This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Ejen pelaksana pemulihan projek perumahan terbengkalai ditubuh
11/01/2009 Utusan Online

KUALA LUMPUR 11 Jan. — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menimbang beberapa cadangan termasuk menubuhkan sebuah ejen pelaksana (SPV) bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai di negara ini, kata Menterinya Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Katanya, SPV akan mengenalpasti projek terbengkalai, selain memilih pemaju perumahan yang aktif dan berpotensi untuk mengambil alih projek berkenaan.

Cadangan lain termasuk mewujudkan dana khas pemulihan serta menyediakan keperluan kepakaran dalam bidang perundangan, teknikal, kewangan, pentadbiran dan pengurusan tanah berkaitan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kunci kepada 37 pemilik banglo fasa empat Taman Jalil Sutera Bandar Bukit Jalil di sini hari ini.

Projek pembinaan rumah banglo itu telah lewat disiapkan berikutan masalah teknikal dan usaha menyegerakan kerja-kerja pemulihan semula projek itu telah dapat diteruskan oleh Syarikat Ho Hup Construction Sdn Bhd dan Bukit Jalil Development Sdn. Bhd.

Ong berkata, SPV yang akan diletakkan di bawah Perbadanan Perumahan Negara itu akan dikawal selia oleh kementerian itu bagi memastikan semua projek perumahan terbengkalai dapat disiapkan dan diserahkan kepada pembeli dalam tempoh perjanjian.

- Bernama

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.