This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli merana rumah Nusa Mewah terbengkalai
13/05/2008 Utusan Online Oleh PEMBELI MERANA, Selangor

SAYA adalah pembeli rumah Nusa Mewah Villa Kondominium di Bukit Pandan, Pandan Indah, Cheras.

Mengikut perjanjian, rumah itu siap pada bulan Julai 2005. Malangnya projek itu tertangguh. Pihak pemaju telah berjanji projek itu diteruskan.

Kerja-kerja akan dimulakan pada Jun 2007 dan siap pada April 2008. Malangnya sehingga kini projek perumahan ini masih lagi terbengkalai.

Keadaan tersebut amat mengganggu kehidupan saya. Saya tidak terdaya lagi dengan beban sewa rumah di samping tuntutan bayaran balik pinjaman bank yang perlu saya bayar walaupun rumah belum siap lagi. Itulah satu-satunya rumah yang menjadi harapan kami sekeluarga.

Sesungguhnya, saya tidak tahu kepada siapa saya hendak mengadu dan membantu saya serta pembeli-pembeli lain yang menghadapi masalah yang sama.

Saya amat berharap agar semua pihak berkenaan termasuk kerajaan negeri Selangor dan kementerian tertentu dapat membantu kami.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.