This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju diarah guna tangki air, paip kalis karat

25/08/2008 Utusan Malaysia


SHAH ALAM 24 Ogos - Kerajaan negeri Selangor akan mengarahkan semua pemaju perumahan yang sedang atau telah merancang pembinaan projek kediaman baru supaya memasang tangki air dan sistem paip dalaman bangunan dari jenis kalis karat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari berkata, arahan itu dikeluarkan untuk memastikan pengguna sentiasa menikmati bekalan air yang bersih.

Beliau berkata, penggunaan tangki air dan sistem paip dalaman sedia ada iaitu dari jenis zink atau besi yang mudah berkarat boleh menyebabkan kualiti air terawat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terjejas.

"Kualiti air terawat Syabas sebelum disalurkan ke meter individu pengguna memang berkualiti dan memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan malah ia boleh diminum terus.

"Namun apabila air itu disalurkan ke rumah-rumah ia akan bertukar warna yang salah satu puncanya ialah daripada karat paip besi dan tangki zink lama.

"Jadi masalah ini akan dapat diatasi jika paip dan tangki zink kalis karat dipasang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah mendengar taklimat Syabas mengenai kempen kesedaran pengguna berhubung peningkatan kualiti air di sini semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som dan Pengarah Operasi Eksekutif Syabas, Ir. V. Subramaniam.

Dalam pada itu, Yaakob juga berharap semua pihak pengurusan bangunan sedia ada di negeri tersebut dapat menggantikan tangki air dan sistem paip dalaman menggunakan jenis yang sama.

"Mereka juga perlu membersihkan tangki air di bangunan masing-masing dalam tempoh tertentu untuk menjamin penghuni-penghuni bangunan mendapat bekalan air bersih," ujarnya yang juga berharap pengguna memberi kerjasama dalam perkara itu.

Berdasarkan statistik Syabas, sebanyak 212 aduan mengenai masalah kualiti air terawat telah direkodkan sepanjang Julai lalu iaitu 67 kes berpunca daripada masalah sistem paip dalaman.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.