This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Jangan jadikan MBJB kambing hitam jika tidak dapat CF
17/03/2008 Utusan Malaysia Oleh Hamdan Tawadi

MOHD. Naim Nasir (dua dari kanan) menyerahkan replika kunci kepada salah seorang pembeli rumah kedai pada majlis penyerahan kunci Taman Setia Austin Fasa 2 di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 16 Mac - Pemaju yang gagal menyiapkan projek mengikut spesifikasi ditetapkan tidak wajar menjadikan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebagai kambing hitam dengan menuduh majlis itu sengaja enggan meluluskan Sijil Layak Menduduki (CF).

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Naim Nasir berkata, para pembeli juga sepatutnya hanya mengambil kunci daripada pemaju setelah memastikan keadaan rumah dan kawasan sekitarnya memenuhi spesifikasi bagi mengelakkan menjadi mangsa taktik kotor pemaju berkenaan.

"Apabila pembeli menerima kunci, ini menandakan mereka bersetuju bahawa semuanya dalam keadaan baik, sedangkan CF belum diluluskan.

"Apabila pembeli membuat aduan, pemaju 'lepaskan tengkuk' dengan menuduh bandar raya (MBJB) lambat keluarkan CF. Oleh itu, sebelum terima kunci, periksa betul-betul," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Fasa 2, Taman Setia Austin di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Naim berpuas hati dengan pihak pemaju projek perumahan Taman Setia Austin iaitu United Malayan (UM) Land Bhd., yang disifatkannya mempunyai rekod cemerlang di negeri ini.

Menurutnya, MBJB tidak menghadapi masalah mengeluarkan CF asalkan pemaju menyiapkan projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Beliau berkata, masalah kelewatan memberikan CF tidak akan timbul jika pihak pemaju mengamalkan sistem penyampaian yang baik dan menyedari tanggungjawab mereka.

"Bukan sahaja kerajaan perlu mengamalkan sistem penyampaian baik, sebaliknya pihak swasta terutamanya pemaju perumahan juga mesti melakukan perkara sama.

"Mereka harus mematuhi kontrak yang ditetapkan dan menunaikan tanggungjawab sosial," katanya.

Menurutnya, kegagalan menyediakan jalan mengikut spesifikasi juga termasuk menjadi punca pemaju gagal mendapat CF.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.