This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

SPNB pulih projek Taman Sungai Karang Darat

13/03/2009 Utusan Online


KUANTAN 12 Mac - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan memulihkan projek perumahan Taman Sungai Karang Darat 1, Jalan Beserah dekat sini yang terbengkalai kira-kira 10 tahun lalu.

Eksekutif Kanan SPNB Cawangan Wilayah Timur, Ahmad Islanizam Abdul Halim berkata, projek perumahan itu membabitkan pembinaan 202 unit rumah di mana 128 daripadanya terdiri daripada rumah teres kos sederhana dan rendah, masih terbengkalai kira-kira 20 peratus.

Beliau berkata, SPNB telah pun mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarahnya untuk memulihkan projek tersebut yang telah diambil alih oleh Jabatan Insolvensi setelah pemaju asal diisytiharkan muflis.

Bagaimanapun katanya, bagi membolehkan projek tersebut dibaik pulih, SPNB perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran sekurang-kurangnya 70 peratus daripada pembeli terbabit.

Sehubungan itu, beliau meminta kesemua pembeli terbabit hadir pada majlis penerangan dan menandatangani surat akujanji yang akan diadakan di Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang, Jalan Beserah pukul 9 pagi, Ahad ini.

"Setakat ini kami hanya memperoleh kebenaran daripada 51 peratus pembeli dan bakinya 49 peratus membabitkan 63 unit rumah masih gagal dihubungi.

"Sehubungan itu, saya meminta pembeli terbabit, penama atau warisnya hadir pada majlis tersebut," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan nilai dan kos membaik pulih projek terbabit, tetapi memberitahu SPNB kini dalam proses mengeluarkan tender bagi melantik kontraktor.

Menurut Ahmad Islanizam, SPNB telah berusaha untuk mengesan pembeli terbabit sejak tahun lalu tetapi sehingga kini mereka gagal dihubungi kemungkinan berpindah ke kawasan lain atau telah meninggal dunia.

Difahamkan, seunit rumah teres kos sederhana di bawah projek tersebut dijual pada harga sekitar RM80,000 pada tahun 1999.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, selain projek perumahan Taman Sungai Karang Darat 1, SPNB bakal memulihkan tiga lagi projek perumahan terbengkalai di Pahang pada tahun ini iaitu di Maran, Genting Highlands dan Cameron Highlands.

Katanya, SPNB sehingga kini telah berjaya memulihkan tujuh projek perumahan terbengkalai di seluruh negeri ini sehingga mendapat Sijil Perakuan Menduduki Bangunan (CF).

Tujuh projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan itu ialah Taman Rakyat Gambang, Desa Riang, Taman Balok Sejahtera, Taman Singa Mas kesemuanya di Kuantan, Taman Wahida di Maran, Taman Desa Jaya, Jengka dan Taman Bukit Indah di Raub.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.