This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah Taman Wawasan terbengkalai 4 tahun
27/09/2004 Harian Metro

SAYA membeli rumah di Taman Wawasan, Kulai, dengan harga RM50,000 pada awal 2001 lalu.

Namun, rumah itu sehingga ini terbengkalai kerana pemaju gagal menyiapkan mengikut perjanjian jual beli ditandatangani pembeli sebelum ini.

Bukan itu saja, pembeli juga tidak pernah memaklumkan sebarang maklumat mengenai rumah berkenaan sekalipun sebab kegagalan mereka menyiapkannya dalam jangka masa ditetapkan.

Kami dibiarkan terus menunggu oleh pemaju itu termasuk pihak peguam yang bertanggungjawab juga dilihat tidak mampu berbuat sesuatu untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

Bayangkan, hampir empat tahun rumah itu dibina tapi tidak siap lagi sedangkan wang pendahuluan dan bayaran peguam sudah lama diselesaikan.

Pinjaman kerajaan yang dibuat pembeli sudah diluluskan dan pembayaran kepada pemaju, difahamkan berjalan lancar pada setiap bulan.

Saya memohon kepada pihak berkenaan supaya dapat melakukan penyiasatan segera.

Saya berharap, pihak berkuasa dapat membantu menangani masalah kami ini termasuk menuntut ganti rugi atau pampasan daripada pemaju disebabkan kegagalan mereka menyiapkan rumah.

Tolong jangan biarkan kami teraniaya, sedangkan pemaju terbabit dengan mudah mengaut keuntungan besar.

PEGANG PADA JANJI,
Johor Bahru

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.