This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 

Pemaju diberi tempoh hingga Ogos tubuh JMB
14/05/2009 Harian Metro

SHAH ALAM: Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga Ogos kepada pemaju yang masih gagal menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kediaman bertingkat terutama kondominium di negeri ini sebelum tindakan tegas termasuk diheret ke mahkamah dikenakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, berkata arahan sudah dikeluarkan kepada mereka untuk berbuat demikian sejak 12 April tahun lalu, tetapi hingga kini kira-kira 74 peratus daripada lebih 1,000 kediaman bertingkat terutama kondominium di negeri ini belum ada JMB.

Menurutnya, beberapa kawasan perumahan bertingkat dikenal pasti gagal menubuhkan JMB seperti di daerah Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

“Tempoh enam bulan itu berakhir Ogos ini dan saya nasihatkan pemaju berbuat demikian sebelum tindakan tegas dilakukan.

“Surat amaran juga sudah dikeluarkan supaya pemaju degil terbabit berbuat demikian, tetapi jika ada yang gagal kes ini akan dibawa ke mahkamah atau dikompaun RM500 sehari hingga tertubuhnya JMB,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia di sini, semalam.

Difahamkan pemaju kondominium gagal berbuat demikian kerana keuntungan diperoleh mereka hasil pengurusan bangunan mencecah RM3 juta setahun.

Sementara itu dalam kes berasingan, Iskandar meminta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) membenarkan penukaran meter individu bagi kediaman bertingkat walaupun tidak mendapat kerjasama daripada penghuni.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.