This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju menghilang selepas kutip bayaran 10 peratus
04/09/2004 Berita Harian, Jamal Nasir Haron, Johor Bahru

SEJAK akhir-akhir ini isu projek perumahan terbengkalai timbul semula.

Yang menjadi mangsa adalah pembeli yang berkehendakkan sebuah kediaman yang agak selesa, terutama setelah dibuai dan disogokkan dengan pelbagai promosi yang hebat oleh pemaju yang akhirnya terbukti ibarat `lintah darat'.

Satu projek terbabit adalah di Bandar Bukit Bayu, Masai, Johor. Projek perumahan ini diusahakan oleh sebuah yang beribu pejabat di Shah Alam, Selangor.

Saya seorang pembeli rumah yang terbengkalai itu setelah melunaskan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah pada 2 Mei 2001. Tempoh yang dijanjikan siap ialah 24 bulan selepas tarikh perjanjian jual beli dimeterai.

Sepatutnya rumah saya siap pada 2 Mei 2003. Banyak usaha telah saya lakukan bagi mendapatkan kembali wang pendahuluan itu termasuk membuat aduan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan di Pejabat Perumahan Negeri.

Surat rayuan menuntut pemulangan wang pendahuluan juga dihantar ke pejabat pemaju, tetapi sehingga kini belum ada jawapan diterima.

Kerja mereka ialah buka syarikat, buat promosi `macam nak gila' dengan pelbagai tawaran istimewa, selepas itu berkempen memungut wang pendahuluan 10 peratus daripada pembeli dan apabila wang kutipan terkumpul berjumlah berjuta-juta ringgit, mereka mulalah membuat persediaan mencari jalan untuk `menghilangkan diri'.

Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa, Pejabat Perumahan Negeri seolah-olah macam tidak mengambil kisah atau peka dengan nasib malang pembeli.

Aduan demi aduan dibuat menagih simpati dan pembelaan bagi mendapatkan semula 10 peratus wang deposit pendahuluan harga rumah yang dilesapkan pemaju.

Sepatutnya, jabatan dan agensi kerajaan yang terbabit berusaha memainkan peranan yang lebih agresif sebelum memberi kelulusan seperti tegas dalam segala hal termasuk memeriksa kedudukan kewangan pemaju, memantau projek yang dilaksanakan supaya ia lancar sehingga kunci rumah diserahkan kepada pembeli

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.