This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Nasib 404 pembeli rumah terbengkalai diketahui 3 Mei
Harian Metro 29/4/2006

PUTRAJAYA: Nasib 404 pembeli rumah terbengkalai di Bandar Pinggiran Cyber di sini, akan diketahui selepas satu mesyuarat membabitkan semua pihak diadakan di pejabat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) pada 3 Mei depan.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan Pengarah Eksekutif LPHS, Datin Paduka Alina Ahmad, dijangka dihadiri wakil syarikat pemaju perumahan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS), wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, wakil bank dan pembeli yang terbabit.

Alina ketika dihubungi Harian Metro berkata, pihaknya akan mendengar masalah dihadapi kedua-dua pihak iaitu pembeli dan pemaju perumahan iaitu Perspektif Perkasa Sdn Bhd (PPSB) dalam pertemuan pertama itu.

Beliau berkata, surat juga sudah dihantar kepada syarikat pemaju untuk menghantar wakil dan wakil pembeli untuk menghadiri mesyuarat itu.

Katanya, pemaju terbabit turut mengutarakan tiga cadangan berhubung projek itu iaitu PPSB adalah dalam proses menjual dan menguruskan butiran teknikal jualan dan dalam peringkat akhir penjualan.

Cadangan kedua ialah pihak pemaju bercadang memulangkan wang kepada semua pembeli selepas tanah dijual manakala cadangan ketiga ialah meneruskan pembinaannya, menyiapkan dan menjual semula selepas siap dibina.

Katanya ketiga-tiga cadangan itu masih dipertimbangkan LPHS dan MPS serta diputuskan dalam mesyuarat yang akan diadakan kelak.

"Kita akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi pembeli dan berharap pemaju meneruskan pembinaan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.