This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemulihan projek Pulau Melaka selesai tahun depan
11/04/2008 Utusan Online Oleh LUKMAN ISMAIL

MELAKA 10 April - Kerja-kerja pemulihan projek perumahan dan lot komersial di Pulau Melaka di sini, yang terbengkalai sejak sekian lama dijangka dapat diselesaikan tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, mahkamah dijangka membuat keputusan berhubung status projek tersebut dalam tempoh sebulan ini.

Menurut beliau, selepas keputusan mahkamah diperoleh, pemaju dapat meneruskan kerja-kerja membaik pulih dan menyelesaikan projek tersebut dalam tempoh 15 bulan.

''Kita telah meminta pihak pemaju supaya memastikan sebahagian daripada projek di Pulau Melaka ini disiapkan secepat-cepatnya dalam tahun ini juga.

''Ini kerana kebanyakan kerja-kerja struktur untuk fasa pertama dan kedua sudah hampir siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke projek-projek terbengkalai di Pulau Melaka di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri mahukan agar kerja-kerja pemulihan pembinaan struktur itu perlu dijalankan serentak dengan penyediaan infrastruktur.

Tambah beliau, walaupun kerja-kerja pembinaan struktur yang hampir siap boleh diselesaikan dalam masa yang singkat tetapi menyiapkan infrastruktur seperti loji kumbahan, pemasangan paip bekalan air dan pendawaian elektrik mungkin akan mengambil sedikit masa.

Projek Pulau Melaka yang menggunakan kaedah tebus guna tanah telah dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta sekitar tahun 2000 tetapi kemudiannya pemaju terbabit menghadapi masalah.

Ekoran itu, projek pembangunan di atas pulau buatan itu telah terbengkalai sejak tahun 2004, kecuali sebuah masjid yang dinamakan Masjid Selat Melaka yang kini telah digunakan.

Kerumitan timbul apabila kebanyakan aset yang dibangunkan, termasuk bangunan komersial dan apartmen telah pun hampir habis dijual kepada para pembeli.

Berikutan pembubaran pemaju asal, sebuah syarikat telah dibentuk bagi mengambil-alih kepentingan termasuk memulihkan semula projek berkenaan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.