This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Dasar Perumahan lindungi pembeli

25/05/2008 Utusan Online


KUALA LUMPUR 24 Mei - Masalah projek perumahan terbengkalai mungkin akan menjadi suatu perkara lapuk tidak lama lagi apabila kerajaan memperkenal dan melaksanakan Dasar Perumahan Negara khusus bagi menangani pelbagai masalah dalam sektor perumahan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, apa yang lebih penting ialah dengan adanya dasar itu, kepentingan semua pihak di sektor berkenaan, terutamanya pembeli rumah, dilindungi.

"Kementerian bukan sahaja merangka kandungan terperinci dasar perumahan itu, malah akan mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan pemaju perumahan mengenainya," kata Hamzah kepada pemberita selepas merasmikan acara pecah tanah projek kondominium Casa Idaman di sini, hari ini.

"Pertemuan dengan persatuan pemaju perumahan, pakar runding dan pihak lain yang terlibat akan diadakan minggu depan bagi membincangkan secara terperinci manfaat yang boleh diperolehi pemaju dan pembeli rumah," katanya.

Beliau berkata, masalah projek perumahan yang terbelangkalai lazimnya berpunca daripada masalah aliran tunai yang tidak mencukupi bagi membiayai sesuatu projek.

Hamzah berkata, di bawah dasar ini, yuran perlesenan yang dikenakan kepada pemaju akan dinaikkan daripada RM250,000 yang dikenakan sekarang kepada satu kadar peratusan nilai jualan keseluruhan sesuatu projek.

"Jika pemaju ingin bangunkan sesuatu projek, yuran perlesenan yang dikenakan adalah RM250,000 walau sebesar mana sekalipun projek itu, tapi kami sedang mencari satu formula baru di mana yuran yang dikenakan akan berdasarkan kepada peratus tertentu.

"Sebagai contoh, jika pemaju mahu membangunkan projek perumahan membabitkan 600 unit rumah, yurannya akan berdasarkan kepada peratus nilai jumlah jualan 600 unit itu," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu jumlah peratusan yang akan dikenakan.

- Bernama

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.