This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah janji siap 200 terbengkalai di Telok Kemang

06/08/2008 BH Oleh Nor Aziah Othman


Pemaju sedang menunggu keputusan IWK mengenai kemudahan pembetungan

Berita Harian 6 Ogos 2008. PORT DICKSON: Pembeli projek perumahan Taman Anggerik di Teluk Kemang, dekat sini kecewa dan berasa tertipu apabila rumah mereka yang dijanjikan siap dibina dalam tempoh tiga tahun selepas dibeli pada 2000, bukan saja gagal disiapkan, malah terus terbengkalai sehingga kini.

Ia menyebabkan lebih 40 pembeli tertekan kerana terpaksa menjelaskan ansuran pinjaman sehingga mencecah RM700 sebulan dan pada masa sama ada yang menanggung beban membayar sewa rumah yang diduduki sekarang.

Guru, Junainah Samian, 34, berkata beliau membeli rumah itu lapan tahun lalu dan menandatangani perjanjian jual beli yang menyatakan kediaman berkenaan bakal disiapkan dalam tempoh 36 bulan.

"Selepas lapan tahun, bukan saja rumah gagal disiapkan, malah terus terbengkalai. Sudah empat tahun saya membayar ansuran bulanan pinjaman RM486, tetapi hanya mampu melihat semak samun dan struktur bangunan tak siap kerana kebetulan ia terletak berhampiran kuarters guru yang saya duduki sekarang," katanya.

Hanifah Kadir, 53, pula berkata pemaju berterusan memberi alasan projek akan disiapkan selepas mendapat kelulusan pembetungan, menyebabkan beliau menanggung ansuran RM689 sebulan dan pada masa sama membiayai pengajian empat anaknya di institusi pengajian tinggi awam.

"Ketika membeli rumah dulu, saya mengimpikan dapat mendiami kediaman sendiri selepas bersara, tetapi kini hanya tinggal dua tahun lagi untuk saya menamatkan perkhidmatan dan rumah berkenaan masih belum siap," katanya.

Wakil syarikat pemaju yang mengambil alih projek berkenaan daripada dua pemaju lama, Roslan Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika dihubungi menjelaskan pihaknya sedang menunggu keputusan Indah Water Konsortium (IWK) mengenai kemudahan pembetungan di taman perumahan itu sebelum dapat meneruskan pembinaan

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.