This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Enam projek perumahan berjaya dipulih

30/09/2008 Utusan Malaysia


MELAKA 29 Sept. - Kerajaan negeri berjaya memulihkan enam daripada 21 projek perumahan dan komersial swasta yang terbengkalai di seluruh negeri sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, enam projek tersebut ialah Taman Saujana, Bukit Katil dan Taman Mutiara, Batu Berendam di daerah Melaka Tengah.

Menurut beliau, projek lain yang berjaya dipulihkan ialah Taman Bidara Palma di Tanjung Bidara, Alor Gajah serta Perumahan Awam Kos Rendah Pondok Kempas, Taman Tasik Parit Perawas dan projek Taman Selandar, kesemuanya di Jasin.

''Kesemua projek ini dijangka dipulihkan dalam tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan," kata beliau kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci kepada pembeli rumah Taman Saujana di Bukit Katil di sini hari ini.

Taman tersebut adalah projek perumahan terbengkalai pertama yang berjaya dipulihkan oleh kerajaan negeri dengan melibatkan kos membaik pulih sebanyak RM2.274 juta.

Abdul Ghafaar berkata, daripada 21 projek terbengkalai yang dikenal pasti di negeri ini, 12 daripadanya terletak di daerah Melaka Tengah, empat di daerah Alor Gajah manakala lima lagi di daerah Jasin.

Katanya, ia melibatkan rumah pelbagai jenis iaitu kos rendah, sederhana rendah, teres dua tingkat dan banglo sebanyak 2,532 unit manakala pangsapuri atau kondominium (1,495 unit) serta bangunan kedai dan pejabat sebanyak 2,304 unit.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.