This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MPAJ akan bersihkan projek terbengkalai

13/10/2008 Utusan Online


AMPANG Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mengambil tindakan segera dengan memantau serta membersihkan kawasan projek perumahan yang terbengkalai di Taman Kencana, Pandan Indah di sini.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya menyedari masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan itu dan telah pun mengambil tindakan yang sama sebelum ini.

Namun, katanya, mungkin pihaknya terlepas pandang masalah itu menyebabkan kawasan itu kembali diliputi semak-samun dan menjadi tempat pembuangan sampah.

"Kami akan membersihkan kawasan itu bagi memastikan keselesaan penduduk di kawasan perumahan tersebut.

"Selain itu, kami juga akan menyembur asap (fogging) di kawasan itu bagi mengurangkan nyamuk dan mengekang pembiakannya di Taman Kencana dan Taman Muda," katanya.

Norhayati berkata, projek itu dimulakan pada 1992 tetapi ditinggalkan oleh pemajunya tidak lama kemudian dipercayai akibat masalah kewangan.

Katanya, MPAJ juga gagal mengesan pemaju projek itu dan akan memikirkan tindakan yang sesuai terhadap projek itu jika pemajunya terus gagal dikenal pasti.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia menyiarkan keluhan penduduk Taman Muda apabila projek perumahan yang terbengkalai itu menjadi sarang pembiakan nyamuk dan tapak pembuangan sampah haram.

Penduduk di kawasan perumahan itu sudah tidak tahan dengan gangguan nyamuk yang didakwa semakin serius sejak kebelakangan ini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.