This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Firma guaman bantu urus wang

16/03/2009 Utusan Online


SHAH ALAM 15 Mac – Selangor bercadang melantik firma guaman yang akan berfungsi sebagai 'orang tengah' dalam soal menguruskan pergerakan kewangan di antara pemaju dan pembeli rumah di negeri itu.

Exco Perumahan, Setinggan dan Pengurusan Bangunan Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, ia adalah menangani kes pemaju meminta bayaran tambahan daripada pembeli untuk menyiapkan rumah mereka.

Katanya, pemaju sering memberi alasan kenaikan kos pembinaan untuk meminta bayaran tambahan itu.

“Ada pembeli bersetuju. Bagaimanapun, keadaan itu juga boleh menyebabkan pembeli tidak lagi percaya kepada pemaju kerana bimbang jika bayaran dibuat, rumah mereka masih tidak siap.

“Maka dengan adanya pihak ketiga seperti firma guaman ini, ia akan berfungsi menyalurkan dana tambahan kepada pemaju apabila ia diperlukan untuk menyiapkan pembinaan," katanya.

Iskandar memberitahu, kerajaan negeri juga telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Projek Terbengkalai bagi menangani rumah tidak siap.

Sehingga tahun lalu, jawatankuasa tersebut telah menyelesaikan lapan daripada 40 projek perumahan terbengkalai.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.