan tempat 'penempatan' warga asing. Projek
yang dua tahun terbengkalai itu menyusahkan pembeli yang terpaksa
membayar ansuran pinjaman kepada bank.
-
Pembeli digesa benarkan SPNB ambil
alih projek
24/09/2007 Berita Harian
KUANTAN: Nasib 828 pembeli rumah Taman Perumahan Datuk Rashid Salleh, Jalan
Pintasan Kuantan Pelabuhan, di sini yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu
dijangka selesai apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sedia
mengambil alih projek berkenaan. Namun, berdasarkan syarat ditetapkan, SPNB
memerlukan persetujuan 70 peratus daripada 828 pembeli rumah di taman
terbabit bagi memastikan kerja pembinaan dapat dilaksanakan.
-
10 tahun tunggu rumah 24/09/2007 Berita Harian Oleh
Mohd Roji Abdullah
Pembeli kediaman di Taman Mengkibol Kluang minta kerajaan campur tangan
supaya projek terbengkalai diteruskan
KLUANG: Selepas hampir 10 tahun menanti, 351 pembeli rumah di Taman
Mengkibol, di sini terus menaruh harapan untuk menduduki rumah idaman
mereka satu hari nanti walaupun hingga kini tiada tanda pemaju akan
meneruskan projek yang terbengkalai sejak dua tahun lalu.
-
100 tuntut janji 24/09/2007 HM Oleh Ahmad Fitri Che Musa
PUCHONG: Hampir 100 pembeli sekali lagi membuat bantahan kerana tidak
tahan dengan sikap degil pemaju yang masih gagal menyiapkan projek
perumahan rumah teres dua tingkat, De Elina, Amarylis, Artemisia dan
Camelia di Taman Lestari Puchong, Bandar Putra Permai, di sini, yang
terbengkalai sejak dua tahun lalu.
-
Pemaju iklan
projek tak siap
26/09/2007 BH Oleh Noraziah Othman
PORT DICKSON: Pembeli rumah di Taman Crystal, dekat sini terkejut apabila
mendapati projek rumah berkenaan yang terbengkalai hampir 20 tahun
diiklankan semula untuk dijual kepada orang ramai di sekitar bandar ini,
minggu lalu. Seorang pembeli, Yaacob Jamil, 55, yang membeli dua unit
rumah secara tunai di taman berkenaan terkejut apabila diberitahu rakannya
rumah yang dibeli di taman perumahan itu diiklankan kepada orang ramai
untuk dijual semula.
-
Lepas tangan
28/09/2007 HM Oleh Md Fuzi Abd Lateh
BUKIT BERUNTUNG: Penduduk di Perumahan Jalan Adenium RT1, dekat sini,
kesal dengan sikap pemaju yang didakwa lepas tangan hingga gagal
menyiapkan jalan susur masuk ke taman mereka. Pemaju dikatakan perlu
menyiapkan jalan masuk melalui laluan utama Jalan Sungai Choh ke Bukit
Beruntung sejauh 350 meter sebelum menyerahkan projek itu tiga tahun lalu
untuk diduduki pembeli.
-
Mayat lelaki ditemui
01/10/2007 BH
SEREMBAN: Mayat seorang lelaki dipercayai kutu rayau ditemui terbakar dari
paras kepala hingga pinggang di tingkat dua sebuah rumah kedai dua tingkat
terbengkalai di Fasa 8 Seremban Jaya, Senawang dekat sini, pagi semalam.
-
Projek 20
tahun tak siap
05/10/2007 BH Oleh Ahmad Syahrul Derauh
PORT DICKSON: Selepas kira-kira 10 tahun menunggu, hasrat 64 peniaga,
kebanyakannya usahawan baru untuk memulakan perniagaan di rumah kedai yang
dibeli mereka di Taman D' Ambang Kota, Lukut, dekat sini masih tidak
kesampaian kerana hartanah berkenaan sehingga kini masih gagal disiapkan.
Keadaan itu bukan saja membantutkan hasrat sesetengah daripada mereka
untuk menjadi ahli perniagaan, tetapi turut menyebabkan mereka dibebani
hutang dengan pihak bank yang menyalurkan pinjaman pembelian premis itu.
-
32 years of waiting and hoping but
still no sign of dream homes 12/10/2007 NST Chong Chee Seong
ABANDONED DREAMS: The terrace houses that are 80 per cent completed, but
have been have been abandoned for 28 years. IT was their childhood dream
to have their own homes. When a developer offered to build them houses in
exchange for their land, they grabbed the opportunity. Unfortunately, both
women, Lam Ai Yin and Ho An Ching, died two years ago at the ages of 80
with their dreams unfulfilled.
-
Last call for Plaza Rakyat
developer 16/10/2007 NST By Minderjeet
Kaur
The three-month grace period for the developer of the abandoned Plaza
Rakyat project is up. It will be the end of the road if Plaza Rakyat Sdn
Bhd fails to show proof that it is capable of reviving the RM1.2 billion
bus and taxi terminal with service apartments, hotels and office blocks.
Federal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique said the
developer would be called for a meeting with City Hall soon.
-
100 kecewa rumah tak siap 2
tahun
19/10/2007 BH
PUCHONG: Impian untuk menyambut Aidilfitri di rumah baru hanya tinggal
angan-angan kosong bagi kira-kira 100 pembeli rumah teres dua tingkat, De
Elina, Amarylis, Artemisia dan Camelia di Taman Lestari Puchong, Bandar
Putra Permai, di sini, apabila ia masih lagi terbengkalai sejak dua tahun
lalu. Sudah acap kali mereka turun naik pejabat pemaju untuk mendapatkan
kepastian kerana sepatutnya ia dapat diduduki pada 2005, namun jawapan
yang diterima mengecewakan, malah dari sehari ke sehari tiada sebarang
perumahan,manakala rumah dinaiki lalang.
-
Projek `sakit' di Putrajaya
19/10/2007 BH Oleh Haika Khazi
PUTRAJAYA: Mungkin ramai beranggapan Putrajaya adalah bandar bestari dan
dibangunkan mengikut perancangan rapi, namun Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan itu tidak terlepas daripada pelbagai masalah pembangunan
termasuk ke munculan `projek sakit'. Antara projek terbengkalai di sini
ialah pembinaan beberapa blok bangunan kuarters kakitangan kerajaan dan
rumah teres dua tingkat, yang terletak berhampiran projek pembinaan Balai
Polis Putrajaya baru, di Presint 11.
-
Projek
terbengkalai dipulih
21/10/2007 MA
JOHOR BAHRU: Selepas terbengkalai hampir tujuh tahun, pembeli rumah di
Taman Mewah Jaya, Plentong, di sini, boleh menarik nafas lega apabila
projek perumahan itu bakal disiapkan menerusi Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9), bermula tahun depan. Berita gembira itu diperoleh
hasil pertemuan Jawatankuasa Sementara Pembeli Taman Mewah Jaya yang
diketuai pengerusinya, Wong Kum Saw dengan Timbalan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau, awal bulan ini.
-
Rumah Taman Widuri Sungai
Bakap tak siap
22/10/2007 BH Is Putera
SAYA turut terpanggil untuk meluahkan perasaan tidak puas hati janji manis
pihak tertentu seperti mana yang dihadapi mangsa tsunami Pulau Pinang yang
dijanjikan untuk penyerahan rumah dari satu tarikh ke satu tarikh.
-
Pembeli desak pemaju segera
siapkan rumah terbengkalai 24/10/2007 Utusan Malaysia Oleh Muhammad
Rizanizam Abdul Hamid
PUCHONG 23 Okt. – Hampir 200 pembeli 814 unit rumah dua tingkat di empat
projek perumahan Taman Lestari di sini menggesa pemaju menyiapkan rumah
mereka yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu.
-
Pemaju serah notis batal beli 26/10/2007 Berita Harian Oleh Hanisah Selamat
Pembeli pangsapuri kos rendah Taman Puncak Jalil keliru KUALA LUMPUR:
Sepatutnya pangsapuri kos rendah Fasa 16 A Taman Puncak Jalil, Seri
Kembangan, di sini siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, namun
selepas projek itu dimulakan pada 2003, hanya binaan asas saja jelas
kelihatan.
-
Risau kondominium terbengkalai
06/11/2007 Kosmo Oleh Aishah Amin
Penduduk takut kren yang ditinggalkan jatuh hempap rumah Kuala Lumpur:
Entah apa silapnya, projek sebuah kondominium 14 tingkat berhampiran Taman
Desa, di sini dibiar terbengkalai sejak lebih 13 tahun lalu.
-
Desarina Condo buyers agree to
rehabilitation scheme 15/11/2007 The Edge
KUALA LUMPUR: The purchasers of the abandoned property development project
known as Desarina Condominium in Taman Desa have voted in favour of the
proposed scheme of arrangement to rehabilitate the project.
-
Rumah impian terbengkalai
18/12/2007 Berita Harian Oleh Ahmad Syahrul Derauh
BELUM SIAP: Deretan rumah terbengkalai di kawasan perumahan Perpaduan
Height, Senaling, Kuala Pilah mendapat rungutan pembeli.