This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MPAJ hantar usul roboh rumahterbengkalai

31/01/2009 Utusan Online


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menghantar satu usul ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk merobohkan sederet rumah di Jalan Bunga Cempaka 14, Taman Kencana yang terbengkalai.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, usul itu dihantar berikutan kegagalan pihak pemaju membersihkan kawasan itu selepas gagal menyiapkan projek perumahan tersebut.

Katanya, oleh kerana pemaju itu gagal dikesan, hanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh menentukan bentuk tindakan yang perlu diambil terhadap projek itu.

"Sebenarnya kalau nak diikutkan, soal meruntuhkan bangunan terbengkalai itu adalah di luar bidang kuasa MPAJ. Itu adalah tanggungjawab pihak pemaju.

"Tetapi dalam kes ini memandangkan pihak pemaju gagal dikesan, jadi MPAJ menghantar satu usul kepada kementerian untuk mengambil tindakan lanjut," katanya.

Beliau mengulas rungutan penduduk kawasan itu mengenai projek terbengkalai itu yang kini ditumbuhi semak-samun.

Norhayati memberitahu, sementara menunggu jawapan daripada pihak kementerian, pihaknya dan Alam Flora akan membersihkan kawasan itu daripada longgokan sampah dan semak-samun.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.