This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tempoh jaminan rumah mungkin dilanjutkan

25/09/2008 Utusan Malaysia


KUCHING 24 Sept. - Tempoh jaminan membaiki kerosakan pada rumah baru dibeli di Sarawak akan dilanjutkan ke 24 bulan dari 12 bulan selaras dengan pindaan kepada Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) yang berkuatkuasa Disember tahun lepas.

Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan sedang diadakan dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (Sheda) berhubung langkah itu.

Beliau berkata, kerajaan juga sedar mengenai masalah kenaikan harga bahan binaan yang dihadapi oleh kontraktor pada masa ini.

''Kita sedang mencari jalan mendapatkan bahan binaan berkualiti pada harga yang rendah dari negara lain,'' kata Abang Johari.

Mengenai bilangan setinggan di bandar raya ini, beliau berkata, masalah itu tidak serius tetapi kerajaan terus berusaha menawarkan kediaman yang lebih baik pada kadar yang berpatutan kepada mereka.

- Bernama

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.