This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

43,000 rumah terbengkalai akan disiapkan

29/08/2008 Utusan Malaysia


MUAR 28 Ogos - Kerajaan memberi jaminan akan membantu menyiapkan hampir 43,000 unit rumah yang terbengkalai di seluruh negara dengan menggantikan para pemaju yang gagal melaksanakan projek itu dengan pemaju baru.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, beliau yakin usaha melantik pemaju baru bagi projek perumahan terbengkalai itu dapat mengurangkan bilangan rumah yang masih belum dapat diduduki oleh rakyat di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan rumah terbengkalai di negara ini iaitu hampir 43,000 unit hanya mewakili dua peratus daripada keseluruhan 2.7 juta unit perumahan yang telah siap dibina dan diduduki dalam tempoh 27 tahun lalu.

''Kementerian tidak menganggap peratusan rumah terbengkalai itu sebagai kecil kerana kita tahu, 43,000 penduduk yang tidak dapat menduduki rumah itu mempunyai hak ke atas kediaman mereka yang dibeli.

"Untuk itu, kerajaan akan cuba membantu menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di negara ini bagi memastikan rakyat mendapat semula hak mereka.

''Salah satu kaedah yang akan digunakan adalah menggantikan pemaju perumahan yang sudah tidak wujud atau muflis dengan pemaju baru,'' katanya.

Beliau yang ditemui selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Kelab Sukan dan Sosial Seri Ledang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Ming 1 Tangkak di sini malam tadi.

Ka Chuan mengakui antara masalah yang dikenal pasti sehingga menyebabkan berlaku projek perumahan terbengkalai itu adalah pemaju muflis, krisis ekonomi yang berlaku pada 1997 serta beberapa masalah teknikal sehingga menggagalkan pemilik rumah layak menduduki kediaman mereka.

Beliau berharap, pelantikan pemaju baru itu sekurang-kurangnya mampu menyiapkan semula hampir separuh daripada bilangan 43,000 unit rumah yang terbengkalai itu.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.