This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pasukan khas pulih projek terbengkalai
21/04/2009 Berita Harian Oleh Magendran Rajagopal

Cara berkesan atasi masalah pemaju, pembeli

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Terbengkalai ditubuhkan bagi menangani pelbagai masalah membabitkan pembeli dan pemaju perumahan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini berikutan kemelesetan ekonomi sejagat.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit, berkata penubuhan pasukan itu diputuskan Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) bagi merumuskan penyelesaian terbaik kepada semua pihak.

"Pasukan ini diketuai Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Sidek Hassan) dan dianggotai pegawai kanan agensi kerajaan berkenaan serta pihak swasta terbabit industri perumahan.

"Kementerian saya sudah ketatkan prosedur pengeluaran lesen pemaju selain melakukan pemantauan bersama pihak berkuasa tempatan dan pembiaya projek bagi memastikan semua berjalan lancar," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, kementeriannya banyak menerima aduan pembeli yang terpaksa membayar pinjaman untuk rumah terbengkalai.
Pembeli juga menghadapi risiko disenarai hitam jika gagal melunaskan hutang.

Kata Ahmad, kementeriannya melaksanakan program White Knight iaitu pemulihan projek dengan membabitkan pemaju berwibawa atau melaksanakan pemulihan menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menyelaras pemulihan projek menggunakan pemaju asal.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.