This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

SPNB ambil alih dua projek terbengkalai
BH 12/8/2005

SEREMBAN: Dua projek perumahan di negeri ini yang terbengkalai sejak lebih 20 tahun lalu, iaitu Taman Pelangi di Sikamat dan Taman Senawang Jaya Fasa 2C, Senawang, dekat sini akan diambil alih Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Kerja membaik pulih kedua-dua projek perumahan itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat selepas segala rundingan dan urusan berkaitan antara kerajaan negeri dan SPNB diselesaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata segala kos termasuk kos penyelenggaraan membaik pulih kedua-dua projek itu akan ditanggung oleh SPNB dan kerajaan.

"Kita berharap keputusan menyerahkan kerja membaik pulih kedua-dua projek itu kepada SPNB mampu menyelesaikan projek perumahan yang terbengkalai lebih 20 tahun itu.

"Keputusan ini juga diharap dapat membantu pembeli kedua-dua projek perumahan itu daripada menanggung kerugian lebih banyak," katanya selepas majlis penyerahan kunci kepada penyewa Rumah Pangsa Paroi, dekat sini.

Rumah pangsa 390 unit itu dibangunkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Yayasan Perumahan Negara untuk setinggan dari sekitar daerah ini.

Mohamad berkata, kerajaan negeri menerusi Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) sedang mengumpul maklumat mengenai semua projek perumahan terbengkalai di negeri ini untuk dimajukan semula oleh pemaju baru atau SPNB.

Katanya, pengumpulan maklumat itu penting bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti projek yang sudah lama terbengkalai untuk diberi keutamaan dalam kerja-kerja membaik pulih.

"Kerajaan memerlukan kerjasama pemaju dan pembeli untuk menyelesaikan masalah projek  terbengkalai.

"Ada pemaju memberi alasan kekurangan tenaga kerja, selain masalah kewangan dan pengurusan sebagai punca projek perumahan kendalian mereka tertangguh hingga memberi kesan kepada ramai pembeli," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.