This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kerajaan negeri bantu pulih 21 projek terbengkalai

24/12/2008 Utusan Online


MELAKA Kerajaan negeri akan berusaha membantu memulihkan mana-mana projek perumahan terbengkalai di seluruh negeri bagi memastikan rakyat yang terlibat secara langsung dalam masalah itu memiliki kediaman sendiri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya menerusi agensi kerajaan berkaitan sedang mengenal pasti alternatif yang sesuai bagi memastikan 21 projek perumahan terbengkalai yang dikesan dapat dipulihkan segera.

Beliau memberitahu, daripada keseluruhan bilangan projek terbengkalai itu, 12 buah projek terdapat dalam daerah Melaka Tengah, empat projek di Alor Gajah manakala lima dalam daerah Jasin.

‘‘Daripada jumlah itu, enam projek kini dalam proses pemulihan manakala 15 projek lagi belum berjaya dipulihkan atas pelbagai sebab termasuk perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Taman Mutiara Fasa II di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek Negeri, Mohd. Yazed Khamis.

Projek Taman Mutiara Fasa II melibatkan pembinaan sebanyak 34 unit rumah kedai iaitu 20 unit bagi rumah kedai 3 tingkat dan 14 unit bagi rumah kedai dua tingkat.

Misalnya, kata Mohd. Ali, pemaju asal Taman Mutiara Fasa II, Mutiara Sdn. Bhd. pada mulanya tidak berupaya meneruskan projek tersebut atas beberapa masalah dalaman yang dihadapi oleh pemaju berkenaan.

‘‘Atas usaha kerajaan negeri dan penglibatan agensi kerajaan berkaitan, projek berkenaan kemudiannya diambil alih oleh syarikat pemaju baru iaitu Popular Talent Sdn. Bhd. dan akhirnya projek itu berjaya dilaksanakan,” katanya.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.