This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli rumah Talam mungkin dapat pampasan RM30,000
10/05/2008 Utusan Online

KUALA LUMPUR 9 Mei - Para pembeli rumah yang dimajukan oleh Talam Corporation (Talam) di empat kawasan sekitar Puchong yang sehingga kini masih belum dapat menduduki rumah mereka mungkin menerima sehingga RM30,000 sebagai pampasan di atas kelewatan itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, pampasan itu diberikan kepada pembeli yang layak melalui tribunal pengguna.

Menurutnya, selain pampasan, pihaknya juga sedang berunding dengan pihak pemaju bagi memastikan para pembeli berkenaan dapat menduduki rumah mereka secepat mungkin.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan syarikat Architect Centre Sdn. Bhd. di sini semalam.

Ka Chuan mengulas 'ugutan' gabungan empat Jawatankuasa Bertindak Pembeli-Pembeli Rumah yang dibina oleh Talam di sekitar Puchong untuk berarak ke Parlimen jika beliau gagal berjumpa dengan mereka Isnin depan.

Gabungan Jawatankuasa Bertindak itu terdiri daripada Jawatankuasa Taman Lestari Permai, Lestari Puchong, Puncak Jalil Fasa 10A dan Saujana Puchong Fasa 9.

Ada di antara projek itu sudah terlewat lebih empat tahun daripada tarikh dijanjikan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kesediaannya untuk berjumpa jawatankuasa berkenaan sebaliknya berkata, berarak ke Parlimen tidak menjanjikan sebarang hasil positif dalam menyelesaikan masalah mereka.

Menurutnya, pihak kementerian telah mengadakan dua perjumpaan dengan pemaju berkenaan dan tidak menolak kemungkinan projek-projek perumahan di situ mungkin akan di ambil alih oleh pemaju lain, antaranya IJM Corporation Bhd.

"Jadi saya berharap para pembeli terlibat dapat bersabar sementara KPKT meneruskan rundingan dengan pemaju," jelasnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.