This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju muflis, pembeli rumah gigit jari
10/05/2004 Harian Metro

KAJANG: Pembeli rumah Taman Serosa terpaksa menanggung kerugian apabila rumah yang dijanjikan terbengkalai berikutan pemajunya sudah diisytihar muflis.


Pengurus syarikat swasta, Hussin Saimin, 37, berkata dia sudah membayar 10 peratus daripada harga rumah teres dua tingkat yang dibelinya sejak 2000 dan dijangka siap 2002, namun sehingga kini rumah itu hanya siap 70 peratus saja.


"Saya menanggung kerugian kerana terpaksa membayar RM520 sebulan untuk rumah yang tidak siap ini dan amat berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat membantu menyelesaikan masalah kami," katanya.


Menurutnya, kebanyakan pembeli sudah membuat bayaran antara 10 hingga 20 peratus daripada harga rumah.


Ahli Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon, yang mememui pembeli terbabit berkata satu jawatankuasa bertindak perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah mereka.


"Memandangkan pemaju diisytiharkan muflis, kawasan ini menjadi tanggungjawab Pemegang Harta untuk menguruskannya dan pembeli perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak bagi memperjuangkan nasib mereka," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.