This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

74,045 tunggakan tukar hak milik kekal selesai
16/08/2008 Utusan Malaysia Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN

KUANTAN 15 Ogos - Sebanyak 74,045 tunggakan penukaran hak milik sementara kepada hak milik kekal berjaya diselesaikan sehingga akhir bulan lalu.

Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Abdul Kadir Awang Bakar berkata, jumlah baki tunggakan yang masih dalam proses penukaran hak milik ialah sebanyak 218,256 kes.

''Daripada baki tunggakan tersebut, 75,461 hak milik sedang diproses untuk didaftarkan hak milik kekal sebelum 30 November 2008.

''Sementara itu, 142,795 hak milik merupakan fail-fail yang mempunyai masalah data dan pelan," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Abdul Kadir, pihaknya kini sedang giat melakukan semakan dan penelitian untuk membuka fail pendua selain melakukan penyelesaian di peringkat teknikal.

Untuk tujuan itu katanya, beliau telah meminta bantuan daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dari segi penambahan anggota pasukan petugas khas di pejabat-pejabat tanah daerah yang mempunyai jumlah tunggakan yang tinggi.

''Kami menyasarkan untuk menyelesaikan 25,000 tunggakan setiap bulan," kata beliau.

Sementara itu katanya, bagi urusan pengeluaran hak milik strata, kesemua 57 skim tertunggak telah diselesaikan proses penyediaan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan negeri.

Pada masa ini jelas beliau, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang dalam proses mendaftarkan hak milik strata tersebut dan dijangka selesai sebelum 30 Ogos ini.

Bagi pemaju yang belum mengemukakan permohonan hak milik strata, mereka diberi tempoh selama dua bulan berbuat demikian dan sekiranya ingkar, tindakan di bawah Seksyen 8 (5) Akta Hak Milik Strata boleh dikenakan ke atas mereka, katanya.

Abdul Kadir dalam kenyataan yang sama juga menyebut, daripada 66,770 permohonan pemberi milikan tanah yang masih tertunggak pada awal tahun ini, sebanyak 22,309 permohonan telah dapat diselesaikan dengan baki yang tinggal ialah 44,461 permohonan.

''PTG Pahang telah mengeluarkan arahan pentadbiran untuk mempercepatkan proses penyelesaian tunggakan urusan tanah di mana semua permohonan tanah perlu melalui pertimbangan awal Mesyuarat Jawatankuasa Permohonan Tanah Daerah," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.