This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

General News Reports
(1993)
Pages
01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12

More Pages: 1991 | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009

30,900ha in Klang Valley erosion-prone 01/11/1993 NST
KUALA LUMPUR, Sun . - A total of 743 hectares of land in the Klang Valley is seriously eroded while another 30,899ha have been identified as having a high risk of soil erosion if land clearing is done there, an interim inter-governmental study revealed. Maps developed by the National Remote Sensing Centre (MACRES) from the study for the upstream districts of the Federal Territory noted that protected areas such as forest reserves, water catchment and wildlife sanctuaries had not been spared the impact of upstream/hill development.

Kebajikan pembeli diutamakan  01/11/1993 BH
KLUANG, Ahad - Kebajikan pembeli rumah, terutama rumah kos rendah di Johor sentiasa diutamakan serta dipelihara oleh kerajaan negeri daripada menjadi mangsa pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron, berkata kerajaan negeri juga tetap berpihak kepada pembeli sekiranya pemaju perumahan di negeri ini tidak mengikut syarat dan pelan dalam melaksanakan projek masing-masing.

Perlu kaji By Aminuddin Ibrahim  01/11/1993 HM
KUALA LUMPUR: Pembeli flet Vista Angkasa di Kampung Kerinchi di sini, meminta pemaju projek itu mengkaji semula kos rumah berkenaan yang dianggap tidak setanding dengan konsepnya. Mereka mendakwa kebanyakan pembeli terkeliru dengan tawaran bahawa rumah pangsa itu menyediakan tiga bilik, sebaliknya hanya dua bilik.

Dakwa diperdaya 01/11/1993  HM
KUALA LUMPUR: Beberapa penghuni Blok 01A Flet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Kerinchi di sini, mendakwa diperdaya oleh DBKL dengan tawaran projek Vista Angkasa yang sedang dalam pembinaan berhampiran kediaman mereka. Mereka mendakwa DBKL tidak menepati beberapa kemudahan yang dijanjikan kepada pembeli sebelum ini.

Nak pangsapuri lima tingkat 01/11/1993 HM By C Ramasamy
PETALING JAYA: Badan Bertindak Menyelamat Taman Aman sanggup menerima cadangan pembinaan pangsapuri di taman itu sekiranya cadangan asal membina pangsapuri setinggi 22-24 tingkat diganti dengan pangsapuri lima tingkat. Pengerusinya, Kadir Mat Isa, berkata badan itu berpendapat pembinaan pangsapuri lima tingkat lebih praktikal dengan persekitaran kawasan itu berbanding pembinaan 2,000 unit pangsapuri kos rendah dan sederhana.

Siasat makan masa  01/11/1993 HM By C Ramasamy
PETALING JAYA: Siasatan terhadap kejadian bangunan kampus induk Kolej Bandar Utama, Damansara, yang runtuh pada 19 Oktober lalu akan mengambil masa yang panjang. Ini kerana Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan oleh Majlis Daerah Petaling (MDP) berhadapan dengan "banyak perkara yang teknikal serta memerlukan penyiasatan menyeluruh dan teliti".

Pesara kesal sikap pemaju  01/11/1993 HM
JOHOR BAHRU: Seorang pesara akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pemaju yang membina rumahnya kerana mendakwa bangunan itu tidak dibina dengan sempurna. Ini kerana bahagian tepi rumahnya di Jalan Teratai 11, Taman Johor Jaya di sini, runtuh pada 19 Oktober lalu.

Rumah: Pemaju sokong  03/11/1993 BH
KOTA BHARU, Selasa - Pemaju perumahan di negeri ini menyokong program perumahan kos rendah dan penubuhan Tabung Perumahan Kos Rendah yang dilancarkan kerajaan bagi menangani masalah kekurangan kediaman kategori itu. Menurut mereka, dengan adanya tabung itu yang membabitkan dana bernilai RM1.404 bilion, akan mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah untuk membeli rumah.

90 peratus rumah murah bocor  03/11/1993 BH
LABIS, Selasa - Bumbung hampir 90 peratus daripada 367 unit rumah kos rendah di Perumahan Awam Jalan Muar-Labis yang siap sejak empat tahun lalu bocor kerana menggunakan bahan kurang bermutu. Bendahari Pemuda Umno cawangan Perumahan Awam, Abdul Kadir Atan, berkata bumbung rumah itu retak dan bocor menyebabkan rumah penghuni sering dimasuki air hujan.

TNB atau pemaju?  04/11/1993 HM By Khalid Yasin
SUBANG JAYA: Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan terhadap kerosakan peralatan elektrik bernilai berpuluh ribu ringgit yang dihadapi penduduk rumah pangsa di Blok O, Jalan SS13/IB di sini? Ini berikutan sikap tarik tali di antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pemaju projek perumahan itu.

Safeguarding Sabah house buyers 06/11/1993 NST
KOTA KINABALU, Fri. - Housing developers in Sabah will be required to pay a deposit of RM100,000 to the Government before they can get their licence next year. Local Government and Housing Minister Datuk Joseph Kurup said the move was aimed at safeguarding the interest of house buyers.

Pemaju perlu bayar deposit 06/11/1993 BH
KOTA KINABALU, Jumaat - Semua pemaju perumahan individu di negeri ini perlu membayar deposit RM100,000 sebelum lesen pemaju dikeluarkan mulai tahun depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Joseph Kurup, berkata syarat itu sebahagian pindaan yang dicadangkan dalam Enakmen Perumahan, Kawalan dan Perlesenan 1978 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang akan bersidang 22 hingga 25 November depan.

Pembeli rumah dakwa ditipu kontraktor 06/11/1993 BH By Shariffudin Mohamed
PEKAN, Jumaat - Pembeli rumah di sebuah kawasan perumahan baru di Peramu, Pekan, 50 kilometer dari sini, mendakwa mereka ditipu kontraktor berikutan projek itu terbengkalai sedangkan pembayaran awal dijelaskan. Mereka kini dalam keresahan kerana bank sudah mengambil tindakan meminta pembayaran balik pinjaman diteruskan tanpa mengambil kira samada projek itu siap atau tidak.

Ministry to review housing occupancy regulations  07/11/1993  SUM
THE Housing and Local Government Ministry will review some of the regulations to allow house-buyers to occupy their homes as soon as a project is completed. Its secretary-general, Datuk Umar Abu, said the Ministry would amend the Housing Developers Act and the Uniform Building By-laws to enable house- buyers to move into their properties without having to wait for the Certificate of Fitness (CF).

ATM prihatin masalah rumah tentera 08/11/1993 BH By Khalid Amin
MASALAH perumahan yang dihadapi anggota tentera di negara ini akan berakhir tidak lama lagi berikuatan langkah kerajaan mempercepatkan pembinaan rumah mereka di seluruh negara. Langkah itu bertujuan mengatasi masalah anggota tentera yang terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan di kawasan setinggan berikutan kos rumah dan sewa yang tinggi di bandar-bandar utama.

Cepat dapat CF 08/11/1993 HM
KELEWATAN pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (CF) yang selalu menjadi rungutan orang ramai, akan dapat diatasi setelah Akta Pemaju Perumahan dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1988 dipinda. Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Umar Abu, berkata pindaan itu akan membolehkan pembeli memperolehi CF dalam tempoh sekurang-kurang dua minggu selepas pemaju mengemukakan segala syarat kepada pihak berkuasa tempatan.

Pemaju lintah darat!  08/11/1993 HM By Fadzil Abdul Rashid
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan percaya lebih 10 syarikat pemaju perumahan dan bangunan di sekitar ibu kota dan Selangor menggunakan tiang konkrit dan kerangka bangunan tidak berkualiti untuk projek mereka. Kedua-dua bahan asas itu yang tidak tahan lama, mudah retak dan boleh menyebabkan sesebuah bangunan runtuh, dipercayai digunakan secara meluas oleh pemaju terbabit yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan risikonya.

Lebih bahaya bila hujan  08/11/1993 HM
GOMBAK: Struktur tanah yang tidak mempunyai daya penahan yang stabil akibat aktiviti manusia dipercayai menjadi punca utama tanah tebing di Jalan SG 1/27, Taman Sri Gombak di sini, mendap dan runtuh. Jurucakap Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan berkata aktiviti menggali atau mengaut tanah di kawasan kaki bukit itu menyebabkan daya kukuh tanah menjadi lemah dan mendap secara perlahan-lahan.

Bimbang tanah runtuh  08/11/1993 HM By Fadzil Abdul Rashid
GOMBAK: Empat keluarga di kawasan perumahan kos rendah Taman Sri Gombak di sini, kini dalam kebimbangan berikutan dinding dan lantai rumah mereka retak akibat tebing bukit di situ mendap. Tebing bukit yang menempatkan 63 unit rumah teres di Jalan SG 1/27, mendap dan runtuh ke bawah lereng bukit, menjejaskan empat buah rumah yang paling hampir.

Jangan cari untung saja  09/11/1993 HM By Fadzil Abdul Rashid
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kesal dengan sikap sesetengah pemaju perumahan dan bangunan di ibu kota yang terus menggunakan tiang konkrit dan kerangka bangunan tidak berkualiti walaupun ia tidak selamat. Menterinya, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata amalan tidak beretika itu perlu dihentikan segera kerana ia adalah perbuatan yang boleh `mengorbankan' banyak nyawa.

Sikap lewa pemaju punca talian telefon gagal disediakan 09/11/1993 HM
PUCHONG: Penduduk kawasan perumahan di Bandar Puchong Jaya di sini kesal dengan sikap sambil lewa pemaju yang didakwa gagal menyediakan kemudahan talian telefon sejak setahun lalu. Mereka mendakwa sudah beberapa kali menemui Syarikat Lam Soon Huat untuk membincangkan masalah itu tetapi gagal menemui jalan penyelesaian.

Periksa syarat CF: Samad  09/11/1993 HM
KUALA LANGAT: Jangan jadikan pemaju anak angkat! Ahli Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Samad Maharudin, mengingatkan MDKL agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) sebelum pemaju perumahan melengkapi serta menyediakan pelbagai kemudahan dalam projek pembinaan seperti yang disyaratkan.

Temporary CFs to be issued 12/11/1993 BT
LOCAL authorities will be asked to issue temporary Certificate of Fitness (CF) to housebuyers who have obtained the keys to their property from developers. Housing and Local Government Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said in Penang yesterday that with the move, buyers need no longer have to wait for a long time to occupy their homes legally. "We received many complaints over the delay in issuing CFs which caused house buyers to wait for up to six months to legally occupy their houses," he told reporters after chairing a meeting of the Coordinating Committee between the ministry and state governments. - Bernama

Pembeli rumah kos rendah diutama  12/11/1993 BH
KLUANG, Khamis - Kebajikan pembeli rumah, terutama rumah kos rendah di Johor sentiasa diutamakan serta dilindungi kerajaan negeri untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron, berkata kerajaan negeri juga tetap berpihak kepada pembeli rumah jika pemaju perumahan di negeri ini tidak mengikut syarat dan pelan dalam melaksanakan projek masing-masing.

Pemaju gagal patuh13/11/1993  HM
KUALA LUMPUR: Sikap pemaju yang gagal mematuhi spesifikasi dalam pembinaan sesuatu projek menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dalam tempoh yang singkat. Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Noordin Abdul Razak, berkata walaupun menjadi mangsa kemarahan pembeli, penguasa tempatan terpaksa mengambil tindakan itu.

CF lulus dalam dua minggu saja  14/11/1993 HM By Roslan Ibrahim; Rosmin Darus
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meminda Akta Pemaju Perumahan dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1988 bagi mempercepatkan proses pengeluaran Sijil Kelayakkan Menduduki Rumah (CF) kepada dua minggu saja. Timbalan Menterinya, Osu Sukam, berkata kementerian banyak menerima aduan dan rungutan daripada orang ramai mengenai kelewatan Majlis Kerajaan Tempatan mengeluarkan sijil itu.

24 pembeli rumah kos rendah tunggu CF 15/11/1993 HM
MUAR: Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah di projek terbengkalai Taman Seri Bahagia, Tanjung Agas masih menunggu sijil kelayakan menduduki (CF) dari Majlis Daerah Muar Selatan (MDMS). Ia perlu bagi membolehkan mereka berpindah ke rumah masing-masing secepat mungkin.

Nyawa 300 penduduk terancam  16/11/1993 BH By Fazli Abdullah
KUALA LIPIS, Isnin - Tiga ratus penghuni di tiga blok rumah murah di kawasan perumahan Fasa Tiga Taman Lipis bimbang bukit berhampiran rumah mereka runtuh dan mengancam nyawa mereka. Mereka tidak mahu kejadian tanah dari bukit itu runtuh menyebabkan sembilan kereta dan tiga motosikal tertimbus semalam, berulang.

Undang-undang perumahan lulus 16/11/1993 BH
SIDANG Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang- Undang Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1993 setelah dibahaskan lima ahli dewan. Mereka yang membahaskan rang undang-undang itu ialah Datuk Song Swee Guan (BN-Padungan), Datuk Daniel Tajem anak Miri (PBDS-Bukit Begunan), Joseph Entulu Belaun (PBDS-Tamin), Dr Soon Choon Teck (BN-Dudong) dan Datuk Effendi Norwawi (BN-Dalat).

MPPJ arah bayar cukai elak premis disita 16/11/1993 HM
JOHOR BAHRU: Sebanyak 687 pemilik harta di kawasan perumahan Taman Dahlia di sini yang gagal menjelaskan tunggakan cukai harta bernilai RM185,00 sejak lebih lima tahun lalu diberi amaran supaya membayarnya segera bagi mengelakkan premis mereka disita. Jurucakap Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) berkata pihaknya akan mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan terbabit tidak lama lagi.

Pembeli rumah kecewa  16/11/1993 HM By Ashar Ahmad
YONG PENG: Lebih 200 pembeli rumah kos rendah di pekan ini kecewa kerana rumah yang mereka beli tiga tahun lalu masih belum boleh diduduki. Menurut mereka, walaupun rumah itu sudah siap dibina dua tahun lalu, mereka masih tidak dibenar menduduki rumah berkenaan yang kini terbiar dan dipenuhi semak-samun.

Penduduk kesal tindakan pemaju  17/11/1993 BH
JOHOR BAHRU, Selasa - Kira-kira 3,000 penduduk di Taman Ungku Tun Aminah dekat sini, kesal di atas tindakan pemaju taman perumahan itu, yang mengenakan bayaran tinggi bagi urusan pindah hak milik rumah pangsa di kawasan itu. Pemaju itu, melalui peguambela dan peguamcaranya, menuntut sejumlah RM1,066, termasuk RM506 sebagai kos pindah milik, RM220 bayaran duti setem dan RM340 bagi kos gadaian.

Nak nama 88 pemaju perumahan berlesen 18/11/1993 HM
KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Perumahan Wilayah Persekutuan dan Selangor meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghantar senarai 88 pemaju perumahan berlesen yang gagal menyerahkan nombor akaun perumahan mereka bagi tindakan persatuan. Pengerusinya, N Antonisamy memberitahu Harian Metro, persatuan boleh membantu mengesan pemaju terbabit supaya berbuat demikian.

Pemaju langgar syarat punca CF lewat  19/11/1993 BH
KEGAGALAN pemaju memenuhi syarat yang ditetapkan dalam UndangUndang Kecil Bangunan Seragam 1984 atau syarat pihak berkuasa tempatan, menjadi faktor kelewatan pengeluaran sijil kelayakan menduduki (CF). Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu Sukam, berkata tindakan pemaju mengubah pelan bangunan daripada yang diluluskan, turut melambatkan pengeluaran sijil berkenaan.

Penduduk kesal sikap pemaju 19/11/1993 BH
BUTTERWORTH, Khamis - Lebih 200 penduduk di Taman Perumahan Sentol Jaya Juru, dekat sini menyesali sikap pemaju yang gagal menyediakan sistem perparitan yang sempurna bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku sepanjang minggu ini. Mereka mendakwa air naik hampir satu meter baru-baru ini ekoran parit di kawasan itu tersumbat.

Pemaju boleh didakwa By Zulkifli Md Ali 19/11/1993 BH
BATU PAHAT, Khamis - Kerajaan hari ini menasihatkan semua mangsa penipuan projek pembinaan rumah yang menggunakan mutu binaan murahan atau tiruan supaya mengambil tindakan mahkamah terhadap pemaju terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron, berkata tindakan itu lebih berkesan, kerana pembeli mempunyai hak kepenggunaan.

Dinding retak 19/11/1993 HM By Yusof A Rahman
LEBIH 350 penghuni rumah kos rendah di Taman Anggerik Desa, berhampiran pekan Gemas Baru, dekat Segamat, berada dalam kegelisahan kerana menghadapi bahaya disebabkan dinding rumah mereka retak sejak 18 bulan lalu. Sejumlah 65 keluarga menetap di taman perumahan berkenaan yang dibina oleh Gemas Housing Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat pemaju perumahan tempatan.

Siasat pemaju 19/11/1993 HM
PEMBELI rumah kos rendah di Taman Anggerik Desa dekat Segamat, meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, campur tangan dengan menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas pemaju yang menyediakan rumah tidak sempurna di kawasan berkenaan. Mereka juga meminta pemaju membayar ganti rugi ke atas rumah yang retak termasuk 80 peratus yang mengalami kerosakan teruk.

Pemaju digalak bina pondok polis 20/11/1993 BH
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pemaju perumahan digalak membina pondok polis di setiap kawasan projek mereka untuk membolehkan penempatan anggota polis di situ. Pemangku Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, berkata cara ini dapat membantu kerajaan menjimatkan kos membina pondok polis di samping menaikkan nilai hartanah di situ.

Rumah runtuh jika tidak dibaiki segera 20/11/1993 HM By Roslan Bian
CHERAS: Penghuni sebuah rumah di Taman Cuepacs di sini, meminta Majlis Daerah Hulu Langat (MDHL) menyegerakan kerja membaiki benteng rumah dan parit yang pecah dan runtuh kerana hujan lebat minggu lalu. Pemilik rumah itu, Afreddy Gomez, 51, berkata selagi tidak dibaiki, kediamannya mungkin runtuh sekiranya hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa hari ini.

Tragedi Bukit Cagar bawa pengajaran 21/11/1993 BM
KEJADIAN tangki air pecah di bumbung rumah pangsa 16 tingkat di Bukit Cagar, Johor yang membunuh seorang mangsa dan mencederakan 18 yang lain adalah satu lagi bencana yang tidak boleh dipandang ringan. Disebabkan malang tidak berbau, setiap pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Langkah pencegahan adalah paling utama bagi mengelakkan kemalangan yang datang tidak diundang. Oleh itu, setiap pihak sama ada pemaju, pihak berkuasa atau penduduk perlu melihat bahawa kejadian seperti itu boleh berlaku di mana saja.

PBT perlu perketat proses pelan rumah 21/11/1993 BM By Fazli Abdullah
KUANTAN: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memperketatkan lagi penguatkuasaan undang-undang berkaitan pemprosesan pelan projek perumahan, khususnya di kawasan berbukit bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pusat Pertumbuhan Desa negeri, Datuk Adnan Yaakob, berkata PBT mesti lebih teliti sebelum mengambil keputusan meluluskan pelan berkenaan.

Kementerian minta Johor hantar laporan 21/11/1993 BM
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahu kerajaan negeri Johor menghantar segera laporan kejadian tangki air meletup di Rumah Pangsa Bukit Cagar, Johor Bahru, yang mengorbankan seorang pelajar dan mencederakan 18 orang lain, tengah hari kelmarin. Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Nawawi Kamaruddin, berkata kementerian memandang berat kejadian itu dan menyifatkan sebagai satu tragedi yang boleh dielakkan.

300 penduduk bantah pemaju 22/11/1993 HM By C Ramasamy
KUALA LUMPUR: Lebih 300 penduduk rumah panjang, Danau Kota, Setapak, dekat sini, mengadakan demonstrasi secara aman semalam bagi mendapatkan perhatian terhadap masalah kekurangan kemudahan asas di kawasan itu. Kawasan perumahan itu tidak mempunyai telefon awam, lampu jalan, jalan yang sempurna dan turut dijadikan tempat pembuangan sampah secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ibu kota hilang banyak pokok 22/11/1993 HM
KUALA LUMPUR: Ibu kota kini menghadapi `sindrom pembangunan' menyebabkan ia kehilangan pokok dalam jumlah yang besar berikutan kepesatan pembangunan dan menaikkan taraf infrastrukturnya. "Sepanjang tahun ini saja, Kuala Lumpur kehilangan 10,000 pokok akibat daripada projek pembangunan dan kemudahan infrastruktur," kata Pengarah Jabatan Seni Taman dan Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khuzaimah Yunos.

Ada pembeli sudah pencen, meninggal dunia 23/11/1993 BH
PEMBELI sudah meninggal dunia tetapi rumah masih belum siap. Begitulah keadaannya yang berlaku kepada kira-kira 200 pembeli rumah Taman Senandung Ria yang masih setia menunggu walaupun projek perumahan terbabit terbengkalai lebih 17 tahun. Seorang mangsa projek terbabit, Habsah Mohd Ali, kesal projek perumahan di Jalan Raya Barat, Kampung Jawa, Klang masih gagal disiapkan walaupun sudah dua kali usaha memulihkannya dilakukan.

10 tahun tak ada CF 23/11/1993 HM By Yusaini Ali
JOHOR BAHRU: Empat blok Rumah Pangsa Bukit Cagar di sini, masih tidak mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CF) walaupun sudah dihuni sejak 10 tahun lalu. Pemaju yang juga pentadbir rumah pangsa berkenaan, Jabatan Perumahan Negeri (JPN) yang membina 1,152 unit rumah di situ, dikatakan tidak menyerahkan pelan bangunan terbabit kepada Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) untuk tindakan susulan bagi mendapatkan CF.

Banyak koperasi, PKEN tidak berpengalaman 23/11/1993 BH
PERBADANAN Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan koperasi perlu tertakluk kepada syarat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jika kerajaan mahu mengurangkan masalah rumah terbengkalai, kata Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan Wilayah Persekutuan dan Selangor, N Anthony Samy. Katanya, pada masa ini hanya pemaju perumahan swasta diwajibkan mempunyai Akaun Pemaju Perumahan dan lesen pemaju, manakala koperasi dan PKEN tidak perlu mematuhi syarat itu.

New ruling on project account for housing developers 24/11/1993 NST
HOUSING developers will have to open a "project account" for each project undertaken under an amendment in the Housing (Control and Licensing) Enactment passed by the State Legislative Assembly. With the proposed amendment, the deposit for a developer's licence is increased from RM20,000 to RM100,000.

Flet Bukit Cagar tiada CF 24/11/1993 BH By Jamhariah Jaafar; Wan Razman Juraimi; Noor Jaafar; Shamshul Azree Samshir; Fazli Abdullah; Sariha Mohd Ali
JOHOR BAHRU, Selasa - Rumah Pangsa Bukit Cagar yang terbabit dalam nahas tangki air pecah Jumaat lalu, tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) walaupun sudah dihuni sejak 10 tahun. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) (Cawangan Perumahan), Jumali Ahmad, berkata pemaju rumah pangsa berkenaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) menyerahkan rumah pangsa itu kepada Kerajaan Johor tanpa sebarang CF.

Tak boleh tuntut? 24/11/1993 HM By Fahmi Omar; Shamsul Azree Samsir; Nazarudin Shahari; Yusaini Ali JOHOR BAHRU: Mangsa kejadian tangki air pecah di Blok C, Rumah Pangsa Bukit Cagar di sini Jumaat lalu, mungkin tidak boleh menuntut sebarang pampasan daripada syarikat insurans. Ini kerana rumah pangsa itu tidak mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dan syarikat insurans tidak melindungi sebarang bangunan yang belum disahkan selamat untuk diduduki.

Belum terima kunci 26/11/1993 HM
SEBANYAK 108 pembeli rumah kos rendah di Taman Perumahan Awam, pekan Buluh Kasap dekat sini, sini masih belum menerima kunci dari pemaju. Wakil mereka yang tidak mahu namanya disiarkan berkata rumah itu yang berharga RM22,000 seunit siap dibina Februari tahun lalu dan cabutan undinya dibuat 24 Mei tahun lalu.

House-owners sue PKNP 27/11/1993 BT
MORE house-owners in the Indera Mahkota II housing scheme in Kuantan plan to sue the Pahang State Development
Corporation (PKNP) for alleged breach of agreement. Earlier, 30 of the 668 house-owners in the housing scheme filed High Court suits against the developer, Pasdec Corporation Sdn Bhd, an SEDC subsidiary, for alleged shoddy construction of their houses. Action committee chairman Saidon Othman said yesterday the house-owners were seeking compensation for repairs after Pasdec failed to carry out satisfactory remedial works. He added that it has been almost a year since the temporary certificates of fitness for occupation (CF) were issued but basic essential facilities like street lights and public telephones are lacking. - Bernama

Pembeli rumah mahu saman pemaju 28/11/1993 BM
KUALA LIPIS: Jawatankuasa Bertindak Penghuni Taman Lipis Fasa Tiga di sini yang ditubuh minggu lalu bagi menyelaras dan menyelesaikan masalah berkaitan tanah runtuh bercadang menyaman pemaju perumahan jika mereka terus tidak melayani desakan penduduk mahukan aspek kesela matan di kawasan itu ditingkatkan. Pengerusinya, Wong Kwan Meng, berkata itu adalah antara resolusi diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan bagi membantu pihak berkuasa mengatasi masalah kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Negri revives projects 29/11/1993 NST
SEREMBAN, Sun. - The Negri Sembilan Government has successfully revived eight housing projects involving 800 units, its Housing and Local Government Committee chairman Datuk Hon Choon Kim said today. He said all housebuyers in the projects had received their keys from the developers.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.