This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju teruskan projek
Harian Metro 6/5/2006

PUTRAJAYA: Pemaju projek rumah terbengkalai di Bandar Pinggiran Cyber di sini, diminta meneruskan semula pembinaan 404 unit rumah yang sepatutnya siap 26 Mei 2005.

Keputusan sebulat suara itu dicapai selepas semua pihak yang terbabit mengadakan mesyuarat di pejabat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di Shah Alam, kelmarin.

Bagaimanapun, pemaju perumahan, Perspektif Perkasa Sdn Bhd (PPSB) meminta tempoh dua minggu untuk mengemukakan maklum balas berhubung perkara itu termasuk cadangan membina kemudahan infrastruktur di kawasan itu.

Pengarah Eksekutif LPHS, Datin Paduka Alina Ahmad, berkata pemaju memberikan alasan punca projek itu gagal disiapkan ialah disebabkan kos pembinaan infrastruktur yang tinggi.

Beliau berkata, pemaju tidak mampu menanggung kos awal bagi pembinaan jalan raya keluar dan masuk ke kawasan perumahan itu, pembinaan jambatan sehingga RM60 juta dan beberapa kemudahan lain.

Katanya, pihaknya juga mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit dalam aspek teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium (IWK) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

“Kita akan berbincang dengan semua yang terbabit bagaimana mahu membantu pemaju meneruskan projek pada kos yang minimum tetapi masih mengekalkan kualiti pembinaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Mesyuarat kelmarin itu dipengerusikan Alina dan dihadiri wakil syarikat pemaju perumahan, Yang Dipertua MPS, wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, wakil bank dan pembeli yang terbabit.

Alina berkata, wakil pembeli yang hadir dalam mesyuarat itu mahu rumah disiapkan kerana daripada 404 unit yang dibina, kira-kira 300 unit sudah dibeli.

Ini kerana, hampir 80 peratus pembeli adalah kaum Bumiputera dan kebanyakannya adalah pegawai kerajaan yang berkhidmat di Putrajaya.

Katanya, selepas tempoh dua minggu diberikan, pihak pemaju akan mengadakan pertemuan dengannya bagi membentangkan cadangan pembinaan infrastruktur pada harga yang mampu mereka tanggung.

Bagaimanapun, jika pihak yang terbabit dalam aspek teknikal tidak boleh memberikan harga yang mampu ditanggung, pemaju akan mengemukakan pilihan lain.

Pemaju terbabit mengutarakan tiga cadangan berhubung projek itu, iaitu PPSB dalam proses menjual dan menguruskan butiran teknikal jualan dan dalam peringkat akhir penjualan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.