This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbengkalai pemaju diserbu
Utusan Malaysia 23/6/2005

PETALING JAYA 22 Jun - Kira-kira 100 wakil pembeli rumah Bandar Alam Perdana di Shah Alam 2 di sini 'menyerbu' pejabat pemaju bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai status projek rumah mereka yang terbengkalai sejak 2002.

Rombongan pembeli diketuai Pengerusi Penaja Persatuan Pembeli Alam Perdana, Mohd. Jais Abd. Rashid setelah menerima desakan pembeli yang sudah jemu dengan pelbagai alasan dan sikap berdolak-dalik pemaju.

"Rumah impian kami yang dijanjikan siap sepenuhnya sedangkan kami terpaksa menanggung dan membayar hutang bank yang tinggi setiap bulan.

"Kami telah banyak kali menghubungi pemaju namun jawapan mereka amat menghampakan dengan pelbagai alasan yang menyakitkan hati dan bukan lagi janji manis seperti sebelum kami membeli rumah dulu.

"Jadi, kami datang beramai-ramai ke pejabat pemaju bagi mendapatkan kedudukan sebenar mengenai projek berkenaan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil pemaju yang juga Pengerusi Eksekutif Syarikat Prima Utilities Berhad, Datuk Nik Ezar Nik Bolia.

Dalam memorandum itu, mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan pemaju yang gagal menyiapkan rumah sepenuhnya sehingga lewat tiga tahun.

Pembeli juga memberi amaran keras kepada pemaju untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya pemaju gagal menyambung kerja-kerja menyiapkan rumah di Bandar Alam Perdana.

Pada perkembangan yang sama, menurut Mohd. Jais, pihaknya mewakili kira-kira 1,000 pembeli teraniaya.

Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh sebulan kepada pemaju bagi mencari kata pemutus mengenai projek perumahan terbengkalai.

Sementara itu, Nik Ezar pada sidang akhbar memberitahu, pemaju menyedari masalah projek terbengakali dan kekecewaan dialami pembeli sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, projek rumah berkenaan terbengkalai berpunca daripada masalah kekurangan wang dan kontraktor bagi meneruskan projek oleh pemaju.

"Saya merupakan pengerusi yang baru dilantik dan akan cuba sedaya-upaya menyelesaikan masalah ini dengan membawanya ke mesyuarat lembaga pengarah tidak lama lagi," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga tertarik dengan cadangan daripada pembeli supaya pemaju membeli balik kesemua rumah terbengkalai sebelum menjualnya semula.

"Ia satu cadangan penyelesaian yang menarik kerana kawasan Alam Shah 2 akan membangun pesat dalam tempoh lima tahun lagi dan saya akan membawanya ke mesyuarat tidak lama lagi," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.