-
37 projek rumah
gagal: Zakaria
BM 10/01/1993
GEORGETOWN: Tiga puluh tujuh projek perumahan terbengkalai dikesan di negeri
ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa
Perumahan, Alam Sekitar dan Kebudayaan negeri, Zakaria Bakar. Jumlah itu
membabitkan 6,709 unit rumah berharga kira-kira RM538 juta dan 2,927 pembeli.
-
Pulih 118
projek rumah
HM 19/02/1993 By Aminuddin Ibrahim
KUALA LUMPUR: Sebanyak 118 projek perumahan di seluruh negara, sebahagian
besarnya di Selangor, Perak dan Johor, sedang dalam proses pemulihan setelah
terbengkalai disebabkan pelbagai masalah. Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata semua projek perumahan itu
membabitkan pembinaan 25,833 unit pelbagai jenis rumah bernilai RM1,285 juta.
-
190 shelved housing projects
revived
BT 19/02/1993 By Rodhiah Ismail
A TOTAL of 190 abandoned housing projects worth RM1.85 billion have so far
been revived, involving the construction of 32,686 residential units for
22,850 buyers. Housing and Local Government Minister Datuk Ting Chew Peh
said at present there are 118 projects involving 27,833 residential units,
comprising mainly medium- and high-cost houses awaiting revival.
-
Ting: 190 abandoned housing
projects revived
NST 20/02/1993
KUALA LUMPUR, Fri. - A total of 190 abandoned housing projects involving
32,686 units worth RM1.8 billion have been rehabilitated, Housing and Local
Government Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said. These projects would bring
cheer to 22,850 purchases, he added.
-
50 peratus rumah disiapkan
BH 24/02/1993 By Ramli Abdul Karim
SEREMBAN, Selasa - Pemulihan semula lebih 50 peratus daripada 16,958 unit
rumah kos rendah yang diluluskan pembinaannya ketika kemelesetan ekonomi
lalu, dijangka siap sepenuhnya, pertengahan tahun ini. Menteri Besar, Tan
Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata 40 projek rumah kos rendah diluluskan
ketika kemelesetan ekonomi negara dan 7,574 unit rumah yang didirikan di
atas tanah kerajaan sudah siap.
-
RM59.3j pulih 25 projek rumah
BH 26/02/1993
SEREMBAN, Khamis - Sejumlah RM59.3 juta disediakan menerusi Tabung Pusingan
Usahawan (TPU) dan Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT)
bagi memulihkan 25 projek perumahan di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri
Mohd Isa Abdul Samad, berkata RM12 daripadanya dikeluarkan menerusi TPU
manakala selebihnya TPPT.
-
RM59.3j pulih
25 projek rumah BH 26/02/1993
SEREMBAN, Khamis - Sejumlah RM59.3 juta disediakan menerusi Tabung Pusingan
Usahawan (TPU) dan Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT)
bagi memulihkan 25 projek perumahan di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri
Mohd Isa Abdul Samad, berkata RM12 daripadanya dikeluarkan menerusi TPU
manakala selebihnya TPPT.
-
40 lesen pemaju
mungkin dibatal BH 26/02/1993
SUNGAI PETANI, Khamis - Kerajaan negeri mungkin membatalkan lesen 40 pemaju
perumahan yang gagal menyiapkan projek membabitkan lebih 10,500 unit rumah
di seluruh negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Abdul Rahman Ibrahim, berkata tindakan itu terpaksa diambil kerana
ke gagalan pemaju terbabit menyebabkan matlamat kerajaan memajukan industri
perumahan turut terjejas.
-
Bangunan DBKL terbengkalai HM 26/02/1993 By Khalid Yasin
KUALA LUMPUR: Bangunan baru empat tingkat Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) berharga RM4 juta di Kilometer 4, Jalan Cheras di sini
terbengkalai. Bangunan itu bagi menggantikan klinik kayu berusia 20 tahun di
kawasan berhampiran sepatutnya siap tahun lalu.
-
Projek Taman
Laksamana sudah siap BM 07/03/1993
KOTA TINGGI: Projek perumahan Taman Laksamana di Kota Tinggi yang
terbengkalai sejak enam tahun lalu kini siap dibina dan pembeli dijangka
dapat mendudukinya selepas hari raya puasa nanti. Pengurus projek taman
berkenaan, Lajis Ali, berkata pihaknya terpaksa membelanjakan kira-kira RM4
juta untuk memulihkan projek taman berkenaan yang mengandungi pelbagai jenis
rumah.
-
Pembeli dapat
diami rumah BH 09/03/1993
MUAR, Isnin - Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah di projek perumahan
Taman Seri Bahagia di Tanjung Agas di sini yang terbengkalai pembinaannya
sejak 1982 dijangka dapat menduduki rumah masing-masing, mulai awal bulan
depan. Projek itu yang dipulihkan dua tahun lalu menerusi peruntukan Tabung
Pemulihan Projek Terbengkalai berjumlah RM3 juta.
-
10 pemilik
anggap lelong tidak adil BH 09/03/1993
JOHOR BAHRU, Isnin - Sepuluh daripada 1,150 pembeli rumah teres yang
terbengkalai di Taman Dahlia, dekat sini, meminta agensi kewangan mereka
jangan melelong rumah mereka semata-mata kerana alasan lewat membuat bayaran.
Beberapa pembeli terbabit yang kini sudah menduduki rumah yang hanya 60
peratus siap itu, mengadu bahawa mereka terpaksa menyiapkan sendiri rumah
yang terbengkalai itu, di samping membayar pinjaman perumahan.
-
11 projek rumah
dipulihkan BH 13/03/1993
KANGAR, Jumaat - Kerajaan negeri kini bekerjasama dengan pemaju swasta bagi
memulih 11 projek perumahan yang terbengkalai, membabitkan 1,220 unit rumah
pelbagai jenis di negeri ini. Pengerusi Jawantankuasa Perumahan dan Kerajaan
Tempatan negeri, Loh Yoon Foo, berkata kerjasama itu penting bagi memastikan
pembeli dapat memiliki rumah yang sudah lama mereka tempah.
-
Projek mewah terbengkalai
BH 19/03/1993
LUMUT, Khamis - Sebahagian projek pembangunan bernilai beratus ribu ringgit
di sekitar daerah Manjung dikuatiri terbengkalai berikutan bekalan bahan
batu binaan dari kuari tempatan berkurangan. Beberapa pemborong binaan di
sini, mendakwa mereka tidak mampu mendapatkan bekalan bahan batu dari kuari
di luar daerah ini kerana kos pengangkutan yang tinggi.
-
190 projek
terbengkalai dipulihkan BH 22/03/1993 By Azamie Desa
IPOH, Ahad - Sebanyak 190 daripada 424 projek perumahan yang terbengkalai di
seluruh negara sejak pertengahan 1980-an sudah dipulihkan, kata Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh. Beliau berkata,
projek yang membabitkan 32,686 unit rumah serta 22,850 pembeli itu bernilai
kira-kira RM1.854 bilion.
-
190 housing projects revived
over two years
NST 22/03/1993 By Khairun Nazirah
CHEMOR, Sun. - The Housing and Local Government Ministry, through the
Abandoned Housing Project Fund (AHPF) and the Bumiputera Entrepreneurs
Rehabilitation Fund, has managed to revive 190 aban doned housing projects
involving some RM1.85 billion throughout the country over the past two
years. Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said the projects, involving 32,686
units and 22,850 buyers, were revived with the help of the private sector
through the two funds. However, there are another 234 abandoned housing
projects throughout the country of which 116 had been identified as beyond
rescue.
-
Pembeli rasa
tertipu BH 24/03/1993 By Pembeli Yang Malang
KAMI bagi pihak Ahli Jawatankuasa Taman Kesumber Jaya dukacita di atas
projek perumahan yang terbengkalai sejak lima tahun lalu tanpa apa-apa
pembelaan dari mana-mana pihak yang terbabit. Perkara ini telah kami ajukan
kepada Setiausaha Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perumahan & Kerajaan
Tempatan. Pihak kementerian membuat janji manis dalam surat rujukan (33)dlm
KPKT 08/824/3012 bertarikh 8 Disember 1990 untuk memulihkan projek ini awal
tahun 1991.
-
Buyers in tussle over
compensation
NST-CITYX 27/03/1993 By Ramlan Said
TWO housebuyers are worried that they might not get any compensation for
late delivery of their new houses as the developer has handed over the
project to a new company. The new company has approached the buyers of Phase
1A of Taman Medan Pejasa, informing them that it could not pay the amount
due to them for late delivery.
-
Empat lagi
projek taman perumahan akan dipulih BM 28/03/1993
MELAKA: Kerajaan negeri bercadang memulihkan empat lagi projek taman
perumahan yang terbengkalai di Melaka sejak 10 tahun lalu, tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar dan Kerajaan Tempatan negeri,
Datuk Mohd Zin Abdul Ghani, berkata projek itu ialah Taman Mukim Tembakau,
Taman Datuk Palembang, Bandar Baru Ayer Keroh dan Taman Pinggiran Linggi.
-
Pulangkan wang pembeli
BH 06/04/1993 By Zulkifli Md Ali
BATU PAHAT, Isnin - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang
mengarahkan pemaju perumahan di seluruh negara memulangkan semula wang
pembeli rumah kos rendah yang terbengkalai. Timbalan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Daud Taha, berkata pemulangan wang itu bertujuan memberi
peluang kepada pembeli menggunakannya untuk membeli rumah kos rendah di
projek lain.
-
MBf bangun bandar terbengkalai
BH 07/04/1993 By Mohamed Said
MBf Holdings Bhd (MBf Holdings) menerusi MBf Property Services Sdn Bhd (MBf
Property) bercadang membangunkan semula pusat bandar baru yang terbengkalai
di Lembah Klang, dan dijangka memberikan pulangan lebih RM1 bilion.
Presidennya yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan MBf Holdings, Tan Sri Loy
Hean Heong berkata MBf Property sedang berunding dengan pemilik projek
terbengkalai itu dan yakin mendapat kelulusan secepat mungkin.
-
Syor pulangkan wang pembeli
rumah disokong BH 07/04/1993
BATU PAHAT, Selasa - Kerajaan Johor menyambut baik cadangan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai kemungkinan memulangkan semula wang
pembeli rumah kos rendah yang terbengkalai. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan
dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron, berkata cadangan itu
membuktikan prihatin kerajaan kepada pengguna, terutama pembeli rumah kos
rendah.
-
Housebuyers see red
MM 10/04/1993 By Efi Hamzah
HOUSEBUYERS of Taman Medan Pejasa, a project that has been delayed for more
than two years, are aghast over an offer by the developer to complete the
project provided the buyers waive some of their rights. The developer,
Kembar Empat Sdn Bhd (KESB), which is facing financial problems, had
recently appointed a management company, PP Management Services (PPMS), to
handle the project.
-
Tindakan PKNP dipertikai BH 20/04/1993 By Haw Tian Soo
IPOH, Isnin - Tiga puluh dua pembeli mempertikaikan tindakan Perbadanan
Kemajuan Negeri Perak (PKNP) membenarkan sebuah syarikat pemaju perumahan
membuat gadaian pihak ketiga ke atas rumah mereka di Fasa II Taman Bercham
Jaya dekat sini, kepada sebuah bank. Dalam masa yang sama, mereka juga
mempersoalkan usaha PKNP mengutip kira-kira RM933,000 daripada pemaju
berkenaan sebagai bayaran premium tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian
Perak.
-
Unable to move into house MM 20/04/1993 By Errol Oh; V. Vasudevan; Kamala Nagappan
* RAJU of Jalan Raja Chulan complains about the delay in moving into his
low-cost house in Cheras Jaya, Balakong as no certificate of fitness has
been issued. "The project started in 1988 but was abandoned for a few years
before work continued because of problems caused by contractors," he adds.
-
Syarikat gagal serah kunci
HM 20/04/1993
KUALA LUMPUR: Kegagalan syarikat perunding Peat Marwick Sdn Bhd menyerahkan
kunci kepada 413 pembeli rumah Taman Cempaka Fasa 3 Ampang, dekat sini,
seperti yang dijanjikan berikutan kelewatan pihak tertentu menyelesaikan
kerja mereka. Pengarah syarikat itu, Gan Ah Tee, berkata pihaknya tidak
patut dipersalahkan kerana kelewatan itu kerana proses penyerahan kunci
membabitkan banyak pihak.
-
Projek rumah
terbengkalai BH 23/04/1993 By Wakil Pembeli
PROJEK perumahan di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, Selangor, terbengkalai.
Projek perumahan ini dijalankan oleh kontraktor Bumiputera iaitu Kausar
Corporation Sdn Bhd. Ini adalah projek usahasama dengan Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor (SUK).
-
Gantung permit pemaju
HM 01/05/1993 By Rasid Rahaman
KUALA LUMPUR: Lebih 400 pembeli rumah Taman Sri Buloh, Paya Jaras dekat sini,
meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertindak tegas
menggantung permit pemaju berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
pembeli rumah terbabit, Shahril Amiruddin, 42, berkata hanya dengan tindakan
itu kerajaan negeri boleh mengambil alih projek yang terbengkalai sejak
lapan tahun lalu.
-
Pembeli rumah
Taman Rasa Jaya berpiket BH 08/05/1993
SEREMBAN, Jumaat - Kira-kira 40 pembeli rumah kedai di Taman Rasah Jaya,
dekat sini, hari ini, berpiket di hadapan pejabat sebuah syarikat perumahan
berikutan kegagalannya menyiapkan projek itu. Wakil pembeli, Koh Pou Tian,
mendakwa projek itu terbengkalai sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun,
syarikat itu berjanji pada Mac 1991, bahawa 42 unit rumah kedai akan siap
pada Ogos tahun yang sama.
-
19 families move into `no CF'
houses
NST-CITYX 10/05/1993
WHAT would you do if you had dumped all your savings into a house and the
developer failed to complete and deliver the house to you? Nineteen families
faced with this situation decided to move into their houses at Taman
Muhibbah in Tanjung Rambutan, about 16km from Ipoh, even though the houses
were incomplete and no certificate of fitness had been issued.
-
Pahang kenal pasti 11 projek `sakit'
BH 14/05/1993 By Fazli Abdullah
KUANTAN, Khamis - Kerajaan negeri mengenal pasti 11 projek sakit yang
dijalankan oleh kontraktor Bumiputera sehingga Mac lalu membabitkan
pembinaan bangunan sekolah, jalan raya, jambatan, landasan kapal terbang dan
masjid. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Pengangkutan, Datuk Bahari
Tan Sri Yahaya, berkata lapan daripadanya adalah projek Persekutuan manakala
selebihnya projek kerajaan negeri.
-
Penduduk mahu projek
terbengkalai diteruskan
BH 18/05/1993 By Ahmad Che Doh
BUTTERWORTH, Isnin - Kerajaan negeri diminta mencari jalan mempercepatkan
tiga projek pembangunan di Seberang Jaya yang terbengkalai sejak setahun
lalu. Kelewatan projek itu menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai
dan oleh itu, kerajaan negeri perlu mendesak pihak terbabit menyegerakan
pembinaannya.
-
420 rumah
rakyat tersadai BH 24/05/1993 By Muhd Yusuf Abu Bakar
KENINGAU, Ahad - Sebanyak 420 rumah projek perumahan masyarakat yang dibina
emat tahun lalu di mukim Apin-Apin di sini, terbengkalai berikutan kegagalan
syarikat terbabit mengeluarkan peruntukan membeli perkakas perumahan. Projek
berkenaan membabitkan kawasan seluas 28.3 hektar yang diperuntukkan oleh
kerajaan negeri berhampiran SMK Apin-Apin dan 420 keluarga dari Kampung
Apin-Apin, Rangom, Riting, Takad, Gasabon, Sungoi dan Kepayan Lama.
-
Five-year wait for houses
comes to end
NST-CITYX 02/06/1993
BUYERS of Taman Angsa Emas low-cost houses in Mambau, Seremban, will soon
get keys to their new homes after a five-year wait. The abandoned housing
project will be revived following an agreement reached between its
developer, Angsa Emas Sdn Bhd, and the affected housebuyers.
-
Pemuda mahu pembinaan 200
rumah dipulihkan
BM 06/06/1993
MUAR: Kerajaan Johor perlu menamakan segera pemborong yang layak untuk
melaksanakan projek rumah awam di Jalan Junid, di sini yang terbengkalai
lebih lapan tahun lalu. Perkara itu adalah antara usul yang diluluskan dalam
mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno cawangan Jalan Khalidi dalam bahagian Muar
di sini, semalam.
-
190 projek
rumah terbengkalai dipulih BH 10/06/1993
SEBANYAK 190 projek perumahan terbengkalai dipulihkan melalui Tabung
Pemulihan Perumahan Terbengkalai (TPPT) membabitkan 32,688 unit rumah serta
22,850 pembeli, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu
Sukam. Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Ahmad Abdullah, Osu berkata
kerajaan menyediakan RM500 juta bagi tabung itu untuk membantu 118 projek
perumahan lain yang masih terbengkalai.
-
Masih menanti
tapi pembeli puas hati HM 15/06/1993
KUALA LUMPUR: Penantian 400 pembeli unit kos rendah dan sederhana projek
rumah pangsa di Keramat Jaya selama empat tahun berlarutan setahun lagi
apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik tender kontraktor itu.
Bagaimanapun, mereka berpuas hati dengan tindakan DBKL walaupun terpaksa
menunggu terlalu lama sebelum projek itu disiapkan.
-
Deposits await house buyers
MM 22/06/1993 By Jaffry Azman
EMPLOYEES of the Klang Municipal Council who paid deposits for low-cost
houses at Lots 4894 and 4900 at 9.6km Jalan Meru, Klang, are advised to
withdraw them from a legal office. This is because the developer of the
project, who is also the landowner, had abandoned the project due to
financial difficulty.
-
Skeleton of man found
NST 23/06/1993
PETALING JAYA, Tues. - Police have found the skeletal remains of what they
believe to be a man at an abandoned housing project site in Taman Sri Buloh,
Kampung Paya Jeras, Sungai Pelong, about 16km from here. OCPD ACP Hanif
Ahmad said today police recovered the remains from a 0.6m-deep hole filled
with water two days ago after they were alerted by a member of the public.
-
Keputusan
projek minggu depan BH 29/06/1993
SEREMBAN, Isnin - Pembeli rumah Taman Angsa Emas, dekat sini, yang
terbengkalai, akan mengetahui sama ada projek itu dapat dipulihkan pada
minggu depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wong
See Wah. Menurutnya, syarikat kewangan yang membiayai projek rumah kos
rendah itu, iaitu Asia Commercial Finance dijangka membuat keputusan
mengenainya Isnin ini.
-
Taman Angsa Emas: Buyers to
know soon
NST-CITYX 29/06/1993
BUYERS of the abandoned Taman Angsa Emas lowcost housing project in Mambau,
Seremban will know by next week if the project will be revived. Asia
Commercial Finance, which is supposed to give loans to the developer, is
expected to decide on the matter on Monday.
-
Aris mahu bantu
HM 06/07/1993
AMPANG: Adun Pandan Jaya, Mad Aris Mad Yusof, berjanji akan cuba
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembeli rumah Taman Cempaka Fasa
III di sini. Menurutnya, beliau akan meminta jasa baik Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) turut campur bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh
413 pembeli sejak beberapa tahun lalu itu diselesaikan segera.
-
Dua kali gagal HM 06/07/1993 By Rasid Rahaman
AMPANG: Dua kali terbengkalai. Begitulah nasib yang dialami oleh 413 pembeli
rumah di Taman Cempaka Fasa III di sini, walaupun projek perumahan itu sudah
mendapat bantuan Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) sejak dua tahun
lalu.
-
Rumah sudah
siap!
HM 07/07/1993 By Rasid Rahaman
AMPANG: Semua 413 unit rumah kos sederhana di Taman Cempaka Fasa III di sini,
sudah siap dibina dan hanya menunggu masa untuk mendapatkan Sijil Layak
Menduduki (CF). Jurucakap Penyelesai Sementara Projek Perumahan Perusahan
Langat Sdn Bhd, berkata pembeli boleh menduduki rumah masing-masing sebaik
sahaja CF dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
-
Sudah tiga kali
bertukar pemaju HM 10/07/1993
BAKAL penghuni kampung tersusun di Mawai Baru kecewa kerana tidak dapat
menduduki rumah berkenaan yang masih terbengkalai walaupun sudah tiga kali
bertukar pemaju. Projek perumahan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora)
bernilai RM1.9 juta itu mengandungi 100 unit rumah pasang siap dan 76 lot
tapak rumah di kawasan seluas 18 hektar.
-
Bahari perlu
bantu HM 10/07/1993
KOTA TINGGI: Pembeli rumah Taman Mawai di sini mahu Pengerusi Jawatankuasa
Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron, campur tangan
bagi menyelesaikan masalah taman berkenaan yang terbengkalai sejak lapan
tahun lalu. Taman itu yang dimajukan oleh Tanjung Petri Enterprise Sdn Bhd
pada 1982 mengandungi 23 unit rumah kedai, 24 unit rumah teres kos sederhana
dan 162 unit rumah teres setingkat kos sederhana.
-
Several offers for abandoned
project NST 10/07/1993
IPOH, Fri. - The Perak State Government has recieved several offers from
private firms interested in buying over the abandoned and problem-riddled
Bandar Bercantum project off Jalan Raja Musa Aziz here. Menteri Besar Tan
Sri Ramli Ngah Talib told reporters today that the State Government was
studying all the proposals seriously to select the best offer.
-
16,036 pembeli
belum dapat rumah BH 17/07/1993
KUALA LUMPUR, Jumaat - Sejumlah 16,036 pembeli di Semenanjung Malaysia masih
belum memperolehi rumah masing-masing kerana 98 projek perumahan
terbengkalai masih belum dipulihkan sehingga akhir Jun lalu. Timbalan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu Sukam, berkata ia berlaku
berikutan kegagalan pemaju menyiapkan 23,411 rumah pelbagai jenis kerana
kekurangan modal.
-
34 projek rumah
masih tak siap HM 17/07/1993 By Noor Sham Saleh
KUALA LUMPUR: Selangor masih mencatatkan jumlah projek perumahan
terbengkalai yang tertinggi berbanding negeri lain sehingga 30 Jun lalu
walaupun usaha memulihkannya dimulakan dengan giat sejak 10 tahun lalu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu Sukam, berkata
sehingga kini sejumlah 34 daripada 67 projek rumah terbengkalai sejak 1983
masih tidak dapat dipulihkan, termasuk 16 yang ditutup kesnya.
-
20 developers under AHRF
complete abandoned schemes
BT 17/07/1993 By Kamarul Yunus
TWENTY of the 100 housing developers, who have secured credit facilities
under the Abandoned Housing Rehabilitation Fund (AHRF) to revive their
abandoned projects, have completed the construction of their projects.
Deputy Housing and Local Government Minister Osu Sukam said the remaining
abandoned projects are either in the reconstruction stage or in the process
of documentation and selecting of consultants for their respective projects.
-
RM206.5 million paid to revive
100 housing projects
NST 17/07/1993 By Helen Ang
KUALA LUMPUR, Fri. - The Housing and Local Government Ministry has paid
RM206.5 million from the Abandoned Housing Project Fund for the
rehabilitation of 100 abandoned housing projects, Deputy Minister Osu Sukam
said today. He said another RM155.1 million had been approved but yet to be
disbursed.
-
34 projek rumah masih tak siap
HM 17/07/1993 By Noor Sham Saleh
KUALA LUMPUR: Selangor masih mencatatkan jumlah projek perumahan
terbengkalai yang tertinggi berbanding negeri lain sehingga 30 Jun lalu
walaupun usaha memulihkannya dimulakan dengan giat sejak 10 tahun lalu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu Sukam, berkata
sehingga kini sejumlah 34 daripada 67 projek rumah terbengkalai sejak 1983
masih tidak dapat dipulihkan, termasuk 16 yang ditutup kesnya.
-
Homes that will never be
NSUNT 18/07/1993
IT is tempting to suggest that the best way to resolve the persistent mis-
cueing of demand and supply in the housing sector is to throw it open to
market forces, leaving developers to build only those houses that buyers
want and can pay for. But that could create the sort of Third World
megalopolises where fancy built-up blocks exist side-by-side with tenement
ghettoes and shanty slums, making a visual mockery of the country's economic
growth. Government intervention in the provision and regulation of housing
is politically essential and socially necessary. But for decades, it has
also borne the brunt of blame for the sector's ills. The gulf between actual
housing starts and planning targets up to the Fifth Malaysia Plan (total
units completed 300,928, total targetted 701,500) was widened by the mid-80s
recession. In the pursuit of such targets, the rush for new housing early in
that decade caused a building bubble which burst along with a region-wide
property slump, leaving carcasses of abandoned housing projects littered
across the country. The lessons learnt from that episode, centred on
restricting developers' freedom to skim and shuffle buyers' money, must
ensure that there will be no repeat of such gung-ho development in the
future. Since then, money paid in by prospective buyers has been virtually
sequestered in a special supervised account, through the Housing Developers'
Account Regulations of 1991. The Abandoned Housing Project Fund has
restarted about 100 failed projects, out of a total of 428. Of this total
124 have been declared unsalvageable and the status of 98 others are still
indeterminate.
-
Problems thwart projects
revival
NST 19/07/1993
KANGAR, Sun. - The Government is unable to revive four of the 11 abandoned
housing projects in Perlis due to the complexity of their cases, State
Housing and Local Government Committee chairman Loh Yoon Foo said today. Loh
said failure to trace developers and buyers, cases of developers selling a
unit to more than one buyer and high construction costs were among factors
which had hindered efforts to revive the projects, including under the
Housing and Local Government Ministry's Abandoned Housing Project Fund. The
projects involve 667 units of houses.
-
Tiada cadangan
batal projek rumah BH 21/07/1993
ALOR STAR, Selasa - Kerajaan Kedah setakat ini belum bercadang membatalkan
41 projek perumahan yang tidak dilaksana selepas diluluskan sejak 1986,
membabitkan perbelanjaan berjuta ringgit di tujuh daerah negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Abdul Rahman
Ibrahim, berkata pemaju perumahan yang gagal itu masih diberi peluang
menyiapkan projek mereka.
-
Housing developers unable to
start on projects
NST 21/07/1993
ALOR STAR, Tues. - The State housing committee has approved 9,053 units of
low-and medium-cost houses and shophouses under 41 housing projects but they
have yet to be built, its chairman Abdul Rahman Ibrahim said today. He said
the committee was waiting for the developers' response for failing to start
work although many of the projects were approved in 1986.
-
Tujuh projek
perumahan terbengkalai BH 22/07/1993 By Halmi Samad
KUANTAN, Rabu - Bahagian Perumahan diarah meneliti dan mengenal pasti
strategi mengatasi masalah tujuh projek perumahan hampir 4,000 unit milik
pemaju swasta yang terbengkalai di seluruh Pahang. Jurucakap kerajaan negeri
berkata, Bahagian Perumahan juga akan diminta mengemukakan laporan lengkap,
termasuk punca utama semua projek terbabit gagal disiapkan.
-
Penantian
pembeli berakhir HM 24/07/1993
KUALA LUMPUR: Kebimbangan 480 pembeli rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong
dekat sini berakhir apabila mereka disahkan boleh menduduki rumah masing-
masing tidak lama lagi setelah projek perumahan itu terbengkalai sejak 1985.
Ahli Exco, Datuk Saidin Tamby, ketika melawat taman perumahan itu semalam,
berkata penduduk boleh berpindah ke rumah masing-masing dalam tempoh kurang
daripada sebulan.
-
House buyers send another
appeal letter
MM 24/07/1993
DESPERATE house buyers of the Taman Medan Pejasa housing project, still
uncompleted after two years, have complained to the Prime Minister's
Department and relevant Government agencies. The purchasers claimed that it
was their seventh letter to the authorities urging action to resolve the
problem.
-
Housebuyers to move in after
eight years
NST-CITYX 24/07/1993
TAMAN Usaha Jaya housebuyers in Kepong will be able to move into their homes
in September after an eight-year wait. The two-month wait from now to
September is to enable Selangor Waterworks to install a booster to pump
water up to the water tank which serves the housing area.
-
DBKL gagal
tunai janji HM 04/08/1993 By Choo Li Lean
KUALA LUMPUR: Pembinaan projek rumah pangsa kos rendah dan sederhana di
Keramat Jaya di sini masih belum diteruskan walaupun pemajunya, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjanji untuk mengatasi masalah itu lebih
sebulan lalu. Keadaan itu membimbangkan hampir 400 pembeli rumah itu yang
menunggu lebih empat tahun lalu untuk memiliki rumah berkenaan.
-
24 pembeli tunggu sijil CF
BM 22/08/1993
MUAR: Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah Taman Seri Bahagia, Tanjung
Agas di sini masih menunggu kelulusan Sijil Menduduki (CF) bagi projek
berkenaan yang terbengkalai selepas dipulihkan dua tahun lalu. Projek itu
yang dibina pada 1982 terbengkalai hampir 10 tahun menyebabkan pembeli rumah
mengalami kerugian kerana tidak dapat menduduki rumah mereka
-
24 pembeli
tunggu sijil CF BM 22/08/1993
MUAR: Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah Taman Seri Bahagia, Tanjung
Agas di sini masih menunggu kelulusan Sijil Menduduki (CF) bagi projek
berkenaan yang terbengkalai selepas dipulihkan dua tahun lalu. Projek itu
yang dibina pada 1982 terbengkalai hampir 10 tahun menyebabkan pembeli rumah
mengalami kerugian kerana tidak dapat menduduki rumah mereka.
-
206 projek pulih
BH 23/08/1993
KUALA LUMPUR: Sebanyak 206 projek perumahan terbengkalai merangkumi 35,997
unit dengan kos RM2,021.83 juta berjaya dipulihkan di seluruh negara
sehingga 30 Jun lalu.
-
Pembeli dikecuali bayar cukai
BH 25/08/1993 By Ziauddin Sharuddin
SEREMBAN, Selasa - Pembeli projek perumahan terbengkalai di negeri ini akan
dikecualikan daripada membayar cukai taksiran sehingga pemaju menyiapkan
rumah mereka, kata Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau
berkata, keputusan itu dibuat setelah mengkaji dengan teliti masalah pembeli
terbabit yang terpaksa membayar cukai taksiran sedangkan rumah belum
diduduki.
-
1,114 gagal
dapat rumah BH 04/09/1993
GEORGETOWN, Jumaat - Sejumlah 1,114 orang pembeli di Pulau Pinang masih
belum memper olehi rumah masing-masing kerana sembilan projek perumahan yang
terbengkalai belum lagi dipulihkan. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nur Ashikin Othman, berkata ia berlaku
kerana pemaju projek terbabit gagal menyiapkan projek bernilai RM199.6 juta
itu.
-
Usah tanda
tangan
HM 06/09/1993 By Awie Mat
TAMPOI: Lebih 1,000 pembeli rumah Taman Puteri Wangsa di sini tidak perlu
menandatangani sebarang perjanjian baru dengan pemaju perumahan, MBf
Property Sdn Bhd (MBf), sehingga mahkamah membuat keputusan. Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak taman itu, Zainal Othman, berkata pihaknya sedang
menunggu keputusan makhamah bulan depan untuk membolehkan perjanjian jual
beli asal yang ditandatangani oleh pembeli dengan pemaju sebelum ini
diiktiraf.
-
House documents unclear, says
buyer
MM 16/09/1993 By Jeswant Kaur; Errol Oh
* HOUSING WOE ONE AFTER waiting eight years for the completion of his house
in Taman Dagang, Ampang, Raj has yet to move in because he doubts the
documents he has to sign to receive vacant possession. He signed the sale
and purchase agreement in 1985. However, the project was abandoned in the
late 80s.
-
Pembeli rumah
Kg Koskan rugi HM 23/09/1993
SERENDAH: Kegagalan pihak kontraktor menyiapkan projek pembesaran perumahan
Kampung Koskan, dekat Sungai Choh di sini, menyebabkan pembeli rumah itu
terpaksa menanggung kerugian. Seorang pembeli, Abdul Wahab Shaari, 32, dalam
aduannya kepada Harian Metro, mendakwa projek yang bermula sejak 1991 itu
masih terbengkalai.
-
Sebelas pembeli tunggu MDKT
keluarkan CF
HM 23/09/1993
KOTA TINGGI: Sebelas pembeli rumah di Taman Kota Jaya di sini masih menunggu
untuk menduduki rumah mereka yang masih belum menerima Sijil Kelayakan
Menduduki (CF). Menurut mereka, CF itu perlu dikeluarkan kerana rumah teres
dua tingkat tersebut sudah dibaik pulih sejak terbengkalai enam tahun lalu.
-
Terbengkalai sejak tiga bulan
lalu
HM 06/10/1993
PLENTONG: Projek membina benteng sepanjang 200 meter di Kampung Senibong,
dekat sini, terbengkalai sejak tiga bulan lalu menyebabkan hakisan di
beberapa bahagian sungai itu. Berikutan itu, penduduk kampung meminta pihak
berkuasa mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah berkenaan.
-
Penduduk minta
CF disegera BM 17/10/1993
MUAR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diminta menyelesaikan
masalah mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF) bagi projek Taman Seri
Bahagia, Tanjung Agas di sini yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak projek itu, Jabar Ismail, berkata projek
itu diambil alih oleh sebuah syarikat pemaju yang beribu pejabat di Kuala
Lumpur, dua tahun lalu untuk menyiapkannya menerusi Program Pemulihan Projek
Perumahan Terbengkalai.
-
Special panel on abandoned
project
NST 30/10/1993
MUAR, Fri. - The district development committee has set up a special team
involving all relevant departments for an indepth study of an abandoned
housing project at Jalan Bakri here. Deputy International Trade and Industry
Minister Chua Jui Meng said Taman Sharifah, a project on a three-hectare
site, was abandoned 14 years ago with only 67 of the proposed 134 houses
erected.
-
Pembeli rumah
dakwa ditipu kontraktor
BH 06/11/1993 By Shariffudin Mohamed
PEKAN, Jumaat - Pembeli rumah di sebuah kawasan perumahan baru di Peramu,
Pekan, 50 kilometer dari sini, mendakwa mereka ditipu kontraktor berikutan
projek itu terbengkalai sedangkan pembayaran awal dijelaskan. Mereka kini
dalam keresahan kerana bank sudah mengambil tindakan meminta pembayaran
balik pinjaman diteruskan tanpa mengambil kira samada projek itu siap atau
tidak.
-
24 pembeli
rumah kos rendah tunggu CF HM 15/11/1993
MUAR: Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah di projek terbengkalai Taman
Seri Bahagia, Tanjung Agas masih menunggu sijil kelayakan menduduki (CF)
dari Majlis Daerah Muar Selatan (MDMS). Ia perlu bagi membolehkan mereka
berpindah ke rumah masing-masing secepat mungkin.
-
Ada pembeli
sudah pencen, meninggal dunia BH 23/11/1993
PEMBELI sudah meninggal dunia tetapi rumah masih belum siap. Begitulah
keadaannya yang berlaku kepada kira-kira 200 pembeli rumah Taman Senandung
Ria yang masih setia menunggu walaupun projek perumahan terbabit
terbengkalai lebih 17 tahun. Seorang mangsa projek terbabit, Habsah Mohd
Ali, kesal projek perumahan di Jalan Raya Barat, Kampung Jawa, Klang masih
gagal disiapkan walaupun sudah dua kali usaha memulihkannya dilakukan.
-
`Eyesore' shophouse acquired
for project
MM 01/12/1993
THE eyesore that is the abandoned four-storey shophouse in Salak has been
acquired for development. Council president Mansur Ramli told the meeting
yesterday that Bank Bumiputera, financiers of the project, had informed him
that the building has been sold but did not provide details about the buyer.
-
Pembeli kesal
pemaju gagal siapkan rumah BH 13/12/1993
TAIPING, Ahad - Sebanyak 247 pembeli rumah Taman Bistari Kamunting, dekat
sini kesal dengan sikap pemaju kerana gagal menyiapkan rumah sedangkan
mereka sudah membelinya enam tahun lalu. Mereka juga mendakwa sudah mula
menjelaskan bayaran ansuran kepada institusi kewangan yang membiayai
pembelian rumah mulai 1990, tetapi sehingga kini tidak dapat tinggal di
rumah itu.
-
Projek rumah
kos rendah tergendala HM 14/12/1993
KAWASAN seluas kira-kira empat hektar yang dicadang untuk tapak projek rumah
awam di Jalan Khalidi, terbiar dan dipenuhi semak samun sejak tujuh tahun
lalu. Projek itu yang membabitkan pembinaan 200 unit rumah kos rendah pada
1986 lalu, tergendala sehingga kini menyebabkannya terbiar begitu sahaja.
-
40 projek rumah
kos rendah dipulih BH 15/12/1993
SEREMBAN, Selasa - Kerajaan negeri sentiasa memastikan setiap projek
perumahan kos rendah terbengkalai dapat disiapkan mengikut jadual, kata
Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau berkata, setakat ini 40
projek pemulihan kos rendah sedang giat dilaksanakan, manakala lima projek
lain terpaksa dibatalkan kerana beberapa masalah.
-
Kobena sertai
pelbagai projek binaan BH 21/12/1993
KOPERASI Belia Nasional Berhad (Kobena) yang berjaya memulihkan dua projek
perumahannya yang terbengkalai iaitu Taman Kobena fasa dua di Senawang dan
Taman Kobena Cheras Kuala Lumpur, akan terbabit dalam pelbagai projek
pembinaan tahun depan. Setakat ini, koperasi itu memperolehi tawaran
beberapa projek termasuk pembinaan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan
Kejuruteraan Sumber Asli, fasa tiga pembangunan UTM dan Sekolah Jalan Kebun
Sireh di Johor.