This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kontraktor dilantik baik pulih lif
01/01/2009 utusan.com.my

KUALA LUMPUR Kerajaan melantik sebuah syarikat kontraktor untuk mengendalikan kerja-kerja pemulihan lif bagi keselesaan penghuni di rumah pangsa Taman Sentul Utama di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator T. Murugiah berkata, mesyuarat yang diadakan semalam bersetuju untuk melantik kontraktor yang telah dikenal pasti itu.

Katanya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) ditugaskan menghantar surat pelantikan kepada kontraktor tersebut untuk mempercepatkan kerja-kerja membaik pulih lif di flat berkenaan.

"Jawatankuasa Pengurusan baru juga telah ditubuhkan yang terdiri daripada penghuni flat yang akan bekerjasama dengan pihak pemaju dan kontraktor tersebut bagi memulakan usaha membaik pulih," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pada 30 Oktober lalu, satu mesyuarat bersama penghuni flat Taman Sentul Utama, pihak pengurusan flat, Hokawai and Associates, pemaju, Sentul Murni Sdn. Bhd., serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan JKKP telah diadakan di Biro Pengaduan Awam JPM.

Dalam mesyuarat itu, pihak pengurusan serta pemaju berjanji untuk membaiki lif yang rosak, namun sehingga kini, lif tersebut masih belum lagi dibaiki.

Menurut Murugiah, Timbalan Pengurus Hokawai and Associates, Sarjit Singh menyatakan pihaknya tidak dapat membaiki lif sebagaimana yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut kerana pihak penghuni gagal menjelaskan hutang pengurusan sebanyak RM1.2 juta.

Jelasnya, kos membaiki lif perlu dibiayai daripada tunggakan tersebut kerana pihak pemaju tidak mampu membiayainya ekoran kutipan bayaran yang amat mengecewakan.

"Jadi, pihak pengurusan yang baru telah berjanji akan menyelesaikan bayaran tersebut bagi membolehkan lif dibaiki sebelum 4 Januari depan," katanya.

Tambahnya, pada tarikh tersebut juga, beliau akan melawat flat tersebut untuk memberi taklimat kepada penghuni di situ supaya mereka melangsaikan tunggakan bayaran pengurusan tersebut.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.