This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

3 projek rumah terbengkalai
28/07/2006 Berita Harian Oleh Misiah Taib
 

Pembinaan Kondominium Eksplonade, Taman Dimensi, 16 rumah kedai hadapi masalah rakan kongsi

 

Melaka: Hanya tiga projek perumahan terbengkalai di negeri ini pada masa ini iaitu jumlah paling sedikit berbanding negeri lain di seluruh negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan, Datuk Wira Poh Ah Tiam.

 

Tiga projek berkenaan kata beliau ialah Kondominium Eksplonade, projek Taman Dimensi dan projek pembinaan 16 rumah kedai di Batu Berendam.

 

Beliau berkata, bagi projek Taman Dimensi membabitkan empat blok pangsapuri 96 unit, ia sudah terbengkalai selama 8 tahun kerana pemajunya dari Singapure menghadapi masalah.

 

"Tuan punya projek itu dari Singapura dan mereka ada masalah di kalangan rakan kongsi. Memang kita ada cadangan hendak mengambilalih dan gunakan untuk menempatkan pelajar atau guru yang mengajar di Intekma yang terletak berhampiran, tapi tiada yang berminat.

 

"Tidak ada siapa berminat membeli pangsapuri di situ. Kalau nak dijual kepada penduduk kampung pun agak sukar kerana di situ banyak projek perumahan yang boleh dibeli dengan harga lebih murah dan berpatutan," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Wahab Abdul Latip (BN-Rembia) pada hari kedua dan terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin.

 

Mengenai peranan yang dimainkan Lembaga Perumahan Melaka dalam menyelesaikan projek perumahan terbengkalai, Poh berkata, lapan mekanisme diambil kira iaitu:

  • Mengenal pasti projek-projek terbengkali yang belum dipulihankan.

  • Mengadakan perbincangan dengan pemaju projek, Jabatan Insolvensi dan pembeli-pembeli.

  • Memantau projek terbengkalai melalui mesyuarat dan mengambil tindakan mengikut keputusan mesyuarat.

  • Mencari pemaju yang sesuai untuk memulihkan projek.

  • Mengadakan mesyuarat bersama pemaju untuk menyelesaikan masalah projek.

  • Mencari jalan penyelesaian terhadap projek-projek terbengkalai dan memastikan projek berjalan mengikut spesifikasi yang ditentukan.

  • Membuat lawatan tapak projek dan menyediakan laporan yang berkaitan dengan projek-projek terbengkali dari semasa kesemasa.

  • Memantau perjalanan projek

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.