This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

SPNB Berjaya Baikpulih 73 Projek Terbengkalai
21/02/2009 Bernama

KUANTAN, 21 Feb (Bernama) -- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya membaikpulih 73 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara, merangkumi 23,089 unit rumah, sehingga Januari lepas.

Pengerusinya Datuk Azian Osman berkata daripada jumlah itu, 19 projek berjaya dibaikpulih menerusi bantuan kewangan manakala 54 projek lagi dibaikpulih menerusi khidmat nasihat serta kepakaran SPNB.

Beliau berkata program pemulihan projek terbengkalai akan terus dilaksanakan SPNB menerusi peruntukan berjumlah RM430 juta di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan baru-baru ini.

Selain itu, katanya syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan pada 21 Ogos 1997 itu turut berjaya membina sebanyak 7,972 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara.

"Sebanyak 7,623 unit lagi pada peringkat pembinaan dan perjanjian," katanya ketika majlis penyerahan kunci Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat Perkampungan Cerating Damai di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sementara itu, di Pahang setakat 1 Feb lepas, Azian berkata sejumlah 503 unit RMR berjaya disiapkan dan 543 unit lagi masih berada pada peringkat pembinaan.

-- BERNAMA

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.