This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

'Siapkan segera rumah kami'

 31/01/2009 Utusan Online


BUKIT MERTAJAM 30 Jan. - Projek rumah banglo di dua kawasan perumahan berasingan, Taman Mengkuang Heights dan Taman Orkid Indah di Jalan Maqbul di sini yang terbengkalai sejak Julai tahun lepas masih belum diteruskan.

Walaupun UDA Holdings menerusi anak syarikatnya, UDA Land (North) Sdn. Bhd. akan menyambung semula kedua-dua projek yang pernah menjadi milik Koperasi Serbaguna Jelutong Pulau Pinang Bhd. (KSJPP) itu, namun sehingga kini ia masih belum menampakkan tanda-tanda pembinaan akan disambung semula.

Pengerusi Persatuan Pembeli Rumah Taman Mengkuang Heights dan Taman Orkid Indah, Dr. Mohamad Rashidi Pakri berkata, masalah itu menghimpit pembeli yang mengharapkan agar rumah yang dibina itu segera disiapkan.

"Projek perumahan ini dimulakan oleh syarikat pemaju Sri Jeluda Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat KSJPP pada 2003 yang sepatutnya siap pada 2005, tetapi ia diisytiharkan terbengkalai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Julai tahun lepas.

"Sejak itu, pembeli yang rata-rata bumiputera dan kakitangan perkhidmatan awam sekadar berputih mata menunggu bila mereka boleh menduduki rumah baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini bersama Setiausaha persatuan, Mohammad Fuad Husin dan Bendahari, Khalim Mohd. Maasom.

Projek di Taman Orkid itu melibatkan pembinaan 71 unit rumah banglo setingkat manakala di Taman Mengkuang Heights, 61 unit termasuk 19 unit banglo setengah tingkat.

Anggaran harga rumah tersebut di Taman Orkid ialah antara RM199,000 hingga RM268,000 seunit manakala di Taman Mengkuang Heights, antara RM180,000 hingga RM316,000.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.