This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  


General News Reports
(1992)

Pages
01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12

More Pages: 1991 | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009

Pangsapuri Malek Noor retak 05/10/1992 HM
KUALA LUMPUR: Malek Noor ketuai bantahan! Penduduk pangsapuri Delima, Desa Pandan di sini termasuk ahli bina badan negara, Malek Noor, mendakwa pemaju tidak mempedulikan sebarang kerosakan atau keperluan di pangsapuri itu sejak dibina, tiga tahun lalu.

Pembeli, pemaju taman industri bertemu esok 05/10/1992 BH
KUALA LUMPUR, Ahad - Pertemuan di antara pembeli dan pemaju Taman Perindustrian Utama Bukit Raja Klang bagi menyelesaikan masalah infrastruktur akan diadakan Selasa ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Negeri Selangor, Datuk Saidin Thamby, kerajaan negeri akan menjadi orang tengah dalam pertemuan di Tingkat 15, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam itu.

Projek tidak lulus tanpa taman rekreasi 06/10/1992 BH
KUALA LUMPUR, Isnin - Kerajaan tidak akan meluluskan permohonan projek perumahan sekiranya kontraktor atau pemaju terbabit gagal mematuhi syarat iaitu tidak menyediakan taman rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata berikutan itu kementerian mengarahkan kerajaan negeri dan penguasa tempatan di seluruh negara memastikan setiap projek perumahan baru dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan asas termasuk taman rekreasi

Hanya 20 projek 08/10/1992  HM
JOHOR BAHRU: Hanya 33 peratus atau 20 daripada 60 projek perumahan terbengkalai di negeri ini sudah menerima Sijil Kelayakan Menduduki (CF) hingga akhir Jun lalu. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata kebanyakan projek perumahan yang terbengkalai itu berpunca daripada kemelesetan ekonomi negara pada awal tahun 1980-an.

MB lawat kawasan perumahan terbengkalai 08/10/1992 HM
BERTEMU RAKYAT...Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (gambar) melawat ke kawasan perumahan Taman Puteri Wangsa di Ulu Tiram yang terbengkalai sejak lebih lapan tahun. Beliau diiringi beberapa exco kerajaan negeri dan pegawai kanan syarikat swasta yang akan membangunkan semula projek berkenaan.

MBf takes over abandoned JB housing project 08/10/1992 BT
THE MBf Group yesterday announced that it will take over the management of Taman Puteri Wangsa, a housing development abandoned more than six years ago in Hulu Tiram near Johor Baru, in a bid to review and complete the project. MBf Holdings Bhd's chief executive officer, Tan Sri Loy Hean Heong, commented that the group was looking at completing more than 8,000 units of mixed development.

MBf ambil alih Puteri Wangsa 08/10/1992 BH
MBf Holdings Berhad (MBf), mengumumkan akan mengambil alih pengurusan Taman Puteri Wangsa, projek perumahan yang terbengkalai sejak lebih enam tahun lalu di Hulu Tiram, dekat Johor Bahru dalam usaha meneruskan projek itu. Sehubungan itu, MBf akan membiayai kira-kira $600 juta untuk kos memajukan taman itu terletak di kawasan kira-kira 360 hektar berhampiran Tebrau.

Hanya 20 projek 08/10/1992  HM
JOHOR BAHRU: Hanya 33 peratus atau 20 daripada 60 projek perumahan terbengkalai di negeri ini sudah menerima Sijil Kelayakan Menduduki (CF) hingga akhir Jun lalu. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata kebanyakan projek perumahan yang terbengkalai itu berpunca daripada kemelesetan ekonomi negara pada awal tahun 1980-an.

Denda jika pemaju abai projek 09/10/1992 BH
JOHOR BAHRU, Khamis - Kerajaan negeri akan menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan pemaju yang melengahkan projek perumahan serta gagal menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata tindakan itu yang membabitkan senarai pemegang saham projek itu, perlu kerana ramai pemaju memberi pelbagai alasan walaupun pihak berkuasa mengeluarkan surat amaran.

MBf tolong atasi masalah 09/10/1992  BH
MBf Holdings Berhad (MBf) akan terus membantu kerajaan memulihkan projek perumahan terbengkalai sesuai dengan motonya, `Keuntungan Bersama Tanggungjawab Sosial'.

Appeal to revoke eviction notices 09/10/1992 NST
DISTRAUGHT residents of Taman Gemilang in Cheras, who have expressed dissatisfaction with their housing developer for allegedly delivering sub-standard houses, are appealing to City Hall to revoke its eviction notices. They urge City Hall to take stern action against the developer, Antah Development & Construction Sdn Bhd, for allegedly using substandard building material and for the lack of infrastructure.

Tak ada air sejak dua tahun 09/10/1992 HM
SENAI: Kira-kira 300 dari 350 pembeli rumah fasa dua dan tiga Taman Aman di sini tidak mempunyai bekalan air sejak menduduki rumah berkenaan dua tahun lalu kerana Majlis Daerah Kulai (MDK) belum mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF). Sehingga ini, hanya 50 rumah di kawasan itu menerima bekalan air manakala 300 lagi belum menikmati kemudahan itu walaupun sudah hampir dua tahun menerima kunci rumah daripada pemaju.

BPR tahan eksekutif jualan 10/10/1992 BH
KUALA LUMPUR, Jumaat - Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang eksekutif jualan sebuah syarikat pemaju perumahan kerana dipercayai mengambil wang sogokan $6,000 di pejabat syarikat itu di Jalan Klang Lama di sini, semalam. Sumber BPR berkata, selepas menerima maklumat mengenai kegiatan lelaki itu sepasukan pegawai BPR Wilayah Persekutuan `memasang perangkap' dan membuat intipan di pejabat itu.

Tiada paksaan ikut sistem `bina dan jual' 12/10/1992 BH
IPOH, Ahad - Kerajaan tidak akan memaksa pemaju perumahan melaksanakan projek mengikut sistem `bina dan jual' kerana bimbang pemaju hilang minat membina rumah secara besar-besaran. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata sistem itu sememangnya mampu menggelakkan pembeli ditipu oleh segelintir pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Pemaju patut tunggu dulu 13/10/1992 HM
JOHOR BAHRU: Pemaju perumahan Taman Aman, Senai dekat sini perlu membina tangki air bagi membolehkan Jabatan Bekalan Air (JBA) menyalurkan bekalan air ke fasa dua dan tiga projek perumahan itu. Jurucakap JBA Johor berkata pemaju juga sepatutnya menunggu Majlis Daerah Kulai (MDK) mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) sebelum menyerahkan kunci rumah kepada pembeli.

Desak diadakan tiga kemudahan 13/10/1992 HM
JOHOR BAHRU: Lebih 1,400 penduduk di Taman Kemas, di sini, mendesak pemaju perumahan itu supaya menyediakan surau, balai raya dan taman permainan kanak-kanak. Menurut mereka, kemudahan itu masih belum disediakan sejak penduduk berpindah ke taman berkenaan, dua tahun lalu. 

Tidak mahu bayar 13/10/1992 HM
JOHOR BAHRU: Lebih 400 penghuni Flet Taman Perling di Jalan Camar 14 dekat sini enggan membayar kos penyelenggaraan tahunan yang dikenakan oleh pemaju kawasan perumahan terbabit kerana tidak puas hati dengan perkhidmatan pungutan sampah. Tinjauan Harian Metro di kawasan rumah pangsa itu mendapati, sampah bertaburan di beberapa tempat berikutan kakitangan syarikat kontrak mengangkut sampah yang dilantik oleh pemaju perumahan itu dipercayai tidak menjalankan tugas dengan sempurna.

Tindakan cemar HDA 14/10/1992 BH 
KOTA BHARU, Selasa - Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia (HDA) cawangan Kelantan akan mengambil tindakan terhadap ahlinya yang mencemar nama persatuan. Pengerusinya, Mohd Zaid Nik Taib, berkata langkah itu perlu bagi memastikan matlamat membantu kerajaan menyediakan tempat kediaman yang mampu dimiliki tidak tergendala.

21 projek hartanah hadapi masalah 15/10/1992 BH
DUA puluh satu projek hartanah mewah di seluruh negara bernilai $3.5 bilion menghadapi ketidaktentuan untuk diteruskan pembinaannya berikutan garis panduan yang dikatakan kurang jelas dan ketat oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC). Pengarah Eksekutif Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia (HDA), Yin Ee Kok, mendakwa daripada jumlah itu, 12 projek yang membabitkan kondominium bernilai $636 juta mungkin tidak diteruskan seperti dijadualkan walaupun ia sudah dilancarkan kerana bimbang tidak mendapat sambutan terutama daripada pembeli asing.

Bayar cukai lebih 15/10/1992 HM
JOHOR BAHRU: Kira-kira 300 pembeli rumah kos rendah di Bandar Baru Permas Jaya, Masai dekat sini, mendakwa pemaju memungut cukai harta lebih daripada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB). Wakil pembeli, Alaodin Hameed, berkata mereka terpaksa membayar tiga penggal cukai harta yang ditetapkan oleh MPJB kepada pemaju sebelum kunci rumah diserahkan.

Pemaju tipu pembeli rumah 15/10/1992 HM 
MUAR: Pemaju tipu pembeli rumah melalui perjanjian yang mengelirukan. Dalam perjanjian yang ditandatangani dengan bank, mereka bukan dikatakan peminjam tetapi hanya sebagai penjamin yang terpaksa membayar pinjaman untuk pemaju.

14 rumah di Kg Baru terancam 16/10/1992 HM
KUALA LUMPUR: Empat belas rumah penduduk di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru yang terletak di tebing Sungai Gombak, menghadapi bahaya keretakan disebabkan kerja-kerja memasang cerucuk besi oleh sebuah syarikat pemaju sejak dua minggu lalu. Tinjauan Harian Metro mendapati kerja-kerja menanam cerucuk itu menyebabkan gegaran yang boleh dirasakan sejauh 50 meter dan didakwa menyebabkan beberapa rumah retak.

Tolong kami dapatkan hak milik rumah! 16/10/1992 HM
MUAR: Perlukan bantuan untuk dapat hak milik rumah. Pembeli rumah pangsa Wisma Mas Raya di Jalan Khalidi di sini, meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membantu mereka menyelesaikan masalah itu.

Anxious to move into new home 17/10/1992 MM
LIM, who bought an apartment at Sentul Park in Sentul, wonders why it is still not ready although it was reported to have been completed last December. "I have called the developer many times since early this year. Although they promised to give us the keys in June, they have still not done so," she says.

539 hakmilik strata didaftar 17/10/1992 BH
LIMA ratus tiga puluh sembilan hakmilik strata membabitkan 13 skim bangunan bertingkat di daerah Petaling sudah didaftarkan mengikut Akta Strata 1985. Timbalan Menteri Besar, Datuk Abu Sujak Mahmud, berkata Pejabat Ukur juga sehingga 15 September lalu sudah meluluskan permohonan 42 skim dan bakinya sedang diproses.

539 hakmilik strata didaftar 17/10/1992 BH
LIMA ratus tiga puluh sembilan hakmilik strata membabitkan 13 skim bangunan bertingkat di daerah Petaling sudah didaftarkan mengikut Akta Strata 1985. Timbalan Menteri Besar, Datuk Abu Sujak Mahmud, berkata Pejabat Ukur juga sehingga 15 September lalu sudah meluluskan permohonan 42 skim dan bakinya sedang diproses.

Siap lebih awal 18/10/1992 BM 
KUALA LUMPUR: Taman Bukit Indah, Ampang mencatat sejarah apabila pemajunya, Syarikat Kemajuan Jerai Sdn Bhd berjaya menyiapkan pembinaan rumah teres dua tingkat jenis Impian dan Kayangan (Fasa 1), lapan bulan lebih awal daripada yang dijadualkan. Jika mengikut surat perjanjian jual-beli, pemaju mesti menyiapkan rumah yang dibina dalam masa dua tahun, tetapi Syarikat Kemajuan Jerai berjaya menyiapkan 626 unit rumah jenis berkenaan dalam masa 16 bulan saja.

Guidelines on property need to be enforced 19/10/1992 NST By Shaik Osman Majid
DEVELOPERS are businessmen. They are wont to make as much money as they can in each project. And so they concentrate on development that generates the highest return. Which in the Klang Valley and in cities like Ipoh and Penang is high-rise condominiums, the housing favoured by expatriates and the managers of foreign investment. In the past developers had no problems in obtaining approvals to build high-rise residential units in small sites in the middle of residential areas.

40 projek perumahan terbengkalai 20/10/1992  HM
JOHOR BAHRU: Sebanyak 40 projek perumahan di negeri ini masih terbengkalai. Malah, ada di antara projek terbabit terbengkalai sejak 10 tahun lalu kerana pemaju menghadapi pelbagai masalah, terutama kewangan.

Squatters `block' way to new flats 20/10/1992 NST
TWO blocks of apartments have been left idle for about 10 months as the developers wait for City Hall to evict eight squatter families whose homes are on road reserve. The authority cannot issue the certificates of fitness for the buildings as Metropole Development Sdn Bhd cannot build the road to link the project to Jalan Sentul.

40 projek perumahan terbengkalai 20/10/1992  HM
JOHOR BAHRU: Sebanyak 40 projek perumahan di negeri ini masih terbengkalai. Malah, ada di antara projek terbabit terbengkalai sejak 10 tahun lalu kerana pemaju menghadapi pelbagai masalah, terutama kewangan.

A dream come true for house owner 21/02/1992 MM
* DREAMS of finally moving into his own house by the end of the year may just remain a dream for Owner of Sungei Besi. Owner, who bought one of the Asiaville houses in Bukit Antarabangsa, was very pleased when he received the temporary Certificate of Fitness for his house on Sept 13.

Pembeli dalam dilema 24/10/1992 BH
KAMPAR, Jumaat - Seramai 21 kakitangan awam yang membeli rumah di satu projek perumahan di sini kini dalam dilema kerana gaji mereka terus dipotong oleh Perbendaharaan walaupun projek itu terbengkalai sejak enam tahun lalu. Jurucakap mereka, Mohd Haniff Mohd Saad, berkata pelbagai pihak, termasuk Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan sudah ditemui bagi membantu mengatasi masalah itu, tetapi tidak berhasil.

Penduduk kesal pemaju gagal salur air 26/10/1992 BH
KUALA KETIL, Ahad - Penduduk fasa I Taman Melati dekat sini, kesal dengan sikap pemaju yang gagal menyalurkan bekalan air paip kepada 48 keluarga di situ sejak enam bulan lalu. Jurucakap penduduk berkata, pemaju itu, Lim & Co, berjanji membekalkan air paip kepada taman itu dalam masa dua minggu selepas tarikh menduduki rumah.

Pemaju janji siap kerja 27/10/1992 BH
SHAH ALAM, Isnin - Pemaju Taman Perindustrian Utama Bukit Raja dekat sini, Maxharta Sdn Bhd, berjanji akan menyiapkan infrastruktur di taman itu, seperti yang terkandung dalam perjanjian jual beli di antaranya dan pembeli. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Selangor, Datuk Saidin Tamby, berkata janji itu dibuat dalam pertemuan Maxharta dengan pembeli, 6 Oktober lalu, yang turut membincang kelewatan menyerahkan tapak projek kepada pembeli.

No CFs until developer puts up bank guarantee 29/10/1992 MM
NEARLY 1,000 USJ Subang Jaya house buyers will not get temporary certificates of fitness (TCF) for their homes until the developer, Sime- UEP Development, puts up a bank guarantee for $3 million. The 916 houses in various phases, will not get full CFs until the developer has completed the construction of Jalan Hicom-Puchong.

Late CFs threat on `outside' architect 30/10/1992 MM
THE Petaling District Council yesterday warned housebuyers that the certificates of fitness (CFs) for their homes will be issued late if they engage `outside' architects or draughtsmen for renovation works. Council secretary Mokhtar Ahmad said if housebuyers want to renovate their homes, they have to use the services of the developers' architects.

Mangsa pemaju 31/10/1992  HM
KLANG: Sudah bayar lebih $50,000 tapi rumah belum boleh diduduki. Itulah masalah yang dihadapi oleh seorang pembeli rumah teres di Taman Nakhoda Yusuf di sini, Shafie Nani, apabila projek perumahan itu gagal disiapkan walaupun pembinaannya bermula lebih 14 tahun lalu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.