This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

RM200j majukan Bayan Bay

 07/10/2005 Utusan


PETALING JAYA 6 Okt. - Pemaju hartanah, Kumpulan CP, telah melaburkan sebanyak RM200 juta bagi membangunkan semula projek Bayan Bay di Pulau Pinang yang terbengkalai semasa krisis ekonomi tahun 1998.

Projek yang sebelum ini dimajukan oleh Bayan Bay Development Sdn. Bhd (BBD) diteruskan pembinaannya dengan nama baru, Queensbay.

Queensbay, projek seluas 73 hektar yang terletak di pesisir pantai bertentangan Pulau Jerjak di Pulau Pinang merangkumi kawasan perniagaan, kompleks membeli-belah dan kediaman mewah.

Pengerusi Kumpulan CP, Tan Chew Piau berkata, Kumpulan CP memeterai perjanjian mengambil alih Bayan Bay pada Julai 2003 kerana lokasinya yang strategik.

``Selain lokasi, saya yakin rakyat Pulau Pinang sendiri inginkan gaya hidup berkualiti tinggi melalui kawasan kejiranan yang serba lengkap.

``Saya juga yakin dengan prospek ekonomi Pulau Pinang untuk jangka masa panjang,'' katanya selepas majlis pelancaran Queensbay Mall di Hotel Eastin di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, Kumpulan CP yang diwakili anak syarikatnya, CP Mall Sdn. Bhd. turut menandatangani perjanjian dengan pemilik pasar raya Jusco, AEON Co. (M) Bhd.

Pasar raya Jusco akan menjadi penyewa utama Queensbay Mall dengan keluasan melebihi 22,950 meter persegi.

Turut hadir menyaksikan upacara itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Projek Queensbay dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2007 manakala pusat beli belah itu akan mula beroperasi pada akhir tahun depan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.