This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

General News Reports
(1993)
Pages
01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12

More Pages: 1991 | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009

Confusion over land status 01/10/1993 MM
THE rape of the foothills of Bukit Gasing by squatters continues as there is confusion over which local authority has jurisdiction over the encroached area. And as long as the territorial rights are not established, nobody wants to act - something the squatters are certainly not complaining about.

Rumah tidak ikut pelan  01/10/1993 BH By Pembeli Kecewa
KAMI pembeli rumah Taman Ayer Molek Sek Satu dukacita kerana pemaju memberi layanan buruk kepada kami. Pemaju yang bertanggungjawab dalam hal ini, menyerahkan kerja sepenuhnya kepada kontraktor tanpa pengawasan. Ini menyebabkan pembinaan rumah di projek ini tidak mengikut pelan, terlalu kasar dan tidak sempurna.

Ministry's proposal to reduce backlog of court cases 05/10/1993  BT
THE Housing and Local Government Ministry has proposed that minor offences committed by housing developers to be compoundable to reduce the number of backlog cases in court. Minister Datuk Dr Ting Chew Peh told reporters in Kuala Lumpur yesterday that the proposal is aimed at saving time and manpower cost incurred in booking the offenders. 

Developers to pay compound fines soon 05/10/1993 NST
KUALA LUMPUR, Mon. - Compound fines will soon be imposed on housing developers who commit offences like providing misleading or inadequate information in advertisements for their projects. The Government is reviewing the relevant laws to provide for this, Housing and Local Government Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said today.

Akta pemaju rumah 1966 akan dipinda 05/10/1993 BH
KUALA LUMPUR, Isnin - Akta Pemaju Perumahan 1966 akan dipinda bagi membolehkan pemaju perumahan yang melakukan pelbagai kesalahan, dikompaun tanpa membawa kes itu ke mahkamah. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Datuk Dr Ting Chiew Peh, berkata pindaan itu perlu supaya ia lebih realistik serta mengelak pemaju menipu pembeli atau membiarkan projek perumahan terbengkalai.

BPR diminta siasat pemaju 05/10/1993 BH
SEGAMAT, Isnin - Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri sudah diminta menyiasat kegiatan pemaju menjual rumah kos rendah yang retak di Taman Anggerik Desa, Gemas Baru dekat sini. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jementah, Wong Peng Sheng, berkata beliau difahamkan badan itu sudah diminta berbuat demikian oleh Pejabat Perumahan negeri.

Pemaju tak hirau aduan  06/10/1993 HM By Awie Mat
SKUDAI: Pembeli rumah di Taman Desa Skudai di sini kesal dengan tindakan pemaju perumahan, Maraya Sdn Bhd, yang didakwa tidak mengendahkan aduan mengenai kerosakan kediaman mereka yang diduduki sejak kira-kira tiga bulan lalu. Menurut mereka, pemaju terbabit sepatutnya mengambil tindakan segera terhadap aduan yang dikemukakan kerana rumah berkenaan masih lagi dalam tempoh jaminan.

Syarat lebih ketat untuk pemaju rumah 06/10/1993 BH
KUALA LUMPUR, Selasa - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengkaji terlebih dahulu kedudukan kewangan pemaju perumahan sebelum mengeluarkan permit untuk memajukan kawasan perumahan pada masa depan. Menterinya, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata langkah itu dibuat bagi memastikan pemaju yang mendapat kontrak menyiapkan projek mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Pemaju enggan temui Adun 09/10/1993 HM
JOHOR BAHRU: Pemaju projek kondominium Bukit Saujana dikatakan tidak mahu menemui Adun Tanjung Puteri, Mohamed Kasbi, untuk membincangkan masalah yang dihadapi 30 keluarga kakitangan kerajaan kerana tidak mendapat pampasan. Mohamad berkata beliau sudah berusaha untuk berjumpa Pengerusi Eksekutif pemaju itu, Abu Shahid Mohamed, tetapi sehingga kini tidak menerima sebarang jawapan.

Sudah ada rumah! 11/10/1993 HM By Jamhariah Jaafar
JOHOR BAHRU: Sebilangan kakitangan kerajaan yang enggan berpindah dari tapak projek kondominium Bukit Saujana di Jalan Yahya Awal di sini, didapati mempunyai rumah sendiri. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata ia adalah antara punca ada antara keluarga terbabit tidak menerima sumbangan bayaran sewa rumah RM1,000 sebulan yang dijanjikan oleh pemaju.

Pemaju beri syarat turun harga rumah murah 12/10/1993 BH
KUALA LUMPUR, Isnin - Pemaju perumahan sanggup membina rumah kos rendah dengan harga sehingga RM15,000 seunit dengan syarat kerajaan menurunkan harga tanah atau memberi insentif istimewa kepada mereka. Presiden Persatuan Pemaju Perumahan (HDA), Selangor dan Wilayah Persekutuan, Anthony Samy, berkata persatuannya sedar tanggungjawab mereka kepada golongan miskin tetapi sukar dilaksanakan jika harga tanah terlalu tinggi.

Pembeli mahu saman pemaju HM 15/10/1993
JOHOR BAHRU: Pembeli rumah di Taman Desa Skudai dekat sini akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pemaju, Maraya Sdn Bhd, sekiranya meneruskan rancangan membina asrama untuk menempatkan penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kawasan itu. Jurucakapnya berkata mereka tidak mempertikaikan langkah UTM mengemukakan permohonan kepada pemaju untuk membina asrama bagi menempatkan 2,000 penuntutnya di situ tetapi menyalahkan pemaju kerana melanggar syarat perjanjian asal.

Penduduk minta CF disegera 17/10/1993 BM
MUAR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diminta menyelesaikan masalah mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF) bagi projek Taman Seri Bahagia, Tanjung Agas di sini yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak projek itu, Jabar Ismail, berkata projek itu diambil alih oleh sebuah syarikat pemaju yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, dua tahun lalu untuk menyiapkannya menerusi Program Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai.

Pemaju didakwa tuntut bayaran lebih 18/10/1993 HM
KUALA LUMPUR: Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli rumah di Taman Impian Ehsan, Balakong dekat sini terbantut apabila pemaju meminta mereka membuat bayaran tambahan daripada harga asal rumah itu. Pasangan itu yang enggan nama mereka disiarkan mendakwa pemaju meminta bayaran tambahan sebanyak RM5,000 untuk sebuah rumah teres dua tingkat sedangkan harga yang tercatat di iklan ialah RM57,000 bagi pembeli Bumiputera.

Bayar hanya untuk ubah suai 18/10/1993 HM
KUALA LUMPUR: Pemaju Bina Satu Leasing Sdn Bhd menafikan syarikatnya mewajibkan bayaran tambahan terhadap orang ramai yang ingin membeli rumah di Taman Impian Ehsan, Balakong dekat sini. Pengurus Jualannya, Ahmad Shah, berkata bayaran tambahan itu hanya dikenakan terhadap pembeli yang ingin mengubahsuai rumah mereka.

Kolej runtuh: MDP panggil pemaju  20/10/1993 BHBy F K Tham; Nazli Hassan; David Khoo; Hassan Ismail; Noor Azmi
PETALING JAYA, Selasa - Pemaju Projek Bandar Utama di Damansara akan dipanggil untuk memberi keterangan terperinci kepada Jawatankuasa Siasatan Khas Majlis Daerah Petaling (MDP) berhubung kejadian bangunan enam tingkat yang runtuh di Damansara, hari ini. Setiausaha MDP, Mokhtar Ahmad, berkata pemaju berkenaan, Damansara Jaya Sdn Bhd, dan jurutera perundingnya akan diminta memberi penerangan mengenai pelan serta keseluruhan struktur projek itu kepada jawatankuasa penyiasat itu.

Lima maut, 13 cedera 20/10/1993 BH By M Thillinadan; Khalid Amin; Nadzim Ahmad Jamaluddin; Ismail Mat; Hizral Tazzif Hisham; Nurul Adlina Kamaluddin
PETALING JAYA, Selasa - Lima buruh binaan rakyat Indonesia mati manakala 13 cedera parah apabila sebahagian bangunan enam tingkat runtuh ketika dalam pembinaan di tapak projek perumahan Bandar Utama Damansara di sini hari ini. Bangunan separuh siap itu yang dipercayai Kampus Induk Kolej Bandar Utama runtuh di tingkat enam ketika kerja-kerja mengisi konkrit di tingkat itu dijalankan. Pekerja yang cedera termasuk dua rakyat tempatan.

JBA: Sijil CF perlu untuk bekalan 20/10/1993 HM
KUALA LUMPUR: Jabatan Bekalan Air (JBA) Selangor tidak akan meluluskan permohonan mendapatkan bekalan air selagi taman perumahan yang dibina belum mendapat Sijil Layak Menduduki (CF). Ini adalah peraturan yang ditetapkan dan sudah diketahui oleh semua pemaju perumahan di negeri ini, kata jurucakap JBA.

Dua bulan tiada bekalan air 20/10/1993 HM By Razali Zakaria
PUCHONG: Sijil Kelayakan (CF) belum diperolehi, tetapi pemaju sudah menyerahkan kunci rumah kepada pembeli. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada beratus-ratus pembeli apabila pemaju perumahan Fasa 5, Taman Puchong Perdana di sini, tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan sebaliknya mementingkan keuntungan semata-mata.

Ditanggal sebelum kering 21/10/1993 HM
PETALING JAYA: Tindakan menanggalkan rerangka sebelum simen kering sepenuhnya dipercayai menjadi punca sebahagian daripada sebuah blok bangunan kolej yang sedang dibina di Bandar Utama Damansara dekat sini, runtuh kelmarin. Kejadian itu berlaku ketika dua buah kren sedang mengangkut konkrit ke tingkat enam.

126 pembeli rumah minta ganti rugi  21/10/1993 BH
SEGAMAT, Rabu - Sebanyak 126 pembeli rumah kos rendah di Taman Perumahan Anggerik Desa, Pekan Gemas Baru, dekat sini mendesak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan campur tangan menyiasat serta mengambil tindakan segera ke atas pemaju projek itu berikutan banyak rumah retak. Mereka juga mendesak pemaju terbabit membayar ganti rugi untuk harga rumah berkenaan.

Pemberian hak milik dipercepat 22/10/1993 BH
KUALA LUMPUR, Khamis - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menubuhkan jawatankuasa bersama dengan Kementerian Tanah dan Koperasi untuk mempercepatkan pemberian hak milik strata kepada pemilik bangunan tinggi. Menterinya, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata pihak lain yang terbabit dalam jawatankuasa itu ialah wakil swasta berkaitan dengan perumahan dan kerajaan negeri.

Tak boleh ubah pelan asal 23/10/1993 HM By Zurina Waji
JOHOR BAHRU: Pemaju perumahan tidak boleh mengubah pelan asal projek yang sudah diiklankan kepada orang ramai, terutama jika syarat perjanjian antara pemaju dan pembeli sudah ditandatangani. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Harun, berkata pemaju tidak boleh berbuat demikian kecuali jika pelan asal belum diiklankan secara terbuka kepada orang ramai.

Urusan lemah, pembeli sukar dapat hak milik  23/10/1993 HM
KUALA LUMPUR: Kelemahan pentadbiran perbadanan pengurusan yang ditubuhkan untuk menyenggara bangunan tinggi dikenal pasti menjadi penyebab pembeli lot di bangunan berkenaan sukar mendapat hak milik strata. Lebih memburukkan keadaan apabila perbadanan itu menghadapi masalah atau gagal ditubuhkan oleh pembeli walaupun matlamatnya untuk kepentingan bersama.

Risau sambungan dinding renggang 25/10/1993 HM By Razali Zakaria
SHAH ALAM: Rumah berkembar dua tingkat yang didirikan secara pasang siap oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 19 di sini, mengancam keselamatan penghuninya. Ini kerana dindingnya dikatakan mula terpisah antara satu sama lain, terutama di bahagian dapur, sejak beberapa bulan lalu.
 

Special panel on abandoned project 30/10/1993 NST
MUAR, Fri. - The district development committee has set up a special team involving all relevant departments for an indepth study of an abandoned housing project at Jalan Bakri here. Deputy International Trade and Industry Minister Chua Jui Meng said Taman Sharifah, a project on a three-hectare site, was abandoned 14 years ago with only 67 of the proposed 134 houses erected.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.