This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

SPNB berjaya pulih projek rumah terbengkalai RM7.6b

07/09/2008 Utusan Malaysia


SUNGAI PETANI 6 Sept. – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya memulihkan 73 projek terbengkalai melibatkan 23,018 unit rumah bernilai lebih RM7.6 bilion sejak ditubuhkan pada tahun 1997.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Amin Mohd. Salleh berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 19 projek melibatkan 9,773 unit rumah berjaya disiapkan melalui peruntukan sebanyak RM392 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, SPNB kini sedang berusaha untuk memulihkan sebanyak 54 projek lagi dan dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

“SPNB begitu komited dalam membangunkan projek-projek ini sejajar dengan kehendak kerajaan yang mahukan rakyat menikmati kemudahan perumahan yang selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan kunci rumah projek perumahan terbengkalai Taman Seri Gedung yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohamed Taulan Rasul di Mukim Ulu Pasir dekat sini hari ini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.