This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 

Abandoned / Revived Projects
News (1992)

Pages: 1991 | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010

Projek perumahan pulih 06/01/1992 HM
SELAYANG: Kerajaan meluluskan peruntukan $79.2 juta untuk memulihkan 15 projek perumahan yang terbengkalai di Selangor tahun lalu. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu adalah 30 peratus daripada $273.5 juta wang Tabung Pemulihan Peruntukan Terbengkalai (TPPT) yang dilancarkan Jun 1990.

Skim TPPT dihenti Mac 06/01/1992 BH
KUALA LUMPUR, Ahad. - Skim Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) akan dihentikan mulai 1 Mac ini selepas kerajaan mendapati semua permohonan untuk bantuan sudah sepatutnya diselesaikan serta keadaan ekonomi negara yang pulih. Sehubungan itu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata permohonan untuk bantuan mengikut skim itu yang bertujuan memulihkan projek perumahan terbengkalai akan hanya dilanjutkan sehingga 29 Februari depan.

Projek perumahan pulih 06/01/1992 HM
SELAYANG: Kerajaan meluluskan peruntukan $79.2 juta untuk memulihkan 15 projek perumahan yang terbengkalai di Selangor tahun lalu. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu adalah 30 peratus daripada $273.5 juta wang Tabung Pemulihan Peruntukan Terbengkalai (TPPT) yang dilancarkan Jun 1990.

Building project resumes after six years 07/01/1992 NST-CITYX
A PRIVATE developer has resumed work on a condominium block in Bangsar after a six-year hiatus. Residents had complained that the building, behind the Bangsar Shopping Centre, stuck out like a "sore thumb" in the well-developed suburb, after it was abandoned.

Abandoned houses sees progress 23/01/1992 NST-CITYX
WORK on 105 units of double-storey terrace houses in Taman Sri Kindali, along Jalan Sungai Chua in Kajang, will continue after Chinese New Year. The housing project, which was abandoned in 1985 due to the economic slowdown, was placed under receivership.

170 abandoned projects yet to seek aid 24/01/1992  BT By Jennifer Jacobs
THE fate of 170 abandoned housing projects throughout the country hangs in balance as the February 29 deadline set by the Government for submission of applications for assistance under the Abandoned Housing Project Fund (AHPF) draws closer. To date, the fund has not received any application from the developers concerned to help revive the projects. The fund will be discontinued from March 1 this year.

Hope for 21 abandoned projects   31/01/1992 NST
SEREMBAN, Thurs. - All is not lost for developers of 21 abandoned housing projects which have been dropped from the list of projects to be revived. State Executive Councillor (Exco) Hon Choon Kim said they could still be revived if the developers or housebuyers could provide the relevant information on the projects to Bank Negara's Abandoned Housing Rehabilitation and Bumiputera Entrepreneurs Assistance Funds.

Housebuyers in the lurch 15/02/1992  MM By Elan Perumal
SOME 41 housebuyers in Klang are in a quandary after a developer constructing their houses abandoned the project in Teluk Pulai and disappeared. The project, Taman Rahmat, has been left abandoned for the past seven years and the developer has been missing for more than a year.

Dream come true for 130 owners 28/02/1992 MM By Meor Shariman
IT was a long wait for the house buyers of Taman Bukit Cahaya, Seri Kembangan, Serdang, but their patience is paying off as they can move in to their dream houses by April. The buyers received their house keys from Selangor Menteri Besar Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib at the site yesterday.

Deadline 03/03/1992 BT
DEVELOPERS of abandoned housing projects under the low-cost housing special programme will be given until the end of the Sixth Malaysia Plan period in 1995 to revive them, Housing and Local Government Minister Dr Ting Chew Peh said. To date 152 abandoned housing projects have been revived, he added.

CCM bad loans cut 04/03/1992  BT By Wan Nong Rezal
CREDIT Corporation Malaysia (CCM), having revived several abandoned housing projects over the last 24 months, has successfully reduced bad loans by more than half to $80 million over the same period. The finance company had some $180 million exposure in bad loans as the result of housing projects which were abandoned during the recession of the mid 1980s.

Taman Dahlia diceroboh 28/03/1992 HM  By Dzulkifley Zanudin
JOHOR BAHRU: Hampir 100 penduduk dipercayai mencerobohi beberapa rumah terbengkalai di Taman Dahlia dekat sini sebagai penghuni setinggan sejak 10 tahun lalu. Sepanjang tempoh itu juga, lebih 6,000 penduduk di taman perumahan itu dikatakan menduduki 1,150 daripada 1,349 unit rumah di situ tanpa Sijil Kelayakan Menduduki (CF) hingga sekarang.

Bila lagi nak siap? 02/04/1992 HM
KOTA TINGGI: Bila lagi rumah kami boleh siap?...Begitulah keluhan pembeli rumah Taman Mawai, di sini yang tidak dapat memiliki rumah berkenaan kerana terbengkalai sejak tahun 1982. Berikutan itu, mereka berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana ramai pembeli rumah menanggung beban, termasuk gaji mereka yang sudah dipotong untuk membayar rumah berkenaan.

Tussle over house delivery 10/04/1992  MM By Eddie Chua; Rosma omar; Nurazah Ismail
* GAB of Seremban is unhappy with the developer of Taman Jaya Mas for not keeping their word. He says the developer had promised delivery of his home, a single-storey terrace unit, within 18 months after he bought it in 1988.

Sudah 10 tahun tunggu rumah 17/04/1992  HM By Jamaludin Husin
MUAR: Sudah 10 tahun menunggu tapi rumah belum siap-siap. Itulah nasib lebih 50 pembeli rumah Taman Seri Bahagia, Tanjung Agas di sini apabila rumah yang mereka beli sejak 1982 masih belum siap.

Tak lama lagi selesai 18/04/1992 HM By A Hanim A Malek
AMPANG: Pembeli rumah kos rendah dan sederhana di Taman Dagang dekat sini tidak perlu bimbang lagi kerana rumah mereka yang terbengkalai sejak dua tahun lalu akan disiapkan lima bulan lagi. Begitulah jaminan Ahli Parlimen Ampang Jaya, Ong Tee Keat, kepada 1,074 pembeli yang masih tertunggu-tunggu untuk menduduki rumah baru mereka.

Dijangka siap...  20/04/1992 HM
MUAR: Projek Perumahan Taman Sri Bahagia di Tanjung Agas dekat sini yang terbengkalai hampir 10 tahun lalu, dijangka dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini. Jurucakap jawatankuasa bertindak taman berkenaan berkata melalui usaha yang dilakukan oleh pihaknya sebelum ini, kerja menyiapkan projek itu disambung semula.

Empat bulan lagi! 20/04/1992 HM
KOTA TINGGI: Projek perumahan Taman Laksamana di sini yang terbengkalai sejak enam tahun lalu, dijangka siap kira-kira tiga atau empat bulan lagi. Demikian dijelaskan oleh pengurus projek Syarikat Nam Heng Enterprise, Aziz Ali, kepada Harian Metro, semalam.

Masalah pembeli rumah Taman Dagang berakhir 22/04/1992 BH
KUALA LUMPUR, Selasa - Penantian empat tahun bagi pembeli rumah fasa dua dan tiga, Taman Dagang, Ampang dekat sini akan berakhir tidak lama lagi kerana projek perumahan taman itu yang terbengkalai, dipulihkan selepas mendapat bantuan Bank Negara. Wakil Jawatankuasa Bertindak Taman Dagang, Mokhtar Hamid, berkata fasa dua projek itu dijangka siap pada Ogos ini manakala fasa tiga pada Februari tahun depan.

TPPT pulihkan projek terbiar 23/04/1992 BH
KUALA LUMPUR, Rabu - Lebih 50 peratus daripada 412 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara dipulihkan menerusi Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT), kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu Sukam. Selebihnya, kata beliau, masih terbengkalai tetapi sesetengahnya dalam proses dipulihkan dan jumlahnya dijangka berkurangan dalam masa setahun dua lagi.

Houses ready by year's end 23/04/1992 MM  By Mimi Syed Yusof
BUYERS of houses in Taman Dagang, Ampang, have been assured that the housing project, which was abandoned three years ago, will be completed by the end of the year. Deputy Minister of Housing and Local Government, Encik Osu Haji Sukam, who visited the project site yesterday, was pleased with the progress and said the developers are doing a good job of reviving the abandoned housing scheme.

Projek Taman Dagang hampir siap 24/04/1992 HM
AMPANG: Lebih 1,000 pembeli rumah di Taman Dagang di sini lega apabila projek perumahan mereka hampir siap. Fasa pertama dan kedua merangkumi 1,074 unit yang sepatutnya selesai empat tahun lalu, dijadualkan siap tahun ini. Sebanyak 800 unit rumah pangsa empat tingkat itu dijangka siap Julai ini.

Finance firm lines up $1.7b projects 29/04/1992 NST By Baidura Ahmad
MBf Finance Bhd, taking advantage of the current buoyant property market, has its hands full for the next five years with three major property development projects worth $1.7 billion. The projects, including reviving an abandoned housing scheme, will be in Jalan Ipoh and Sri Hartamas, Kuala Lumpur, and in Johor Baru.

6 projek terbiar dipulihkan 01/05/1992 BH
SEREMBAN, Khamis - Enam daripada 12 projek rumah terbengkalai di Port Dickson berjaya disiapkan selepas usaha pemulihan dilaksanakan, kata Setiausaha Majlis Daerah Port Dickson (MDPD), Syed Abdul Mutalib Syed Hassan. Katanya, pemaju terbabit menerima cadangan MDPD supaya memajukan semula projek mereka bagi menjaga imej Port Dickson yang menjadi destinasi pelancongan utama negara ini.

Bila projek rumah Cuepacs siap? BH 01/05/1992 By Pembeli Kecewa
SAYA adalah salah seorang pembeli rumah kembar dua tingkat kos sederhana berharga $57,000 (tiga bilik) di Taman Koperasi Cuepacs Kajang sejak tahun 1987. Apa yang saya kesalkan ialah kegagalan pemaju taman itu iaitu Koperasi Cuepacs menyiapkan projek itu sehingga kini. Projek itu hanya dilaksanakan sekitar 30 peratus dan ini bermakna projek perumahan bagi rumah kos rendah berharga $25,000 seunit itu masih belum dilaksanakan.

44 projek rumah gagal 08/05/1992 BH By Jackson Sawatan
KOTA KINABALU, Khamis - Kes projek perumahan terbengkalai di Sabah mencapai tahap membimbangkan berikutan banyaknya rumah yang gagal disiapkan terutama di beberapa bandar utama negeri ini. Keadaan ini menimbulkan rungutan dan kebimbangan di kalangan orang ramai kerana rumah terbengkalai berkenaan didiami oleh penduduk asing, seperti yang berlaku di sekitar ibu negeri.

Pemaju gagal siapkan 3,818 rumah 10/05/1992 BM
KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, mengenal pasti 28 projek perumahan di negeri ini membabitkan 3,818 unit rumah dibiar terbengkalai oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab. Menteri berkenaan, Datuk Bahrom Tintingan, berkata kementerian dengan kerjasama sektor swasta setakat ini berjaya membina semula 12 daripada 28 projek itu membabitkan 1,313 unit rumah.

17 projek perumahan terbengkalai dapat bantuan 12/05/1992 BH  By Zamzam Omar; Zabidi Hitam
BANK Negara memperakukan bahawa Jawatankuasa Perumahan Terbengkalai Negeri Sembilan paling aktif membantu memulihkan semula projek perumahan terbengkalai, kata Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Menurutnya, sehingga kini, 17 projek perumahan terbengkalai di negeri ini sudah menerima bantuan bank berkenaan manakala 22 lagi projek tidak menerima bantuan kerana sudah tidak berdaya maju dan tidak boleh dipulihkan.

Kompleks bomba Seberang Prai siap tahun depan 13/05/1992 BH
BUTTERWORTH, Selasa - Projek pembinaan kompleks ibu pejabat bomba Seberang Prai di Kawasan Perindustrian Prai dekat sini, dijangka siap Jun tahun depan. Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Hassan Osman, berkata projek $4.5 juta yang terbengkalai beberapa tahun itu, kini dalam peringkat pembinaan fasa pertama.

Sudah enam tahun menunggu 21/05/1992 HM
ULU TIRAM: Sudah enam tahun menunggu tetapi rumah belum siap. Lebih 6,234 pembeli rumah kediaman di Taman Puteri Wangsa di Kilometer 17.6 di sini sudah bosan menunggu rumah yang dibeli pada 1986.

Sepakat membawa berkat 27/05/1992 HM By Mohd Johari Ibrahim
AMPANG: Bukan pemaju yang mohon pinjaman, sebaliknya pembeli. Itulah langkah bijak yang dilakukan oleh 413 pembeli rumah Fasa 3, Taman Cempaka di sini yang menubuhkan jawatankuasa berdaftar untuk memohon peruntukan Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) yang dikelolakan oleh Bank Negara.

Developing own homes 27/05/1992 MM
SOME 413 house buyers who three years ago came together to revive their abandoned project are only months away from realising their dream. The Taman Chempaka Phase III units were to have been completed six years ago but the financially-strapped developer abandoned it.

26,121 pembeli terbabit 03/06/1992 BH
SERAMAI 26,121 pembeli rumah terbabit dengan masalah perumahan terbengkalai di negara ini, setakat 31 Disember lalu. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Daud Taha, berkata kementerian bagaimanapun, tidak ada rekod berhubung kategori kerja kumpulan terbabit.

CM: 22 abandoned housing schemes as of May 04/06/1992  NST By A. Kathirasen; Zulkifli Shukor; Michael Lai
UNTIL May this year there were 22 abandoned housing schemes in the State, Chief Minister Dr Koh Tsu Koon told the house. He said this in reply to a written question from Ong Hock Aun (DAP-Air Itam). The abandoned projects were to have contributed 4,462 units..

1,856 rumah terbengkalai 10/06/1992 BH
TAIPING, Selasa - Daerah Larut Matang muncul daerah kedua terbesar di negeri ini mempunyai projek perumahan terbengkalai, walaupun industri perumahan di daerah itu dijangka pulih sepenuhnya berdasarkan perkembangan ekonomi semasa. Laporan Pemeriksaan Rancangan Pembangunan Struktur Larut Matang, Selama dan Kerian menunjukkan 1,856 unit rumah masih terbengkalai di empat kawasan di daerah itu, iaitu 810 unit di Assam Kumbang, Jenung (730 unit), Tupai (286 unit) dan Simpang (30 unit).

Pemaju lesap, pembeli gelap 10/06/1992 HM  By Abd Aziz
KULAI: Pemaju lari tapi pembeli yang tanggung beban! Pojek perumahan Taman Jelita, Jalan Kulai Kota Tinggi kira-kira 1 kilometer dari sini yang terbengkalai sejak enam tahun lalu menimbulkan pertanyaan kepada pembelinya. Ini kerana pemaju terbabit yang sebelum ini mempunyai pejabat di pekan Kulai sudah menutup pejabatnya dan dipercayai `lari' ke Kuala Lumpur.

`Do not delay housing project' 10/06/1992 MM  By Elan Perumal
AFTER five years of waiting, the 40 families of the Batu Untong Estate in Tanjung Sepat are hoping that there will be no more delay in the construction of the houses by the estate management. The housing scheme was abandoned several times. Work on the project restarted six months ago.

Johor paling banyak projek tidak siap 13/06/1992 BH By Hamidah Kamaruddin; Mohamed Said
KUALA LUMPUR, Jumaat - Lebih separuh daripada 173 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara dijangka dapat dikurangkan menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh. Menurutnya, daripada jumlah itu, 40 projek sedang dipulihkan, 62 lagi menunggu masa untuk dipulihkan, manakala bakinya masih di peringkat kajian.

40 projek belum siap 13/06/1992 HM
JOHOR BAHRU: Empat puluh projek perumahan di negeri ini masih terbengkalai. Malah ada antara projek terbabit terbengkalai sejak 10 tahun lalu kerana pemaju menghadapi pelbagai masalah.

Kerajaan sedia bantu pemaju BM 14/06/1992 By Jamhariah Jaafar
JOHOR BAHRU: Pemaju perumahan di Johor yang menghadapi masalah projek terbengkalai dinasihatkan supaya meminta bantuan kerajaan negeri untuk menyiapkan projek masing-masing. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata semua projek perumahan itu adalah milik swasta dan kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa jika pemaju tidak berusaha untuk menyelesaikannya.

Tapak perumahan tempat lembu tidur! 16/06/1992 BH By Pembeli `Frust' Menunggu
SAYA dan beberapa rakan sekerja menempah untuk membeli rumah kos murah dan sederhana dengan membayar wang pendahuluan sebanyak $1000.00 dan $2000.00 pada bulan Ogos 1990 di Taman Desa Jaya 2, Bandar Pusat Jengka, Pahang. Projek di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) itu diswastakan kepada PEMBINAAN SARIRA SDN BHD, di mana kerja penambakan tanahnya sudah bermula pada pertengahan 1990 dan dijanjikan siap sepenuhnya pada Januari 1993.

Apa jadi! 16/06/1992 HM
TERBENGKALAI.. Projek perumahan Taman Kemas di Tampoi ini sudah terbengkalai sejak lima tahun lalu. Ia adalah di antara projek perumahan terbengkalai di Johor yang tidak dapat dipulihkan.

Heavy burden for 100 house-buyers 19/06/1992 NST-SSPEC
SOME 100 buyers in Kulai are in a quandary as the houses whose instalment they have been paying since eight years ago, are still not ready. Feeling the pinch most are those who had paid up to $22,000 each but still had to continue living in small rented houses.

$2.35 juta pulih rumah terbengkalai 30/06/1992 BH
KOTA TINGGI, Isnin - Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) memperuntukkan $2.35 juta bagi memulihkan 100 unit rumah tersusun di Kampung Mawai Baru, dekat sini, yang terbengkalai sejak akhir 1990. Penolong Pengurus Perancang Kejora, Ismail Hamid, berkata rumah itu dibina awal 1990, tetapi pemaju gagal menyiapkannya menurut jadual.

Akhirnya pembeli juga jadi mangsa 13/07/1992 HM
JOHOR BAHRU: Pemaju lepas tangan, pembeli yang jadi mangsa... Penduduk Taman Dahlia yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Dewan Jaya mendakwa mereka menghadapi masalah tinggal di rumah yang terbengkalai sejak lima tahun lalu.

Sekarang sudah boleh didiami 17/07/1992 HM
JOHOR BAHRU: Sudah siap. Projek perumahan Fasa 2A Taman Selesa Jaya di sini yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu kini boleh didiami.

Five-year plan to restore Kobena 20/07/1992 BT
THE Land and Cooperative Development Ministry is drawing up a five-year plan to rehabilitate the problem-ridden National Youth Cooperative (Kobena). Kobena has accumulated debts amounting to $130 million caused by the abandoning of several projects due to the recession of the 1980s, its Deputy Minister Datuk Khalid Yunus said.

Taman Sri Bahagia hampir siap 24/07/1992 BH
MUAR, Rabu - Projek Taman Sri Bahagia di Tanjung Agas dekat sini yang terbengkalai sejak lebih 10 tahun lalu sudah siap 65 peratus pembinaannya. Jurucakap jawatankuasa bertindak pembeli rumah di projek itu berkata, usaha memulihkan pembinaan rumah itu yang dilakukan sejak awal tahun ini mencapai kejayaan menggalakkan.

Pembeli kecewa rumah belum siap 24/07/1992 HM
ULU TIRAM: Sudah enam tahun menunggu tetapi rumah masih tak siap... Lebih 6,234 pembeli rumah Taman Puteri Wangsa di Kilometer 17.6 di sini, kecewa kerana pemaju gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual.

Receiver for abandoned project to meet buyers 13/08/1992 MM
BUYERS of apartments at the abandoned Sunrise Park project in Ampang Jaya can look forward to seeing their homes completed. MP for Ampang Jaya, Ong Tee Kiat told The Malay Mail that the receiver for the project, Peat Marwick, had informed him that a meeting with the apartment purchasers will be held on Saturday at 3pm at the Dewan Ahmad Razali.

23 projek terbengkalai 17/08/1992 BH
KUANTAN, Ahad - Dua puluh tiga projek perumahan di negeri ini membabitkan perbelanjaan lebih $35 juta dilaporkan terbengkalai sehingga akhir tahun lalu. Menurut sumber, daripada jumlah itu, 12 pemaju projek kini bercadang menyambung semula kerja pembinaan manakala sembilan lagi hampir siap dan layak memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki (CFO).

Puteri Wangsa housing scheme revived 21/08/1992 NST-SSPEC
THE abandoned housing projects in Johor Baru, highlighted in the NST on June 5, has drawn feedback from at least one of the developers concerned. Insun Development Sdn Bhd, the developer of Taman Puteri Wangsa near Ulu Tiram, reassures purchasers involved that it has not abandoned the project.

House buyers searching for developer 01/09/1992 NST-CITYX By Peter Chan
THIRTY-EIGHT house buyers are up in arms against the developer of Taman Syukor in Bercham, Ipoh, for failing to deliver their houses for more than a year. The houses were to have been delivered two years ago. The developer not only failed to meet the deadline but work on the project has stopped completely.

Rumah belum siap selepas tujuh tahun 09/09/1992 HM
SUNGAI BULOH: Sudah tujuh kali adakan majlis dialog dengan pemaju tetapi rumah masih tidak siap. Itulah nasib lebih 425 pembeli rumah Taman Sri Buloh, Paya Jaras dekat sini, yang membeli rumah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Developer drops Taman Putra project 09/09/1992 NST-CITYX By Ramlan Said; Harris Iskandar Taib
THE developer of Taman Putra has abandoned its plans to construct houses to replace those which are on the verge of collapse - forcing the 19 affected house-buyers to another round of waiting for new homes. MCB Holdings Bhd cried out of its undertaking to the State Government and the affected buyers to build replacement houses, citing financial constraints.

173 projek rumah dipulihkan 23/09/1992 BH
KERAJAAN berjaya memulihkan 173 projek perumahan terbengkalai di bawah Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) sehingga Jun tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh. Beliau berkata, keseluruhan kos projek perumahan yang berjaya dipulihkan itu dianggarkan bernilai $1.684 juta, membabitkan 29,400 unit rumah dan 20,718 pembeli di seluruh negara.

Stalled housing projects revived 23/09/1992 NST
A TOTAL of 173 of abandoned housing projects, comprising 29,400 dwelling units, have been successfully revived since 1990. Housing and Local Government Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said yesterday the projects, involving 20,718 buyers, had an estimated value of $1.684 billion.

Buyer waits 10 years and more for dream house 28/09/1992 MM By Nurazah Ismail; Alina Simon
* UNLUCKY'S dream of owning a house was dashed when the housing project, Taman Berlian, was abandoned 10 years ago. Last year, it was revived under the Government's Abandoned Housing Project Rehabilitation Fund programme. "Work on the project began in January and it was completed in April," he says.

Hanya 20 projek 08/10/1992 HM
JOHOR BAHRU: Hanya 33 peratus atau 20 daripada 60 projek perumahan terbengkalai di negeri ini sudah menerima Sijil Kelayakan Menduduki (CF) hingga akhir Jun lalu. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata kebanyakan projek perumahan yang terbengkalai itu berpunca daripada kemelesetan ekonomi negara pada awal tahun 1980-an.

MBf takes over abandoned JB housing project 08/10/1992 BT
THE MBf Group yesterday announced that it will take over the management of Taman Puteri Wangsa, a housing development abandoned more than six years ago in Hulu Tiram near Johor Baru, in a bid to review and complete the project. MBf Holdings Bhd's chief executive officer, Tan Sri Loy Hean Heong, commented that the group was looking at completing more than 8,000 units of mixed development.

MBf ambil alih Puteri Wangsa 08/10/1992  BH
MBf Holdings Berhad (MBf), mengumumkan akan mengambil alih pengurusan Taman Puteri Wangsa, projek perumahan yang terbengkalai sejak lebih enam tahun lalu di Hulu Tiram, dekat Johor Bahru dalam usaha meneruskan projek itu. Sehubungan itu, MBf akan membiayai kira-kira $600 juta untuk kos memajukan taman itu terletak di kawasan kira-kira 360 hektar berhampiran Tebrau.

MB lawat kawasan perumahan terbengkalai 08/10/1992 HM
BERTEMU RAKYAT...Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (gambar) melawat ke kawasan perumahan Taman Puteri Wangsa di Ulu Tiram yang terbengkalai sejak lebih lapan tahun. Beliau diiringi beberapa exco kerajaan negeri dan pegawai kanan syarikat swasta yang akan membangunkan semula projek berkenaan.

Denda jika pemaju abai projek 09/10/1992 BH By Zulkifli Md Ali
JOHOR BAHRU, Khamis - Kerajaan negeri akan menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan pemaju yang melengahkan projek perumahan serta gagal menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata tindakan itu yang membabitkan senarai pemegang saham projek itu, perlu kerana ramai pemaju memberi pelbagai alasan walaupun pihak berkuasa mengeluarkan surat amaran.

40 projek perumahan terbengkalai 20/10/1992 HM 
JOHOR BAHRU: Sebanyak 40 projek perumahan di negeri ini masih terbengkalai. Malah, ada di antara projek terbabit terbengkalai sejak 10 tahun lalu kerana pemaju menghadapi pelbagai masalah, terutama kewangan.

Pembeli dalam dilema 24/10/1992 BH
KAMPAR, Jumaat - Seramai 21 kakitangan awam yang membeli rumah di satu projek perumahan di sini kini dalam dilema kerana gaji mereka terus dipotong oleh Perbendaharaan walaupun projek itu terbengkalai sejak enam tahun lalu. Jurucakap mereka, Mohd Haniff Mohd Saad, berkata pelbagai pihak, termasuk Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan sudah ditemui bagi membantu mengatasi masalah itu, tetapi tidak berhasil.

Tanah 55 pemilik mungkin tergadai 27/10/1992 HM 
KUALA LUMPUR: Pembangunan yang dijanjikan tidak tiba, tanah pula mungkin tergadai. Inilah yang berlaku kepada 55 pemilik tanah di Kampung Baru yang membenarkan geran tanah mereka dicagarkan kepada bank untuk dibangunkan sejak 1983.

Rumah belum siap, tetapi gaji dipotong 28/10/1992 BH
KAMPAR, Selasa - Seramai 21 kakitangan kerajaan yang membeli rumah di sini berada dalam dilema kerana gaji mereka terus dipotong oleh Perbendaharaan Negara walau pun projek perumahan itu terbengkalai sejak enam tahun lalu. Jurucakap kumpulan kakitangan kerajaan itu, Mohd Haniff Mohd Saad, berkata pelbagai pihak, termasuk Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan sudah ditemui bagi membantu mengatasi masalah itu, tetapi tidak berhasil.

Mangsa pemaju 31/10/1992  HM By Hamid Karim
KLANG: Sudah bayar lebih $50,000 tapi rumah belum boleh diduduki. Itulah masalah yang dihadapi oleh seorang pembeli rumah teres di Taman Nakhoda Yusuf di sini, Shafie Nani, apabila projek perumahan itu gagal disiapkan walaupun pembinaannya bermula lebih 14 tahun lalu.

Six-year wait over 02/11/1992 MM By V. Vasudevan
THE long wait for 413 housebuyers of the abandoned Taman Chempaka Phase III is almost over. They now need to wait only about three months to take delivery of their homes which they bought almost six years ago. The long wait came about after the developer, Perushaan Timah Langat Sdn Bhd, abandoned the project.

13-year wait for 113 housebuyers 09/11/1992  NST-CITYX By Anne Haslam
WHEN housebuyers of Taman Seri Tanjung, Tanjung Rambutan, 18km from Ipoh, signed an agreement to purchase the houses in l979 they thought they would have only about 18 months to wait before they could move into their homes. However, as it turned out, they had to wait for more than a decade because shortly after, the housing scheme was abandoned.

Segera kesan pemilik rumah 13/11/1992 HM By Hamid Karim
KUALA LUMPUR: Pemilik rumah dan bangunan terbengkalai yang membiarkan bangunan mereka di Kampung Che Ami, Johor Bahru sebagai sarang maksiat atau kegiatan tidak sihat, akan dikenakan tindakan. Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata beliau akan mengarahkan Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) mengesan pemilik rumah dan bangunan terbengkalai itu.

Taman Puteri Wangsa meeting 14/11/1992 NST
JOHOR BARU, Fri. - The Taman Puteri Wangsa house buyers' action committee will convene a meeting here next Thursday to discuss the MBf group's plan to revive the project. Committee chairman Zahrah Attan said the meeting will be held at Dewan Tarom, Jalan Abdul Samad here at 2pm.

Mud danger for houses in Taman Seri Emas 14/11/1992 NST-CITYX
MORE than a dozen single-storey houses in an abandoned housing project in Kampar is in danger of being buried under mud. The houses, about 16 units in two blocks, are filled almost to the ceiling with mud, with only about a foot of space left.

Developer to pick another contractor  18/11/1992 MM
THE developer of Taman Medan Pejasa in Jalan Klang Lama will award the contract to complete Phase One of the project to another contractor as the previous one has abandoned it. The project, which was supposed to have been completed last December is expected to be ready for occupation in nine months, said Encik Shakri Basri, the general manager of Kembar Empat Sdn Bhd, yesterday.

RM1 juta cukai taksiran lupus 25/11/1992 BH
PORT DICKSON, Selasa - Majlis Daerah Port Dickson (MPDP) melupuskan cukai taksiran bagi semua lot tanah pertanian dan projek rumah terbengkalai berjumlah hampir RM1 juta. Setiausaha MDPD, Syed Abdul Mutalib Syed Hassan, berkata penglupusan itu adalah sebahagian daripada RM2,308,327 keseluruhan cukai taksiran tertunggak sejak penubuhan majlis itu.

1,000 setuju ke mahkamah 25/11/1992 HM By Yusaini Ali
ULU TIRAM: Lebih 1,000 pembeli rumah projek Taman Puteri Wangsa di sini yang terbengkalai sejak enam tahun lalu sudah membawa kes itu ke mahkamah. Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Perumahan Taman Puteri Wangsa, Zahara Attan, berkata kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Mei depan.

Tindakan sebagai pengajaran bagi pemaju 25/11/1992 HM
ULU TIRAM: Lebih 1,000 pembeli rumah di Taman Puteri Wangsa di sini bersepakat untuk membawa kes kelewatan projek perumahan itu ke mahkamah. Osman Hussin, 37, berkata beliau bersetuju dengan langkah jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan oleh pembeli rumah itu agar ia dapat dijadikan pengajaran kepada pemaju perumahan lain supaya menepati janji.

Pembeli dinasihati usah tandatangani 02/12/1992  HM
JOHOR BAHRU: Lebih 1,000 pembeli projek perumahan Taman Puteri Wangsa, di sini, yang terbengkalai sejak enam tahun lalu, dinasihatkan supaya usah menandatangani perjanjian pilihan yang diberi oleh pemaju, semalam, bagi mengelakkan sebarang kerugian. Sekiranya berbuat demikian, perjanjian jual beli di antara mereka dan pemaju akan terhapus dan proses membawa kes itu ke mahkamah sudah tidak bererti lagi.

Fikir dua kali! 04/12/1992 HM  By Yusaini Ali
JOHOR BAHRU: Pembeli rumah di projek yang terbengkalai diminta berfikir dua kali sebelum mengambil sebarang tindakan membawa kes itu ke mahkamah kerana ia akan menyebabkan kelewatan pembinaan semula. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron, berkata orang ramai tidak wajar membawa sebarang kes kelewatan pembinaan rumah ke mahkamah kerana ia boleh diselesaikan melalui perundingan.

No CFs yet for flat owners 07/12/1992 NST
TAIPING, Sun. - About 60 owners of the Taman Bersatu housing flats in Kampung Boyan have yet to get their Certificates of Fitness (CFs) despite having signed their sales and purchase agreement eight years ago. Their spokesman Saw Lee Tong said today the project was earlier abandoned and put into receivership under Majaya Enterprise Sdn Bhd.

Tak rela dibohongi lagi  14/12/1992 HM
KUALA LUMPUR: "Kami tidak rela dibohongi lagi," itulah antara kata-kata yang dilemparkan terhadap Koperasi Serbaguna Cuepacs Tanggungan Berhad, pemaju sebuah projek perumahan yang terbengkalai. Bagaimanapun, wakil koperasi berkenaan berjanji kepada pembeli bahawa usaha-usaha sedang dilakukan untuk meneruskan kerja pembinaan di projek perumahan di Taman Koperasi Cuepacs di Kilometer 19.2, Kajang.

Buyers in bid to revive housing project 28/12/1992 NST-CITYX
A GROUP of disgruntled house buyers of the abandoned Taman Seri Raya in Cheras has formed a seven-man committee in an attempt to get the developer to revive the project. Work at the project, a joint venture between the Selangor Development Corporation (PKNS) and Kausar Corporation Sdn Bhd, has stopped for the past year.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.