This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Polisi bayaran rumah terbengkalai dibincang

12/07/2008 Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 11 Julai - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan berbincang dengan bank- bank mengenai polisi pembayaran balik pinjaman bagi projek rumah terbengkalai dalam usaha membantu mengurangkan beban peminjam terbabit, kata Timbalan Menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata, oleh kerana setiap bank mempunyai polisi pembayaran pinjaman yang berbeza-beza, maka perbincangan akan dibuat dengan setiap bank secara berasingan bagi mendapatkan kerjasama mereka termasuk mencontohi cara pembayaran pinjaman perumahan yang disediakan untuk kakitangan kerajaan.

Katanya, kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan kerajaan hanya membuat pembayaran balik pinjaman itu apabila rumah yang dibeli siap kerana pihak perbendaharan hanya membayar pemaju mengikut kemajuan projek pembinaan rumah berkenaan.

"Setelah berbincang dengan Bank Negara, kementerian kini dalam proses untuk pergi ke setiap bank dan berbincang agar mereka dapat mencontohi dasar pembayaran balik pinjaman oleh perbendaharaan.

" Insentif akan diberikan kepada bank yang sanggup membantu peminjam terbabit," katanya kepada pemberita sele- pas merasmikan Pameran Hartanah Bumiputera peringkat negeri Selangor 2008 di Mid Valley di sini.

Sehubungan itu, Hamzah menyarankan kepada pemaju perumahan agar membangunkan projek mereka mengikut fasa yang dijangka mampu dijual sahaja bagi mengurangkan peratusan projek perumahan terbengkalai.

"Kita mengharapkan agar pihak pemaju membangunkan projek secara terancang mengikut keadaan ekonomi kita sekarang dan kita tidak mahu projek yang tidak terancang menyebabkan peratus rumah terbengkalai meningkat," katanya lagi.

Pameran yang berlangsung sehingga Ahad ini bertujuan mempromosikan lot- lot kuota Bumiputera yang masih belum terjual terutamanya di Selangor.

- Bernama

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.