This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk bantah projek di Jalan Travers

07/04/2008 Utusan Online


KUALA LUMPUR Penduduk kondominium High Bank, Sri Bukit Persekutuan membantah langkah DBKL meluluskan pembangunan baru di tanah simpanan polis di Jalan Travers di sini.

Wakil penduduk, Tan Lye King berkata, penduduk hairan walaupun tanah tersebut yang masih di bawah nama Pengarah Harta Persekutuan boleh diluluskan pembangunannya oleh DBKL.

Beliau mendakwa, projek berkenaan juga bertentangan dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020.

“Kami bersama-sama dengan Badan Warisan Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah memungut 6,000 tandatangan untuk menyatakan bantahan terhadap projek itu,’’ katanya.

Difahamkan, projek di atas tanah seluas 2.5 hektar itu adalah untuk membina tiga blok pejabat setinggi 16 hingga 35 tingkat.

Seorang lagi wakil penduduk, C.K Lim, 50, berkata, kondominium yang mereka duduki kini bakal terlindung dengan deretan blok pejabat sekiranya projek itu tetap dibangunkan.

“Penduduk di sini telah dijanjikan oleh pemaju dan DBKL sebelum ini bahawa tiada pembangunan akan dijalankan di sekeliling kawasan perumahan ini,’’ katanya.

Katanya, keadaan trafik di Jalan Travers dan sekelilingnya juga akan sesak dengan lebih teruk apabila blok pejabat dibina di situ.

Katanya, ramai penduduk di situ yang terdiri daripada peserta program ‘Malaysia Second Home’ juga kesal dengan projek itu dan ia akan menjejaskan nama baik Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan hartanah yang berpotensi.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.