This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pusat GiatMara terbengkalai dapat suntikan dana RM1 juta
30/01/2010 Utusan Online

Hassan Malik (dua kiri) melihat plan projek bangunan giat Mara yang terbengkalai di pekan Tenom, Sabah, kelmarin.

TENOM 29 Jan. - Masalah bangunan Pusat Giat Mara dekat sini yang terbengkalai sejak enam tahun lalu dijangka selesai selepas mendapat suntikan dana RM1 juta.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata, dana berkenaan diperolehi melalui pengurangan peruntukan di cawangan Giat Mara lain di seluruh negara.

"Dalam kata lain, pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) atas kebenaran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terpaksa mengecilkan peruntukan masing-masing untuk membantu menyelamatkan pusat yang terbengkalai ini.

"Disebabkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sudah hampir ke penghujungnya, kita tiada cara lain untuk mendapatkan peruntukan tambahan selain meminta Mara dan Giat Mara di tempat lain memotong sedikit peruntukan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat bangunan Giat Mara yang terbengkalai sejak 2004 dekat sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi; Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar dan Pegawai Daerah Tenom, Siriman Basi.

Pusat Giat Mara yang terletak kira-kira lima kilometer dari Pekan Tenom itu terbengkalai ekoran struktur binaan yang dikenal pasti tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Ekoran itu, pelajar pusat Giat Mara di daerah ini terpaksa menumpang Pusat Kebudayaan Murut dekat sini yang dalam keadaan serba kekurangan.

Menurut Hassan, beliau berharap pusat Giat Mara berkenaan dapat disiapkan secepat mungkin dalam usaha melatih lebih ramai golongan remaja di daerah ini.

"Kita tidak mahu melihat peluang pelajar untuk mengikuti program Giat Mara terbantut kerana ketiadaan prasarana yang sesuai dan kondusif dengan pembelajaran mereka," ujarnya.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.