This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Hilang sabar

Pembeli Serendah Perdana berang rumah tak siap

07/01/2009 Harian Metro Oleh Maiamalina Mohamed Amin

RAWANG: Hampir tujuh tahun menunggu, pembeli kediaman Serendah Perdana di sini tidak boleh bersabar lagi apabila rumah impian mereka gagal disiapkan, malah terbengkalai begitu saja sejak permohonan pembelian diajukan sekitar 2002.

Namun, kontraktor bertanggungjawab terhadap projek terbabit yang juga program di bawah skim pemberian tanah secara terancang tetap melahirkan keyakinan kediaman berbentuk ‘country resort living’ itu akan dibangunkan.

Meskipun sedar banyak kesulitan dihadapi termasuk kelewatan mendapatkan kelulusan dan bantuan teknikal, Kamsu Sdn Bhd (Kamsu) masih dengan pendirian pihaknya akan menyiapkan 550 unit banglo dan rumah berkembar di tanah berkeluasan 100 ekar.

Menurut Pengarahnya, Mat Saleh Manap, tanggungjawab menyempurnakan projek Serendah Perdana perlu digalasnya, tetapi dalam pada itu beliau turut mengharapkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan membantu dari segi teknikal.“Ini bukan projek perumahan biasa sebaliknya projek di bawah program pemberian tanah secara terancang membabitkan syarikat saya, Kamsu dilantik sebagai kontraktor dan kerajaan negeri.“Atas sebab itu saya bertanggungjawab menyempurnakannya meskipun sedar kini hampir tujuh tahun ia tergendala berikutan kerenah birokrasi dalam mendapatkan kelulusan kerja tanah dan kebenaran menjalankan pembangunan.

“Kelewatan ini bukan disengajakan kerana pihak kami menghantar permohonan membangunkan kawasan sejak 2000 sebelum ia dilancarkan pada 2002 dengan hampir 340 pemohon peringkat pertama dan kedua memohon sebagai pembeli.
 

"Saya tidak pasti apa yang membuatkan proses melulus memakan masa terlalu lama, tetapi selepas diasak barulah 27 Mac tahun lalu menerima kelulusan bagi pelan kerja tanah, bangunan dan infrastruktur,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ditanya bila kerja pembinaan akan dimulakan, Mat Saleh berkata, sukar memberitahu tarikh tepat berikutan mendakwa terima arahan mengatakan projek tidak boleh diteruskan meskipun menerima kelulusan sepenuhnya daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Penjelasan itu bagaimanapun gagal memuaskan hati pembeli apabila ada antaranya menyifatkan Serendah Perdana bakal menjadi projek gajah putih selepas tiada tanda kontraktor mahu membangunkannya.

Ahmad Hisham Hashim, 30-an, berkata dia sudah menjelaskan pendahuluan hampir RM30,000 membabitkan 10 peratus deposit termasuk yuran pengesahan dan guaman, tetapi hampa rumah belum siap, malah tapaknya tetap kosong tanda tiada pembangunan.

 

Tidak boleh diteruskan

 

Kuala LumpurL "ini projek laman dan kini tidak boleh diteruskan lagi," kata Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan mengenai status projek Serendah Perdana, Rawang dekat sini, yang tergendala hampir tujuh tahun.

 

Menurutnya, projek itu tidak boleh dibangunkan semula berikutan tiada pengiktirafan daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat apatah lagi ia projek terdahulu di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Kampung (JKKK).

 

"Konsep projek ini ketika ia diluluskan ialah tanah pemberian kerajaan negeri dibangankuan sebagai program pembesaran kampung dengan pemaju mahupun kontraktor bertanggungjawab terdiri daripada mereka yang dipilih sendiri oleh JKKK," katanya.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.