This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

General News Reports
(1993)
Pages
01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12

More Pages: 1991 | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009

Air quality vital in property valuation 01/09/1993 NST
KUALA LUMPUR, Tues. - Valuers should start taking into consideration environmental quality besides prime location when deciding on price of properties. DOE senior officer Tengku Bakry Shah Tengku Johan said in an interview, a study by the Department of Environment based on its 1992 air quality analysis, showed that the capital city, while commanding the highest value for its land, is also the most polluted place to live in compared to other places in the Klang Valley.

Beli rumah: Syor nilai kualiti udara  01/09/1993 BH By Ebi Azly Abdullah
KUALA LUMPUR, Selasa - Bakal pembeli rumah di sekitar Lembah Klang sewajarnya menilai kualiti udara di kawasan pilihan mereka sebelum mengambil keputusan untuk berpindah ke situ. Walaupun nilai tanah di ibu kota adalah antara yang tertinggi di Malaysia, ia juga antara yang paling dicemari di Lembah Klang, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

1,114 gagal dapat rumah 06/09/1993 BH
GEORGETOWN, Jumaat - Sejumlah 1,114 orang pembeli di Pulau Pinang masih belum memper olehi rumah masing-masing kerana sembilan projek perumahan yang terbengkalai belum lagi dipulihkan. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nur Ashikin Othman, berkata ia berlaku kerana pemaju projek terbabit gagal menyiapkan projek bernilai RM199.6 juta itu.

Usah tanda tangan 06/09/1993 HM By Awie Mat
TAMPOI: Lebih 1,000 pembeli rumah Taman Puteri Wangsa di sini tidak perlu menandatangani sebarang perjanjian baru dengan pemaju perumahan, MBf Property Sdn Bhd (MBf), sehingga mahkamah membuat keputusan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak taman itu, Zainal Othman, berkata pihaknya sedang menunggu keputusan makhamah bulan depan untuk membolehkan perjanjian jual beli asal yang ditandatangani oleh pembeli dengan pemaju sebelum ini diiktiraf.

Dua beranak tipu pembeli rumah ditahan 07/09/1993 BH
JOHOR BAHRU, Isnin - Polis menahan dua beranak pada 30 Ogos lalu kerana dipercayai terbabit menggunakan dokumen dan pelan bangunan palsu untuk memperdayakan pembeli rumah kedai di Kota Tinggi dan Pasir Gudang dekat sini. Sekurang-kurangnya sembilan ahli perniagaan setakat ini dilaporkan menjadi mangsa penipuan dua beranak itu, membabitkan lebih RM100,000.

200 tidak dapat CF ... 07/09/1993 HMBy Rosli Abu Hasan
KUALA LUMPUR: Kegagalan menyiapkan longkang besar seperti yang disyaratkan dalam pelan asal perumahan oleh pemaju, Jaya Ternak Sdn Bhd, menyebabkan 200 pembeli rumah Fasa 1 Taman Pandan Mewah di sini, gagal mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF) walaupun rumah berkenaan siap sepenuhnya Januari lalu. Seorang pembeli, Noriah Abdul Talib, yang menyesali tindakan pemaju terbabit mendakwa kegagalan itu menyebabkan beliau tidak dapat menduduki rumah berkenaan yang dibeli pada 1990.

Pembeli rumah dakwa tertipu 07/09/1993 HM By Awie Mat
SKUDAI: Lebih 17,000 pembeli rumah dan rumah kedai Taman Sri Puteri di sini mendakwa ditipu oleh pemaju kerana kawasan perumahan itu tidak mempunyai jalan masuk. Yang Dipertua Komiti Sementara taman perumahan itu, Dr Wan Ali Wan Mat, berkata mengikut pelan yang terkandung dalam perjanjian jual beli, ada jalan masuk dari Lebuh Raya Johor Bahru-Senai ke taman berkenaan.

400 rumah sah tiada CF 17/09/1993 HM By Saniboey Mohd Ismail
SENAI: Kira-kira 400 unit rumah yang dibina oleh sebuah syarikat pemaju perumahan di Taman Senai Jaya di sini disahkan tidak mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CF) sejak ia dibina kira-kira dua tahun lalu. Ini bermakna penghuni rumah terbabit tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti kebakaran.

Pusat Giat Mara terbengkalai 10/09/1993  BH By Zulkofli Jamaludin
MUAR, Khamis - Pembinaan Pusat Giat Mara di tapak Industri Tanjung Agas di sini terbengkalai sejak lebih 10 tahun lalu kerana kontraktor gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual. Masalah itu menyebabkan matlamat Mara melatih pelatih Bumiputera di pusat berkenaan yang dijadualkan siap awal tahun ini tidak dapat diteruskan.

3 projek besar siap tahun depan 09/09/1993 BH
BUTTERWORTH, Rabu - Tiga projek pembangunan terbesar di Seberang Jaya dan Prai menelan belanja lebih RM24 juta dijangka siap pertengahan tahun depan. Projek itu ialah Kompleks Balai Bomba di Kawasan Perindustrian Prai, Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kompleks Balai Polis di Jalan Tun Hussin Onn yang sebelum ini terbengkalai.

Penilaian tender kurangkan projek sakit 19/09/1993 BM
KUALA TERENGGANU: Pengenalan sistem penilaian tender yang lebih ketat sejak 1991 dapat mengurangkan jumlah projek pembangunan kerajaan yang menghadapi masalah pembinaan atau disifatkan sebagai projek sakit. Timbalan Ketua Pengarah I, Jabatan Kerja Raya, Datuk Omar Ibrahim berkata, 34 peratus daripada 1,101 projek kerajaan pada tahun 1991 diklasifikasi sebagai projek sakit tetapi jumlahnya jatuh kepada 25 peratus tahun lalu.

PKNS mungkin wajibkan cukai tanah pangsapuri 20/09/1993 BH
KUALA LUMPUR, Ahad - Kira-kira 25,000 pembeli pangsapuri milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mungkin terpaksa membayar cukai tanah walaupun mereka belum diberi hak milik berasingan. PKNS kini sedang mengkaji kemungkinan mengenakan cukai itu kerana terpaksa membayar cukai tanah ke atas semua 120 lot kawasan pangsapuri yang dimajukannya sejak 1976.

Penduduk belum dapat CF 20/09/1993  BH
MUAR, Ahad - Seratus keluarga di Taman Garuda di sini, terpaksa membayar bil air di antara RM30 dan RM70 sebulan bagi bekalan air yang disalurkan dari rumah penghuni di Taman Tun Syed Nasir sejak menduduki rumah masing- masing setahun lalu. Pembeli rumah di taman itu tidak mendapat bekalan air kerana Majlis Daerah Muar Selatan (MDMS) belum mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) untuk membolehkan mereka memasuki rumah masing-masing.

Call for provision to protect house buyers 21/09/1993 BT
A PROVISION in the Housing Development Act must be introduced if house buyers are to receive adequate protection against unscrupulous housing developers, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Abu Hassan Omar. "There are on-going discussions on the matter with the Housing and Local Government Ministry and the Housing Developers Association of Malaysia because we have lately received many complaints from house buyers who were cheated by developers," he said. The ministry will also refer the matter to the local governments for their consideration.

Projek rumah murah Serom Empat terbiar  21/09/1993 BH
MUAR, Isnin - Lebih 90 peratus daripada rumah kos rendah di Serom Empat dekat sini belum diduduki walaupun sudah dilengkapi kemudahan asas, termasuk elektrik dan air sejak setahun lalu. Tinjauan Berita Harian mendapati hanya 11 keluarga menduduki rumah masing-masing yang siap sejak dua tahun lalu dan selebihnya enggan berpindah kerana tidak mampu membayar pinjaman bank kira-kira RM200 sebulan.

Ubah suai akta untuk lindung pembeli rumah 21/09/1993 HM
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mengatasi masalah pembeli rumah yang ditipu oleh pemaju perumahan. Menterinya, Datuk Abu Hassan Omar, berkata satu akta mungkin perlu bagi melindungi pembeli rumah.

Kewangan punca projek gagal 23/09/1993 BH By Salmi Yusof
ALOR STAR, Rabu - Kira-kira 40 peratus daripada projek perumahan yang diluluskan di negeri ini sejak tujuh tahun lalu belum siap. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Abdul Rahman Ibrahim, berkata kajian awal mendapati masalah kewangan menjadi punca utama kebanyakan pemaju gagal menyiapkan projek mengikut jadual.

Pemaju tidak tepati janji! 25/09/1993 HM By Rosli Abu Hasan
KUALA LUMPUR: Tiga puluh sembilan keluarga setinggan di Kampung Selamat, Hulu Klang, yang masih belum mendapat lot tapak rumah yang dijanjikan oleh sebuah syarikat pemaju ketika mengambil alih tanah mereka, menghadapi kemungkinan diusir pada bila-bila masa sahaja. Pemaju berkenaan dikatakan berjanji akan memberi setiap keluarga setinggan yang terbabit satu lot tapak rumah, wang perpindahan RM2,100 dan sewa lori ketika berpindah, tetapi sehingga kini masih ada penduduk yang belum mendapatnya.

Project under probe 27/09/1993 MM
A RM5.7 million Seri Segambut housing project is under investigation after its two developers accepted bookings from buyers although one has no licence and the other's licence expired two years ago. The developer with the expired licence started the project but later went into a joint venture with the unlicensed developer.

Green development' ruling 27/09/1993 NST
KAJANG, Sun. - The Cabinet has approved a ruling requiring developers to submit maps to the Housing and Local Government Ministry detailing the topography of project sites to prevent indiscriminate felling of trees and to protect water resources. Housing and Local Government Minister Datuk Ting Chew Peh said today the maps would help towards minimising the impact of construction on the environment.

Pemaju perlu sedia peta khas 27/09/1993 BH By Faizal Fadzil
KAJANG, Ahad - Kabinet mengarahkan pemaju yang mahu melaksanakan projek pembangunan menyediakan peta khas kawasan yang dibangunkan untuk memudahkan pemeriksaan penebangan hutan berlebihan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkatadalam mesyuarat dua minggu lalu, Kabinet memutuskan semua pemaju perumahan menyediakan peta khas kawasan pembangunan yang dilukis di atas kertas surih.

Kesal sikap sambil lewa pemaju 28/09/1993 HM
KUALA LUMPUR: Penduduk Blok A12, Seksyen 10 Wangsa Maju, kesal dengan sikap sambil lewa pemaju terhadap kerja menyenggara sistem pembentungan di kawasan mereka. Mereka mendakwa masih tertanya-tanya pihak manakah yang bertanggungjawab terhadap tugas itu, sama ada masih lagi di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau sudah diserahkan sepenuhnya kepada pemaju, Projek Genting Klang (PGK).

Beli rumah: Usaha elak penipuan 29/09/1993 BH By Lichong Angkui
KUALA LUMPUR, Selasa - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju perumahan yang mengutip wang pendahuluan daripada pembeli sebelum perjanjian jual beli ditandatangani. Menterinya, Datuk Dr Ting Chiew Peh, berkata banyak kes seumpamanya dilaporkan di seluruh negara sejak akhir-akhir ini dan sebahagian pemaju sudah dikenakan tindakan undang-undang.

Rumah: Banyak pemaju elak peraturan  29/09/1993 BH
BUTTERWORTH, Selasa - Banyak pemaju enggan membina lebih daripada 149 rumah bagi projek di kawasan perbandaran Seberang Prai kerana ingin mengelakkan peraturan mengenainya. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Zakaria Bakar, berkata MPSP kurang senang dengan perkembangan itu dan akan menyiasat bagi memastikan pemaju membina rumah murah mengikut jumlah yang ditetapkan.

547 keluarga dapat rumah percuma 30/09/1993BH By Khalid Amin
SHAH ALAM, Rabu - Sebanyak 547 keluarga yang tinggal di rumah murah Seksyen 16 di sini, akan menerima rumah baru secara percuma bagi menggantikan rumah mereka yang tidak selamat didiami kerana tanah mendap. Pegawai Perhubungan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Wazir Abdul Ghani, berkata perbadanan itu bersetuju membina 547 unit rumah bagi membolehkan penduduk terbabit berpindah ke kawasan lebih selamat di Seksyen 20.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.