This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Satu kunci boleh buka 200 rumah

HARIAN METRO 01/10/2004

ALOR STAR: Selepas menunggu 15 tahun untuk mendiami rumah baru apabila Projek Penempatan Semula Nelayan Kuala Kedah, dekat sini disiapkan bulan lalu, penduduk kini berdepan masalah kunci rumah yang serupa pula.

Penduduk mendakwa ada kunci yang boleh membuka sehingga 200 daripada keseluruhan 750 rumah yang dibina di projek yang sepatutnya dimulakan ketika Tun Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Ini menyebabkan kebanyakan pemilik rumah tidak dapat tidur lena berikutan bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku, terutama rumah dimasuki pihak tertentu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai wang, pemasangan pintu besi dan jeriji menjadi jalan penyelesaian.

Tinjauan semalam mendapati kebanyakan penduduk memasang pintu besi di pintu depan dan belakang rumah masing-masing manakala mereka yang kekurangan wang hanya menukar kunci rumah mereka.

Siti Zabedah Ismail, 47, berkata dia tidak berani meninggalkan rumah tanpa dijaga sesiapa sebelum memasang pintu besi jeriji dan akan memastikan sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga berada di rumah setiap masa.

"Kita terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, bukannya kita ingin bermusuhan atau menaruh prasangka kepada jiran tetapi zaman sekarang perlu berbuat demikian terutama apabila memikirkan ada pihak yang terjebak dengan dadah.

"Kadangkala dadah ini mengaburkan mata orang yang kita sangka baik, justeru saya membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk memasang pintu besi.

Sekurang-kurangnya kita rasa selamat, itu yang penting," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.