This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

816 rumah terbengkalai siap diduduki

05/02/2009 Utusan Online


KUANTAN 4 Feb. - Seramai 816 pembeli boleh menarik nafas lega apabila rumah mereka yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu di Taman Datuk Rashid, Semambu di sini siap dibina dan bakal diduduki tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semambu, Pang Tsu Ming berkata, masalah projek perumahan yang terbengkalai sejak 1997 itu berjaya diselesaikan hasil campur tangan kerajaan negeri pada 2005.

''Pada asalnya projek perumahan yang bermula pada tahun 1997 itu milik sebuah syarikat swasta yang mengalami masalah kewangan dipercayai akibat kegawatan ekonomi.

''Atas dasar prihatin, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengambil alih projek berkenaan dan kini hampir semua rumah di situ telah siap dibina," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Perlaksanaan Projek SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.

Tsu Ming berkata, pemilik rumah di Taman Datuk Rashid kini hanya menantikan pengeluaran Sijil Perakuan Menduduki Bangunan (CF) yang dijangka diperoleh bulan depan.

Beliau memberitahu, sebanyak RM27 juta disuntik oleh Kerajaan Pusat bagi membantu menyelesaikan projek perumahan tersebut.

Daripada jumlah itu, menurutnya, sebanyak RM24 juta melibatkan kos pembinaan serta baik pulih manakala selebihnya merupakan kos rundingan.

Berdasarkan logik, jelasnya, kerajaan negeri tidak mempunyai kaitan dengan masalah rumah terbengkalai itu kerana ia melibatkan perjanjian antara pihak pemaju dengan pembeli.

''Bagaimanapun, atas dasar prihatin terhadap nasib rakyat, kerajaan mengeluarkan peruntukan berjuta-juta ringgit untuk membantu mereka," jelasnya.

Sehubungan itu, tegasnya, tiada pihak boleh menuduh kerajaan tidak membantu rakyat yang menghadapi masalah projek perumahan terbengkalai.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.