This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Menteri turun padang
16/04/2009 Harian Metro Oleh Salman Hamat

KUALA LUMPUR: Hasil pendedahan media berhubung masalah perumahan terbengkalai di Taman Desa Puteri Ampang di sini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin turun padang untuk meninjau masalah berkenaan semalam.

Ratusan pembeli blok perumahan terbabit sehingga kini belum dapat berpindah ke rumah mereka berikutan tidak memperoleh Sijil Kelayakan Menduduki (CF).

Projek merangkumi lima blok flet kos rendah itu dikatakan bermula pada 2002 dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan selepas tarikh kerja dimulakan.

Bagaimanapun, projek terbabit gagal diduduki walaupun ada blok sudah siap dibina sepenuhnya.

Lajim ketika ditemui berkata, beliau akan membentangkan laporan berhubung masalah terbabit kepada menteri dan dijangka mengadakan perbincangan dengan pemaju untuk mencari penyelesaian masalah berkenaan.

Manakala pengerusi persatuan penduduk, Mohd Shahrir Lipon, berkata beliau bernasib baik berikutan blok didiaminya sudah boleh diduduki.

Bagaimanapun, tetap bimbang berikutan bangunan didiami itu hanya mendapat (CF) sementara.

“Keselamatan kami tidak terjamin, selagi semua lima blok bangunan yang terbabit dalam projek ini belum siap, pihak berkuasa tidak akan mengeluarkan CF penuh. Sehubungan itu pihak berkenaan diharap dapat membantu kami menyelesaikan masalah sudah lama berlarutan ini.

“Saya tetap bersimpati dengan pemilik lain yang susah membayar pinjaman perumahan mereka, apa lagi hampir semua pembeli adalah mereka yang terbabit dalam program pemindahan setinggan di sekitar Ampang,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.