This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Panduan baru bangun tanah tinggi

08/04/2008 Utusan Online


SHAH ALAM Kerajaan negeri Selangor bakal mengeluarkan garis panduan baru dalam pengurusan pembangunan di kawasan tanah tinggi yang sensitif.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, bagi tujuan tersebut, pihaknya akan turun padang untuk meninjau status pembangunan tanah tinggi yang sedia ada.

Menurut beliau, kawasan tanah tinggi yang dibangunkan tanpa perancangan ibarat 'kawasan hitam' yang terdedah kepada mala petaka seperti tanah runtuh.

Katanya, setakat ini, beliau telah menerima aduan orang ramai yang bimbang terhadap dua projek pembangunan di kawasan tanah tinggi di negeri Selangor.

"Justeru, kami telah mengarahkan pemaju perumahan terbabit agar memberhentikan kerja buat sementara waktu.

"Kami akan meninjau Bukit Antarabangsa bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali untuk mengumpulkan maklumat berkaitan sebelum membuat keputusan akhir,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Projek terbabit merangkumi 194 unit banglo dan 410 unit pejabat serta lot kedai dalam bangunan 10 tingkat di Taman Hijau.

Turut terlibat ialah pembinaan 21 unit banglo di Jalan Kelab Ukay 5.

Ronnie Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran menegaskan, kerajaan negeri bukan membatalkan projek tersebut tetapi memperlahankan perlaksanaannya.

Katanya, pemaju kawasan tersebut cuma memperoleh kelulusan pada 10 dan 18 Mac lalu.

"Projek di Jalan Kelab Ukay 5 diluluskan terlebih dahulu pada 10 Mac sementara projek di Taman Hijau pula mendapat kelulusan pada 18 Mac.

"Kami juga ingin tahu kenapa ia (projek) diluluskan sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-12,'' katanya.

Sementara itu, Ronnie Liu memberitahu, beliau akan melawat semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk berkenalan dengan kakitangan dan ahli majlis sebelum memikirkan cara-cara meningkatkan prestasi setiap PBT.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.