This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli kecewa rumah belum siap
30/01/2007 Berita Harian

SAYA antara puluhan pembeli projek perumahan Taman Seri Marina Fasa 1, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar yang membeli rumah itu pada 1999. Projek perumahan ini dilancarkan bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan.

Pemaju perumahan ini berpangkalan di Sungai Petani, Kedah. Pada peringkat awal projek ini tidak menghadapi masalah, tetapi tidak berapa lama pemaju membangunkan projek itu diisytihar muflis menyebabkan kerja pembinaan tidak dapat diteruskan.

Namun, bagi pembeli bayaran kepada syarikat kewangan atau perbendaharaan terpaksa dilakukan bersama dengan faedah.

Kemudian pihak pembeli membentuk sebuah jawatankuasa bertindak dan bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Kedah (Cake) bagi mencari pemaju atau kontraktor baru. Projek ini diteruskan kontraktor baru dengan perjanjian tambahan.

Pemaju baru berjanji menyiapkan rumah itu dalam tempoh dua tahun, namun rumah belum boleh diduduki. Kepada Cake teruskan usaha jangan biarkan pengguna dan ahli tertunggu-tunggu bila rumah boleh diduduki.

PEMBELI MARINA 1,
Ayer Hitam, Kedah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.