This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 

Abandoned / Revived Projects
News (2000)

Pages: 1991 | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010

 

Rumah murah belum siap
15/01/2000 BH  By Penduduk Labis
LANGKAH kerajaan memastikan setiap pemaju perumahan menyediakan rumah kos rendah bagi setiap projek wajar dipuji. Malangnya ada pemaju yang tidak peka hal ini. Ini kerana rumah kos sederhana dan mahal dapat disiapkan tetapi rumah murah terbengkalai. Rumah bukan kos rendah sudah diduduki hampir setahun manakala rumah kos rendah tidak diselesaikan pembinaannya.

Dangerous `play pool' sealed
01/02/2000 NST-CITY By Josephine Santiago
RESIDENTS at Taman Pusat Kepong, worried over the abandoned carpark project which has turned into a dangerous "play pool" for children, are relieved as the developer has sealed and covered the entrances, exits and holes of the whole place. The developer, MBf Property Services, at a cost of RM50,000, began work to seal the holes with cement layers last December and had completed the work recently.

Joint action on project
12/02/2000 MM
BUYERS of units in the abandoned Taman Pusat Kepong will hand a memorandum to Housing and Local Government Minister Datuk Ong Ka Ting to highlight their plight. In a statement, Federal Territory MCA's Youth vice-chairman Yee Poh Ping, who is adviser for the group, said construction work on the project had stopped more than three years ago.

Pemaju tak siap flet ikut jadual
14/02/2000 HM By Azwani Abdul Ghani
PETALING JAYA: Sasaran menjadikan Selangor sebagai negeri bebas setinggan pada 2005 tidak mungkin tercapai jika banyak pemaju perumahan gagal menyiapkan rumah dalam tempoh ditetapkan. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor, Datuk Mokhtar Dahlan, berkata kegagalan pemaju menyiapkan rumah dalam tempohnya bukan saja melambatkan penempatan semula setinggan, malah sepanjang masa itu memudaratkan lagi masalah sampingan seperti banjir kilat yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Waiting for his new condo unit
19/02/2000 MM By Rosma Omar; Harny Abu Khair
* HAVING already paid 30 per cent of the purchase price for a condominium in Sentul, Abdul Samad is wondering when the project will be completed. He says he bought the condominium in 1996 from the developer, Sentul Raya Sdn Bhd, and was told that the project would be completed in two years.

Pembeli rumah kesal projek belum mula
 26/02/2000  BH By Teh Kean Kiat
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pembeli rumah pangsa kos rendah di Lingkaran Nur Kajang, di Batu 11 1/2, Jalan Cheras, Hulu Langat, di sini, kecewa sikap pemaju yang masih belum memulakan projek pembinaan walaupun tarikh siap sepatutnya awal tahun lalu. Kawasan dua blok rumah pangsa kos rendah bernilai RM31,000 hingga RM33,000 itu sehingga kini masih dipenuhi semak-samun. Setiap blok setinggi lima tingkat itu mengandungi 80 unit.

Proton City project not abandoned: Mahaleel
11/03/2000 BT
PERUSAHAAN Otomobil Nasional Bhd (Proton) said it has not abandoned the shelved Proton City project that will house the company's second assembly plant. Chief executive officer Tengku Datuk Mahaleel Tengku Ariff said the company has invested too much in the project to abandon it.

Projek perumahan terbengkalai
13/03/2000  BH By Anak Jati
SAYA sedar isu pembinaan perumahan di Kampung Tongod, Kinabatangan bukan perkara baru bagi masyarakat kampung ini, apatah lagi, kepada pihak yang bertanggungjawab. Namun tindakan untuk mengotakan janji dalam hal ini seolah-olah sengaja dilengah-lengahkan oleh pihak berkenaan mungkin disebabkan masalah pengurusan ataupun pihak berkenaan hendak mempersendakan masyarakat di kawasan pedalaman ini. Penduduk kampung ini memohon pihak bertanggungjawab khasnya wakil rakyat kawasan ini dapat mengatasi kesulitan kami demi kepentingan dan kebajikan bersama.

Pembeli rumah hadapi masalah
15/03/2000 BH  By Suhaily Hassan
SAYA mewakili rakan-rakan adalah pembeli rumah kos rendah di sebuah taman perumahan di Jitra, Kedah. Jual-beli rumah ini berlaku hampir dua tahun lalu. Ini adalah projek terbengkalai. Pengurusan projek ini kemudiannya diambil alih oleh sebuah syarikat untuk menyiapkan kerja yang terbengkalai itu untuk dijual dan sekali gus menjadi penyelamat kepada projek ini. Syarikat baru itu dengan penuh dedikasi menyiapkan kerja yang terbengkalai itu dan menawarkan kepada pembeli yang berminat. Rungutan kami ialah: * Selepas dua tahun, syarikat belum selesai memulangkan deposit pembeli sedangkan urusan jual-beli sudah diselesaikan.

Pemaju lembap punca setinggan menderita
15/03/2000 HM
KUALA LUMPUR: Sikap pemaju yang lewat membangunkan 1,900 rumah di Wangsa Maju di sini, menyebabkan lebih 1,000 penduduk setinggan Kampung Pasir Wardieburn terpaksa menetap di rumah panjang di kawasan berkenaan sejak 1983. Keadaan itu menyebabkan penghuni terpaksa hidup serba kekurangan walaupun pemaju pernah berjanji untuk membina rumah segera sebagai syarat pemindahan.

Tapak kondo dipenuhi sampah
23/03/2000 HM
AMPANG: Masalah tapak pembinaan Kondominium Menara Ampang Ria, di sini, yang dipenuhi sampah dan semak samun sejak ditinggalkan membimbangkan penduduk sekitar. Wakil MCA cawangan Ampang Jaya, semalam, turun padang melawat kawasan di sekitar Ampang Jaya, di sini, yang bermasalah termasuk tapak pembinaan terbabit.

Truants courting danger at abandoned site
25/03/2000 MM By Sam Cheong
SOME pupils are skipping school to get wet and wild at the basement of an abandoned construction site in Sentul. Following a tip off, The Malay Mail checked Lot 39-47 at Jalan Kovil Hulu, Sentul, yesterday.

Payment made but no sign of work done
27/03/2000 MM By Alina Simon; Rosma Omar
AFTER purchasing a terrace factory in the North Port Technology Zone, Khoo was informed by her financier, Citibank Bhd that progress payment was made in October last year for foundation and footing works done. But when she visited the site recently, she was surprised to see that little had been done

Tabung perumahan diperlukan
29/03/2000 BH
KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang meminta kerajaan mengadakan kembali tabung untuk membiayai projek perumahan terbengkalai kerana 158 projek dilaporkan masih memerlukan bantuan.

SBJ labur RM50j biayai 8 projek
05/04/2000 BH
SBJ Binajaya Development Sdn Bhd (SBJ) mengukuhkan kedudukan dan keunggulannya sebagai syarikat pemaju perumahan terkemuka di Kelantan ketika ini apabila terus berkemampuan melaksanakan pelbagai projek perumahan di seluruh Kelantan walaupun dalam kegawatan ekonomi dua tahun lalu. Prestasi dan rekod pelaksanaan projek yang baik dapat dilihat apabila SBJ berjaya menyiapkan setiap projek perumahan atau membaik pulih pelbagai projek perumahan terbengkalai di negeri ini mengikut jadual.

30 buyers seeking refund of deposit
11/04/2000 NST-CITY By Josephine Santiago
ABOUT 30 purchasers of lots in an abandoned light industrial factory project in Jinjang Utara want their 10 per cent deposit back from the developers. They also want the banks which had provided the end-financing to forego the accumulated interest on their loans.

10 tahun rumah masih tak siap
27/04/2000 HM By Salmi Musa
KAJANG: Projek perumahan teres dua tingkat Taman Kantan di sini, yang terbengkalai lebih 10 tahun lalu, kini menghantui pembeli kerana terpaksa menyewa walaupun membuat bayaran balik pinjaman perumahan. Masalah itu semakin membimbangkan pembeli kerana pemaju belum mengambil tindakan walaupun beberapa aduan dikemukakan kepada mereka.

Sambung projek terbengkalai
29/04/2000 HM
KUALA LUMPUR: Pemaju projek perumahan teres dua tingkat Taman Kantan Permai yang terbengkalai lebih 10 tahun lalu akan menyambung semula kerja pembinaan berkenaan. Ahli Jawatankuasa Bertindak Taman Kantan Permai, Mohd Isa Mohd Nasir, berkata beliau sudah berunding dengan pemaju mengenai masalah itu, baru- baru ini.

Pembeli rumah teraniaya
01/05/2000 BH By Insan Teranaiya
SAYA dan keluarga berasa dianaya oleh pemaju perumahan. Sebenarnya bapa saya membeli sebuah rumah di kawasan Seremban. Taman perumahan itu sudah lama terbengkalai. Akibatnya kami dan pembeli lain menjadi mangsa. Bapa saya membeli rumah itu ketika beliau masih berkhidmat dalam tentera lagi. Kalau tidak silap saya bapa saya membeli rumah itu pada 1985 atau 1986. Apa yang mengejutkan, ketika bapa saya pergi melawat rumah itu pada 27 Februari lalu pemaju memberitahu kami sudah boleh duduk di rumah itu selepas membayar wang pendahuluan air dan elektrik.

EPU diminta kaji semula projek
 05/05/2000 BH
KUALA LUMPUR, Khamis - Unit Perancang Ekonomi (EPU) diminta mengkaji semula projek pembangunan di Kampung Abdullah Hukum dekat sini, yang masih tertangguh pelaksanaannya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahrizat Jalil berkata kajian itu bagi memastikan sama ada pemaju terbabit masih berminat dan berkemampuan melaksanakan projek itu.

Abandoned project revived
18/05/2000 MM By Meor Shariman
THREE years, six chances and after paying more than half the project's cost of RM2.5 million. That was how long it took to convince the Hulu Langat Drainage and Irrigation Department (DID) to take a fresh contractor to revive the abandoned RM2.5 million longhouse project in Ampang Campuran.

This pool's not for swimming
18/05/2000 MM By Azlan Ramli
UNWANTED "swimming pool" - this huge pool of water, the size of a football field, is a potential danger to the public (above right). Located at the abandoned Mont'Kiara Specialist Centre, it is actually the centre's foundation.

Pemaju diberi amaran keras
19/05/2000 HM By Nazura Ngah
PETALING JAYA: Pemaju di Kampung Baiduri, Taman Medan, di sini, diberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk menyiapkan pelan pembangunan di kawasan berkenaan yang membabitkan pembinaan 30 peratus rumah kos rendah daripada keseluruhan projek perumahan. Sekiranya pemaju gagal berbuat demikian, kerajaan negeri akan mengambil alih pengurusan tanah kawasan itu untuk dibangunkan kediaman selesa bagi 1,200 keluarga di situ.

Perak allocates land for sidelined house-buyers
19/05/2000 BT
PERAK has agreed to set aside 15ha as alternative residential plots for 156 buyers of low-cost homes auctioned off without their knowledge by a developer of a failed project in Bandar Baru Slim River. According to a committee set up to claim the homes they had paid for 13 years ago, Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali promised the alternative plots during a meeting with committee members in Ipoh last month.

Bukit Tupah project revived
26/06/2000 NST By Zubaidah Abu Bakar
ALOR STAR, Sun. - The Kedah Government is reviving the Bukit Tupah agro-tourism park project, scrapped by former Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid five years ago, but at double the original cost. The project, renamed the Kedah Resort City, will cost RM1.5 billion compared to RM750 million in 1994.

Backbencher supports house buyers' demo
29/06/2000 NST
A BARISAN Nasional backbencher drew a glare from Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon when the latter expressed support for a demonstration by buyers of a stalled housing project outside the State Legislative Assembly building on Monday. Lim Gim Soon (MCA-Kampong Kolam) said he had even encouraged the demonstrators to protest outside the Chief Minister's office.

Jacnic pulih projek terbengkalai
14/07/2000 BH
JACNIC Property Sdn Bhd (JPSB), anak syarikat milik Jacnic Worldwide Sdn Bhd, melabur RM5 juta dalam projek sulungnya untuk membangunkan semula projek taman perumahan terbengkalai di Peringat, dekat Kota Bharu, Kelantan. Syarikat itu yang ditubuhkan Oktober tahun lalu yakin akan memperoleh keuntungan setimpal menerusi pelaburannya selepas beberapa bulan menganalisis potensi projek terbabit.

Tabung projek rumah terbengkalai dihidup semula
21/07/2000 BH
PETALING JAYA, Khamis - Tabung Projek Perumahan Terbengkalai yang dimansuhkan Bank Negara pada 1992 akan dihidupkan semula bagi membolehkan 157 projek terbengkalai dipulihkan semula. Persetujuan untuk menghidupkan semula tabung itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, semalam.

Jual rumah kepada pembeli kedua
21/07/2000 HM By Fazallah Pit
KLANG: Pemaju projek perumahan Taman Seri Aman, Kampung Idaman, Pandamaran dekat sini, didakwa menjual satu lot rumah kepada lebih daripada seorang pembeli. Syarikat perumahan yang berpejabat di Petaling Jaya itu didakwa menjual separuh daripada 63 rumah di projek perumahan yang terbengkalai sejak 1997 kepada pembeli kedua.

Govt to revive rehab fund for abandoned housing projects
21/07/2000 BT By Kamarul Yunus
A TOTAL of 46 abandoned housing projects in Peninsular Malaysia will be given a new lease of life following the Cabinet's decision last Wednesday to revive the Rehabilitation Fund for Abandoned Housing Projects. Housing and Local Government Minister Datuk Seri Ong Ka Ting said the ministry had submitted the proposal to assist these 46 abandoned but viable projects to the Cabinet in May.

63 housebuyers left in the lurch
21/07/2000 MM By B. Suresh Ram
SINCE 1977, 63 buyers have been through nightmares trying to get their dream houses ready. Twenty-three years later, the owners - already in their 40s and 50s from the low or middle-income group - have yet to move into their double-storey link-houses in Taman Sri Aman, Kampung Idaman, Pandamaran, Klang.

`I'm only a contractor'
21/07/2000 MM
JUST a contractor, not a developer. In a telephone interview yesterday, Integrated Land Resources Sdn Bhd director K. Balachandran said he was never engaged as a developer but a contractor to continue work abandoned by the previous developers.

Melaka tamat kontrak 10 pemaju rumah
22/07/2000 BH By Rahman Hashim
SELANDAR, Jumaat - Lebih 10 pemaju perumahan terpaksa ditamatkan kontrak perjanjian kerana kegagalan mereka memulakan projek pembinaan di negeri ini, pada tempoh ditetapkan. Kerajaan negeri menamatkan semua kontrak perjanjian itu supaya projek perumahan, khususnya rumah kos rendah, yang sudah diluluskan dapat dibina dan disiapkan mengikut jadual.

Move to revive fund for abandoned housing lauded
22/07/2000 NST
MINISTER of Housing and Local Government Datuk Seri Ong Ka Ting's announcement that the fund for abandoned housing projects will be revived has brought cheer to some 9,331 purchasers who bought houses in 46 projects that were abandoned by their developers. The fund is to be used to complete 13,855 units of housing at a cost of RM1.3 billion in projects, which the Government has earmarked for revival.

235 vote to revive project on their own
14/08/2000  The Star
Two hundred and thirty five of the 320 buyers who turned up for a forum on the stalled Taman Terubong Indah (Majestic Heights) Phase I project at Dewan Tunku in Komtar voted to revive the project themselves.

Buyers of abandoned project to take legal action against developer
14/08/2000 NST
PENANG, Sun. - The 1,557 buyers of the abandoned Taman Terubong Indah (Majestic Heights) housing project in Jalan Paya Terubong may take action to wind up the developer, Majestic Heights Sdn Bhd. Most of the buyers opted for this option which was one of the three presented to them by the Majestic Heights Purchasers' Ad-hoc Committee today.

Tapak binaan terbengkalai jadi kolam talapia
19/08/2000 BH
SEREMBAN, Jumaat - Tapak pembinaan terbengkalai di pusat bandar ini yang dipenuhi air seperti kolam bersaiz Olimpik kini bertukar menjadi kolam ikan tilapia. Ikan itu dikatakan menggemari jentik-jentik nyamuk yang mudah membiak dalam keadaan air bersih dan tenang.

More buyers send out 'SOS'
29/08/2000 The Star
Buyers of yet another stalled project on the island have called on the Government to help them out of their dilemma. Taman Cemerlang Purchasers Committee chairman Y. S. Chang urged the authorities to look into the matter as many buyers were affected by the repeal of the Rent Control Act.

Projek kondo terbakar kali kedua
09/09/2000 HM
SEBUAH projek kondominium terbengkalai dalam pembinaan semula di persimpangan Jalan Kaloi dan Jalan Kurau, Bangsar terbakar bagi kali kedua dalam tempoh dua minggu. Dalam kebakaran kira-kira jam 3.50 petang semalam, perancah konkrit di tingkat lima bangunan itu terbakar dipercayai berpunca daripada kerja memotong besi cerucuk tiang dan lantai konkrit.

Tarley Enterprise to revive housing projects
21/09/2000 NST
SEREMBAN, Wed. - House buyers in abandoned housing projects here can now breathe a sigh of relief. Tarley Enterprise Sdn Bhd which recently relaunched the Taman Bukti Setia project at Ampangan, a project to develop 68 units of houses abandoned in 1984, is now gearing to take on more such projects.

Housing project abandoned
22/09/2000 MM By Rosma Omar; Sushma Veera
HIS BROTHER was told that the house would be completed in July last year. But he was disappointed when the developer constructing the double- storey link house project abandoned it half-way.

Tragedi: 3 dihempap konkrit
26/09/2000 BH
BUTTERWORTH, Isnin - Tiga rakan karib maut selepas dihempap tiga konkrit seberat kira-kira empat tan setiap satu di sebuah tapak projek terbengkalai di Bandar Sunway, Seberang Jaya, dekat sini, petang ini. Mangsa dikenali sebagai Mohd Safuan Sebian, 12; Mohd Shukri Nordin, 14, dan Mohd Azman Ibrahim, 15, yang menetap di kawasan perumahan `Sembilang', kira-kira setengah kilometer dari tempat kejadian.

110 projek tidak menguntungkan
27/09/2000 BH By Ismail Mat
MUAR, Selasa - Sejumlah 110 projek perumahan di seluruh negara yang terbengkalai ketika negara mengalami kegawatan ekonomi baru-baru ini, didapati tidak berpotensi untuk dimajukan semula. Setakat ini, hanya 40 projek didapati berpotensi diteruskan dan sudah dicadangkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk dipulihkan menerusi peruntukan Tabung Pemulihan Perumahan Terbengkalai (TPPT).

Tiada tanda amaran punca tapak projek diceroboh
27/09/2000 BH
BUTTERWORTH, Selasa - Pemaju tapak projek terbengkalai di Bandar Sunway, Seberang Jaya, dekat sini, tempat tiga rakan karib terkorban akibat dihempap tiga kepingan konkrit seberat kira-kira 12 tan, semalam, dipercayai tidak mengambil langkah keselamatan termasuk menyediakan papan tanda melarang penceroboh memasuki kawasan berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Radin Muhd Amin Radin Hadi Munir, berkata selain papan tanda, pemaju juga dikatakan tidak menempatkan pengawal keselamatan di kawasan berkenaan.

Residents plagued by mosquito menace
 
09/10/2000 MM By Dennis Chua
WHEN one lives in Jalan Galloway close to an abandoned 26-storey building project, mosquito nets, mats and repellant are a must. The road is off Jalan Pudu behind the Swiss Garden Hotel.

Abandoned building an eyesore, attracts trespassers
18/10/2000 NST
INDIFFERENT ... The developer of this abandoned commercial project in Bayan Baru, Penang, has shown total disregard to the State Government's recent directive. Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon had directed that all abandoned construction sites be fenced up to check against trespassing, especially by children.

Money to be made from abandoned projects
25/10/2000 BT By Zety Fazilah Baharuddin
UNITED Malayan Land Bhd (UMLand) believes there is money to be made through abandoned projects. The company, which recently acquired an abandoned project at Bukit Ceylon in Kuala Lumpur, said acquiring such a project would save it from the cost of developing the land and also the initial infrastructure. UMLand general manager Lau Boon Hau said the abandoned project in Bukit Ceylon should save at least RM10 million of the total project development cost.

Errant developers to surrender land
02/11/2000 NST
SHAH ALAM, Wed. - The Selangor Government has sent out letters to 70 developers of its intention to take back land given to them for development three years ago. Menteri Besar Datuk Dr Mohd Khir Toyo said the letters were sent out last week and the land would be taken back in stages.

Abandoned homes to be occupied soon
13/11/2000 MM By Badrolhisham Bidin
THE long-abandoned low-cost housing project in Batu 17, Rawang, will finally be occupied soon. After more than two years of tug-of-war on who should be alloted the units, the authorities finally came up with a list of lucky squatters in Selangor.

Allan kecewa rumah belum siap
13/12/2000 BH  By Saufi Hamzah
ALLAN Chia, pemenang hadiah permainan sempurna dalam Kejohanan Terbuka Antarabangsa Malaysia Mac tahun lalu, begitu kecewa kerana rumah dua tingkat berharga kira-kira RM355,000 yang dimenangi masih belum siap sepenuhnya. Sehingga kini, bekas pemain kebangsaan itu hanya menerima surat perjanjian jual beli pada April tahun ini daripada pemaju yang bertanggungjawab membina rumah berkenaan di kawasan Lembah Beringin.

Flet tak siap-siap
20/12/2000  HM By Ramlah Zainal
WANGSA MAJU: Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Pasir Wardieburn dan Danau Kota di sini mendesak pemaju menyiapkan projek rumah pangsa kos rendah yang terbengkalai sejak enam tahun lalu. Pengerusi Penyelaras Pembangunan Masyarakat Gabungan Penduduk Kampung Pasir Wardieburn dan Danau Kota, Mohd Liza Kudin, berkata projek rumah pangsa 20 tingkat itu dimulakan sejak 1994 dan sepatutnya siap tiga tahun kemudian.

1,000 keluarga hampa tunggu rumah pangsa
20/12/2000 BH By Kandau Sidi
KUALA LUMPUR, Selasa - Penantian lebih 10 tahun memiliki rumah sendiri masih kabur bagi lebih 1,000 keluarga di Kampung Pasir, Setapak dekat sini apabila projek rumah pangsa yang sepatutnya diduduki pada 1997, masih terbengkalai. Pengerusi Penyelaras Pembangunan Masyarakat Gabungan Penduduk Kampung Pasir, Mohamed Liza Kudin berkata, paling mengecewakan pemaju seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu apabila enggan menjelaskan kedudukan sebenar projek berkenaan.

Projek perumahan terus terbengkalai
27/12/2000  HM By Ahmad Naim Tahir
BATU PAHAT: Hasrat pembeli sebuah projek perumahan di Rengit, dekat sini untuk melihat projek terbabit disambung semula mungkin terjejas berikutan kegagalan mengesan semua pembelinya bagi penubuhan sebuah jawatankuasa bertindak. Ini kerana beberapa pembeli yang mengemukakan masalah mereka kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disaran menubuhkan jawatankuasa berkenaan untuk memudahkan sebarang urusan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.