This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli perlu terima skim penstrukturan
Kosmo 20/11/2004


KUALA LUMPUR - Selepas 10 tahun terbengkalai, pembeli rumah Bapdar Sentul Utama di sini, dinasihat menerima cadangan skim penstrukturan semula projek perumahan tersebut.


Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Yew Teong Look berkata, tawaran itu sebagai satu penyelesaian 'menang-menang' bagi pembeli dan pemaju baru projek itu, Paramount Venue Sdn. Bhd.


lni kerana, pembeli akan dikenakan bayaran mengikut harga asal hartanah itu manakala lebih, RM46 juta bayaran Kerosakan Kenalpasti Pembubaran (LAD) akan dimansuhkan.


Beliau yang juga Pengerusi MCA Bahagian Batu berkata, seramai 686 pembeli di mana sesetengahnya telah membayar sehingga 60 peratus pinjaman perumahan, hendaklah menerima skim ini untuk membolehkan projek itu dipulihkan semula pada mesyuarat undian yang akan diadakan pada 28 November ini di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.


"Pejabat kami di Jalan Sentul akan dibuka dari pukul lO pagi hingga pukul 6 petang mulai esok (hari ini) untuk melayan pertanyaan," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.


Teong Look berkata, mereka yang tidak dapat hadir boleh menghantar wakil untuk mengundi dan borang mewakilkan hendaklah dihantar ke pejabat Ernst & Young di Tingkat 4, Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, tidak lewat 48 jam sebelum mesyuarat itu bermula.


Katanya, pembeli telah menunggu hampir 10 tahun bagi rumah mereka disiapkan dan mereka mungkin menunggu untuk berapa tahun lagi jika tidak menerima skim ini.


Kebanyakan pembeli telah menandatangani perjanjian jual beli pada 1993 dengan Sentul Murni Sdn. Bhd. bagi membeli projek itu yang membabitkan 960 unit kondominium harga sederhana dan 168 unit pejabat dan kedai setinggi tiga dan lima tingkat.


Pemaju sebelum ini gaga! menyerahkan kunci kepada mereka pada 1996 kerana syarikat itu terjejas teruk akibat krisis kewangan menyebabkan sesetengah fasa pembinaan projek itu hanya siap antara 20 dan 80 peratus.


Bagi yang masih lagi kurang jelas dengan salinan kenyataan penjelasan (ES) yang diedarkan sebulan lalu, mereka boleh datang ke pejabat MCA Bahagian Batu atau hubungi 03-40451344 atau 03-40457641

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.